balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
IKAN yu harimau seberat tiga tan yang mati selepas tersangkut pada pukat bot nelayan di perairan Mukah kelmarin.
MUKAH – Penduduk di kawasan ini gempar dengan penemuan seekor ikan yu gergasi daripada spesies yu harimau yang tersangkut pada pukat dipasang sekumpulan nelayan laut dalam di perairan Mukah di sini kelmarin.
Ikan yu harimau seberat kira-kira tiga tan itu dikatakan tersangkut pada pukat sebuah bot nelayan kira-kira pukul 2 pagi sebelum ditarik ke Jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Mukah di sini.
Nelayan yang hanya ingin dikenali sebagai Ah Ping, 40-an, memberitahu, dia dan beberapa rakannya tidak menyangka dapat menangkap ikan gergasi tersebut memandangkan ia daripada spesies yang jarang ditemui.
sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0402&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm