BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ika 'Basahhhhh' sudah serik

roBUST

Legendary Member
gem
Messages
12,406
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
pix_gal0


JAKARTA: Pelakon dan penyanyi Indonesia yang terkenal dengan lagu Pelangi Yang Hilang, Ika Putri, mengaku serik tampil dengan imej seksi ketika melakonkan watak sebagai Natasya dalam filem pertamanya berjudul Basahhh.

Ika, 24, mengaku berasa sangat malu apabila melihat lakonannya dengan pakaian yang ‘minimum’ di dalam filem berkenaan yang mengisahkan mengenai pendidikan seks, ketika ditayangkan pada 2008.

Artis kelahiran Surabaya itu juga berikrar untuk tidak lagi berlakon dalam filem yang memerlukannya berpakaian seksi. “Sebenarnya saya tidak menyangka akan kelihatan amat seksi dalam filem itu. Saya sungguh malu dengan diri sendiri. Saya tidak mungkin berlakon seksi lagi pada masa depan. Saya juga bimbang dengan pandangan peminat jika kerap muncul seksi di dalam filem,” katanya.

Ika berkata, selepas berlakon dalam filem berkenaan, beliau menerima beberapa tawaran berlakon filem. Bagaimanapun semua filem itu memerlukannya muncul dengan gaya dan pakaian seksi.
 
Last edited:
Patutla ramai yg pakai seksi rasa tak seksi..kena rakam 7 tunjuk kat dia baru dia perasan seksi...
 
pic ade..

tpi xltak...nk wat kajian lg 2..

hahhahahhaha
 
Back
Top
Log in Register