BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ikan kena sembelit selamat dibedah

  • Thread starter Thread starter TT
  • Start date Start date

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Seekor ikan emas menjalani pembedahan selepas mengalami masalah sembelit. – AGENSI

NORTH WALSHAM, England 2 Jan. – Seorang usahawan sanggup membelanjakan wang sebanyak 300 pound (RM1,637) semata-mata mahu melakukan pembedahan terhadap ikan emasnya yang me*ngalami masalah sembelit.

Mail Online melaporkan, usahawan yang enggan mendedahkan namanya itu membawa ikan emas tersebut ke Pusat Veterinar Toll Barn di sini, selepas mengalami kesukaran untuk mengeluarkan bahan buangan.

Pada mulanya usahawan tersebut menyangkakan prosedur bagi memulihkan masalah sembelit itu adalah mudah, sebelum kakita*ngan di pusat veterinar memberitahu pembedahan bakal memakan belanja sebanyak RM1,637.

Doktor haiwan, Faye Bethell, 29, berkata, dia menggunakan alat khas bagi membuang dua ke*tulan tumor yang terdapat di dalam badan ikan emas yang berusia dua tahun 10 bulan itu.

“Dua ketul tumor telah menganggu sistem pencernaan ikan tersebut dan jika tidak dibuang ikan emas itu akan mati.

“Ini merupakan kali pertama saya melakukan prosedur pembedahan seperti ini kepada seekor ikan emas. Pembedahan selesai dalam masa 50 minit dan haiwan kecil itu boleh berenang seperti biasa selepas pembedahan,” jelasnya.

Tambah Bethell, dia menutup semula bahagian ikan yang telah dipotong bagi membuang tumor berkenaan dengan menggunakan gam khas.


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/lua...ngan-kos-rm1-637-1.43811#sthash.Am5hHOkv.dpuf
 
Sebelum tu bagi julap tapi tak jalan..
 
bukan sekejap bedah tu, dekat 1 jam gak
 
ikan tu kurang minum air sbb tu kena sembelit..
 
Kurang mkn sayur nie
 
ni xmakan sayur, tu lah, kecik2 xnak makan sayur, kan dah sembelit
 
Apa la sangat nilai 300 pound jika ikan mati dan tuannya sedih.
 
Back
Top
Log in Register