eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA KEDAH: Biarpun harga minyak dan barang keperluan meningkat sejak akhir-akhir ini, harga ikan kembung di pekan sehari di Kampung Hilir Tandop, di sini, dijual pada harga RM3 untuk dua kilogram (kg) berbanding RM5 sekilogram di pasar besar Alor Star.
Ikan kembung yang dijual pada harga RM3 untuk dua kg itu dianggap termurah, menyebabkan kawasan itu menjadi tumpuan ramai, khususnya suri rumah, selepas mendapati harganya lebih tinggi di pasar besar sejak sebulan lalu.
Peniaga, Mashitah Abdul Razak, 24, berkata sejak kenaikan harga barang, orang ramai lebih gemar membeli ikan di situ disebabkan harganya murah dan ikan juga lebih segar.
“Dulu sambutan kurang tetapi sejak kenaikan harga barang, terutama barang keperluan harian baru-baru ini, ramai datang ke sini, kemungkinan untuk berjimat,” katanya.
Mashitah berkata, ikan di situ mula dijual seawal jam 8 pagi dan berakhir pada kira-kira jam 1 petang.
“Ikan yang dijual segar dan baru dinaikkan di pelantar nelayan di situ, oleh itu tidak hairan ramai bertumpu ke sini,” katanya.
Seorang lagi peniaga, Rahmah Yusof, 45, berkata walaupun dijual dengan harga murah, masih ada yang beranggapan ia masih mahal.
“Kita tidak dapat memuaskan hati semua orang, kita menjual ikan baru kerana kawasan ini tempat nelayan mendaratkan hasil tangkapan,” katanya.
Beliau berkata, selain suri rumah, ikan itu turut dibeli oleh peniaga, terutama peniaga makanan yang membeli dalam jumlah banyak.
“Bagi yang membeli dalam jumlah banyak harganya boleh dirunding, jika ikan banyak kita menjualnya dengan harga lebih rendah daripada yang dijual hari ini,” katanya.
Pengunjung, Ismail Ali, 46, berkata beliau lebih gemar membeli ikan di situ kerana ia segar.
“Semua ikan di sini segar, rasanya juga lebih sedap, malah peniaganya tidak berkira. Oleh itu tidak hairan ramai berkunjung ke situ, terutama apabila harga barang keperluan melambung sekarang,” katanya.
Kat KL RM3 dapat sekoq saja
(