combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,197
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,197
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Sekitar program Iftar Ramadan 2026 anjuran Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di perkarangan Dataran Merdeka.
-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Program Iftar Ramadan 2026 anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dijadikan platform menyemarakkan kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026 dengan mengetengahkan pengalaman berbuka puasa sebagai produk pelancongan negara.
Ketua Setiausaha MOTAC Datuk Shaharuddin Abu Sohot berkata penganjuran kali ini dirangka lebih komprehensif dan berskala besar bagi memperkukuh penawaran pelancongan budaya serta kerohanian negara menjelang TMM2026.
“Iftar Ramadan pada tahun ini diadakan bersempena TMM2026. Walaupun acara ini dilaksanakan setiap tahun, kali ini kami tampilkan dengan pengisian lebih meriah bagi menyambut TMM2026.
“Objektifnya adalah untuk memperkenalkan produk-produk pelancongan yang ada di negara kita dan program iftar ini sendiri antara produk pelancongan, yang membolehkan pelancong menikmati dan merasai pengalaman berbuka puasa di Malaysia,” katanya pada program itu di Dataran Merdeka di sini hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Chiew Choon Man. Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Fadlun Mak Ujud, Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Mohd Amran Mohd Haris serta barisan pengurusan tertinggi MOTAC dan JKKN.
Program berkenaan dianjurkan MOTAC melalui JKKN dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan kini memasuki tahun ke-14 penganjuran.
Shaharuddin berkata sambutan yang diterima amat menggalakkan dengan kehadiran banyak pengunjung termasuk pelancong asing yang mengambil peluang merasai sendiri suasana berbuka puasa di ibu negara.
“Kita dapat lihat banyak pelancong asing hadir. Selain melancong di Kuala Lumpur, mereka berpeluang merasai sendiri suasana berbuka puasa di lokasi yang cukup bersejarah bagi negara,” katanya.
Beliau berkata program itu bukan sekadar acara berbuka puasa beramai-ramai, malah menjadi manifestasi keharmonian masyarakat berbilang kaum serta medium memperkukuh perpaduan melalui pengisian kerohanian dan kebudayaan.
Iftar Ramadan 2026 Jadi Produk Pelancongan Sempena TMM2026
Iftar Ramadan, produk pelancongan, MOTAC, TMM202