BTC USD 60,988.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Ibu pesan cari kerja lain"

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg

Norma ditenangkan Timbalan Ketua Umno Bahagian Sungai Petani, Shahanim Mohd Yusof ketika menziarahinya, semalam.
< 1 / 1 >
KOTA KUALA MUDA - “Makcik dah pesan minta dia cari kerja lain di darat sebab tak pandai berenang, tetapi dia berkeras mahu ke laut (jadi nelayan) sebab katanya rezeki dia ada di situ.

Demikian luahan ibu mangsa nelayan hilang, Norma Osman, 59, menceritakan mengenai anak bongsunya yang bekerja sebagai nelayan sejak tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dua tahun lalu.

Norma berkata, mangsa, Mohd Akhmar Mat Zin, 19, hilang selepas bot dinaiki bersama empat rakan terbalik ketika dalam perjalanan pulang ke daratan dalam kejadian angin kencang, semalam.

Menurutnya, anak bongsu dari lapan beradik itu, bertanggungjawab serta sentiasa menjaga kebajikan ibunya setelah suami Norma meninggal dunia sejak 2003.

“Dialah yang sering membeli ubat, bawa makcik ke klinik atau membantu sejak sakit lutut ini,” katanya ketika ditemui di rumahnya dekat Keda Kampung Tepi Sungai kira-kira 200 meter dari Pusat Pendaratan Ikan Kampung Kuala Tepi Sungai, di sini.

Norma memberitahu, kelmarin, dia berpesan meminta supaya Mohd Akhmar mencari pekerjaan lain kerana risiko bekerja nelayan amat tinggi memandangkan anaknya berbadan besar dan tidak tahu berenang.

“Kawannya juga baru bekerja di sebuah pasar raya dan meminta dia mengikuti langkah itu tetapi enggan berbuat demikian,” katanya.

Bagaimanapun, Norma berkata, tiada perubahan tingkah laku ke atas mangsa tetapi menjelaskan semalam, merupakan hari pertama mangsa ke laut setelah bercuti beberapa minggu sebelum Aidiladha akibat cuaca buruk.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/ibu-pesan-cari-kerja-lain-1.213248
 
baik anak makcik ni. lemas insyaAllah dpt syahid. ameen
 
Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un
 
anak yang baik syurga tempatnya..Al Fatihah
 
Lemas antara Syahid DUnia mak Cik..klu btol niat dia cri rezeki..Insha ALLAH...:)
tp rindu pd ank sapakan dpt menanggung...:((
 
alfatihah..yg kes staf mada lemas kt sg korok pg semalam ada update x?
 
Back
Top
Log in Register