cek mek molek
CG Super Hardcore Club






- Messages
- 143,166
Paid Membership
- Joined
- Jun 3, 2013
- Messages
- 143,166
- Reaction score
- 25,934
- Points
- 2,866
Idrus dilantik pengerusi Amanah Raya
Idrus Harun bersara daripada jawatan peguam negara pada 6 September lalu.10 Oct 2023, 2:22pm
Amanah Raya mengumumkan pelantikan Idrus Harun sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA: Bekas peguam negara Idrus Harun dilantik sebagai pengerusi Amanah Raya Berhad (Amanah Raya) berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu diumumkan oleh syarikat milik penuh kerajaan itu dalam satu kenyataan.
Amanah Raya berkata pihaknya yakin pengalaman luas Idrus dalam perkhidmatan perundangan selama 42 tahun mampu membawa syarikat itu ke tahap lebih tinggi.
Idrus dilantik menjadi peguam negara pada 6 Mac 2020 sehingga 6 September lalu.
Beliau menggantikan Tommy Thomas yang meletak jawatan pada 28 Februari 2020.