BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan Rakyat

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
ikan06.transformed.jpg

ikan02.transformed_3.jpg

ikan01.transformed_3.jpg


Garis kedut di wajah mereka tidak pernah menipu betapa payahnya mencari sesuap nasi. Andai jaring dan pukat ditebarkan mengena, maka tersenyumlah keluarga di rumah.

Jika sebaliknya, hanya doa dan harapan disandarkan moga ada ikan yang tersangkut.

Itulah rutin harian seorang nelayan dan secara realiti, kehidupan seorang pelaut sukar untuk diterjemahkan.

Gambaran ringkas itu secara spontan terbayang di fikiran penulis tatkala melihat bungkusan ikan kejung.

Bagi orang berada, ikan kejung berbungkus lut sinar itu tidak sehebat mana sedangkan bagi golongan miskin, manfaatnya besar.

Peket seberat sekilogram itu menjadi ‘produk wira’ kepada insan memerlukan terutama yang tinggal di pedalaman.

Kehebatan ikan kejung ini terbukti tatkala banjir besar melanda negara awal tahun ini.

Siapa sangka, dalam kepayahan mendapatkan sumber protein, ikan kejung atau ‘ikan rakyat’ menjelajah pantai timur.

Sebanyak 18 tan metrik ikan bernilai RM250,000 dihantar sepanjang musim banjir dan pasca banjir.

Ia hasil sumbangan kerajaan menerusi Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) untuk diagihkan kepada pusat banjir.

Pertemuan penulis dengan NEKMAT mengubah persepsi mengenai ikan berkenaan.

Ia bukan sembarangan ikan sebaliknya kategori ikan berkualiti daripada sumber segar.

Pengurus Besar NEKMAT, Norizaman Ghazali berkata, ikan rakyat adalah inisiatif Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengurangkan impak kenaikan kos hidup rakyat.

“Terdapat 10 spesies dipilih dan ikan ini paling banyak dimakan selain kembong, selar (pelata), pelaling, selayang,cencaru, tilapia, tongkol, keli dan kerisi,” katanya.

Jualan ikan itu sepanjang Disember tahun lalu merekodkan empat tan kontena atau 107 metrik tan dengan nilai RM550,000.

Objektif memperkenalkan ikan rakyat, katanya membantu menstabilkan harga ikan di pasaran.

“Ia memastikan stok bekalan tidak terputus dan simpanan stok ikan rakyat dengan pembekal,” katanya.

Kelebihan ikan sejuk beku, katanya adalah lebih ekonomik, kesesuaian dan nilai khasiat.

“Harganya kekal stabil dan tidak bergantung kepada musim dan cuaca.

“Kesesuaian pula kerana biasanya dijual dalam bahagian yang cukup untuk hidangan, selain mudah digunakan,” katanya.

Mengenai khasiat ikan itu, katanya pembekuan membolehkan produk itu disimpan sehingga digunakan dengan mengekalkan ciri-ciri semula jadinya.

Semua ikan akan melalui proses pembekuan secara cepat dengan suhu -40 darjah Celsius.

“Ia boleh disimpan dan berkeadaan baik dalam tempoh enam bulan hingga setahun.

“Tempoh lama ini memberi peluang rakyat membeli dan menyimpan ikan pada musim tengkujuh,” katanya.

Ikan itu juga, katanya dihantar ke makmal untuk diuji tahap penggunaan pengawet.

“Keputusan ujian menunjukkan ikan ini selamat dan tidak mengandungi unsur pengawet tak dibenarkan.

“Pengguna tidak perlu bimbang untuk membeli ikan rakyat sejuk beku diedarkan NEKMAT,” katanya.

Sumber ikan rakyat daripada ikan tempatan yang diperoleh ketika lambakan ikan dan juga import dari luar negara.

Produk ikan rakyat disalurkan kepada 26 Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) dan 53 outlet Felda D’Mart sekitar Negeri Sembilan, Johor, Pahang dan Perak.

Semua ikan rakyat dijual pada harga siling serendah RM6.50 hingga RM9, selain bilangannya membabitkan 4 hingga 16 ekor ikan mengikut jenis spesies dan berat.

Usaha kerajaan memperkenalkan ikan rakyat sebagai serampang dua mata dalam usaha ‘Jihad Memerangi Orang Tengah’.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/43727#sthash.ftdiqzoa.dpuf
 
Ikan kembung sejuk beku...bolehla kalau kecemasan...kalau x mesti cari yg fresh...
 
Back
Top
Log in Register