BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan miliki hidung khinzir

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_05.1.jpg


BRITISH COLUMBIA, Kanada – Seorang remaja di sini terkejut besar selepas menemui seekor ikan aneh sepanjang tiga meter yang memiliki hidung seperti khinzir baru-baru ini.

Nick McCabe, 19, berjaya menangkap ikan seberat 294 kilogram (kg) itu ketika memancing di Sungai Fraser dalam wilayah British Columbia.

“Saya mengambil masa selama dua jam untuk menarik ikan itu naik ke darat. Namun, saya terkejut apabila melihat hidungnya seperti khinzir,” katanya.

Difahamkan tiada sesiapa yang mengetahui asal-usul ikan itu, namun ia dipercayai berusia lebih 80 tahun ekoran saiznya yang terlalu besar dan panjang.

Sementara itu, seorang kakitangan daripada syarikat pelancongan memancing, Jeff Grimolfon menyifatkan ikan berkenaan memiliki hidung seperti khinzir kerana pernah mengalami kecederaan kira-kira 40 tahun lalu. – Agensi


sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm
 
Last edited by a moderator:
du_05.1.jpg


SHAH ALAM - Kerajaan perlu memberi peluang kepada anak muda dengan mendengar suara dan keluhan mereka.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia, Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata, suara anak muda perlu sentiasa diutamakan kerana situasi dalam negara kini telah berubah.

“Pihak berkenaan boleh lanjutkan usaha untuk memahami cara berfikir, keperluan dan kemahuan mereka.

“Pelbagai platform sudah ada dan ia boleh digunakan untuk mendekati mereka secara berterusan agar isu-isu difahami dengan rasional dan praktikal,” katanya, semalam.

Kelmarin berlangsung himpunan #TangkapMalaysianOfficial1 (#TangkapMO1) di Kuala Lumpur, anjuran mahasiswa dan anak muda menuntut perubahan dilakukan dalam urus tadbir negara.

Sivamurugan bagaimanapun berkata, demonstrasi atau himpunan di jalanan bukanlah saluran tepat bagi anak muda menyuarakan kemahuan dan pendapat masing-masing.

"Banyak platform dan saluran lain boleh digunakan anak muda untuk menyatakan pandangan kepada kerajaan.

“Mereka boleh gunakan saluran-saluran lain dan turun ke jalanan barangkali adalah langkah terakhir jika suara mereka tidak didengar,” katanya.

Menurutnya, mereka boleh menggunakan mana-mana persatuan, pertubuhan dan pemimpin ketengahkan idea.

“Apa yang penting, mereka mahukan platform agar suara didengar dan pendekatan ini boleh digunakan supaya matlamat akhir tercapai,” katanya.

Jelasnya, tidak ada keperluan bagi pihak berkuasa mengambil tindakan jika tiada kenyataan serta tindakan atau perbuatan bertentangan perlembagaan.

“Tindakan boleh diambil jika pihak berkuasa ada bukti kukuh, tindakan mereka ini melangkaui peraturan atau undang-undang,” katanya.



sumber:http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0829&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm

lebih senang nak tangkap ikan berhidung khinzir daripada nak tangkap mo1
 
oooooo...br tau yg MO1 tu sebenarnya seekor ikan kelainan hidungnya...
thanks TT
:)cgrock
 
tread menguji minda..

:)):))
 
biasa error macam ni..

lepas tu biar jer.. mmg tak tengok balik dah thread yang dia bukak
 
dalam sugguh makna yg tt nk smpaikan nih...

xtercapai akalku...
 
Back
Top
Log in Register