BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibu panjang akal

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



FLORIDA 7 Mei - Seorang wanita dan tiga orang anaknya berjaya diselamatkan dalam satu drama tebusan di Avon Park, di sini selepas dia meminta bantuan polis menggunakan aplikasi pesanan makanan Pizza Hut.

Portal UPI melaporkan, restoran Pizza Hut di Avon Park tersebut menerima pesanan dalam talian itu kira-kira pukul 3.40 petang waktu tempatan kelmarin daripada pelanggan tetap mereka, Cheryl Treadway.

Pada slip tempahan itu, pekerja bernama Alonia Hawk ternampak pesanan ‘Tolong! Telefon 911 untuk saya’ dan ‘911 bantuan tebusan’.

Pengurus restoran itu, Candy Hamilton kemudian mencetak pesanan tersebut dan menghubungi polis.

Polis berkata, Treadway dan anak-anaknya ditahan oleh teman lelaki wanita itu, Ethan Earl Nickerson, 26, menggunakan pisau.

Suspek berjaya ditahan, sementara semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan.

Treadway memberitahu polis bahawa dia dan suspek bergaduh dan lelaki itu merampas telefonnya selepas mengancamnya dengan pisau.

“Saya berjaya yakinkan Nickerson untuk menggunakan telefon bagi memesan piza selepas dia merampas alat komunikasi tersebut,’’ katanya.
 
Back
Top
Log in Register