balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Pekerja MPS menurunkan banner iklan Malam Halloween yang digantung sepanjang jalan utama di sekitar Seremban.
< 1 / 1 >
SEREMBAN – Majlis Perbandaran Seremban (MPS) mengarahkan semua banting mahupun iklan mengenai Malam Halloween yang akan diadakan pada 31 Oktober ini, diturunkan bermula tengah hari kelmarin.
Yang Dipertuan MPS, Datuk Abd Halim Abd Latif berkata, pekerja MPS diarah menurunkan iklan berkenaan kerana khuatir ia akan mengundang salah faham.
Menurutnya, memandangkan pekerja mengendalikan iklan berkenaan tidak memahami maksud Halloween, maka iklan tersebut ‘terlepas'.
“Semasa penganjur memohon iklan itu, pekerja saya ada melihat banner yang akan digantung itu, namun mereka tidak memahami maksud Halloween, ditambah pula pada borang permohonan itu penganjur memohon untuk iklan bagi perasmian sekolah.
“Jadi pekerja saya ini, meluluskan iklan tersebut atas kebenaran perasmian sekolah kerana tidak memahami maksud Halloween,” katanya kepada Sinar Harian.
Walau bagaimanapun, katanya, tindakan segera diambil apabila kesemua iklan mengenainya diturunkan dengan mendapat kerjasama penganjur itu sendiri.
“MPS menyesal dengan kejadian tersebut, malah saya yakin penganjur juga tidak berniat mengundang kontroversi.
Sebelum ini, di sekitar Seremban dan Senawang, banyak iklan dan promosi mengenai Malam Halloween dipamerkan di sepanjang jalan utama, yang turut mengajak orang ramai menyertainya.
