BTC USD 81,469.7 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Ibrahimovic lakar sejarah

mr.dede

Legendary Member
gem
Messages
11,499
Joined
Dec 1, 2010
Messages
11,499
Reaction score
228
Points
123
su_05.1.jpg


IBRAHIMOVIC (tengah) kini menjadi pemain termahal di dunia.


PARIS - Pemain Sweden, Zlatan Ibrahimovic melakar sejarah menjadi pemain bola sepak yang memperoleh pendapatan tertinggi di dunia.

Ibrahimovic mencipta sejarah itu selepas kelab mewah Perancis, Paris St. Germain (PSG) bersetuju untuk membayar gaji berjumlah £220,000 (RM1,084,277) seminggu selepas ditolak cukai.

Pemain berusia 30 tahun itu melengkapkan perpindahan berjumlah £18 juta (RM88 juta) dari AC Milan ke PSG.

PSG yang dimiliki oleh jutawan Qatar, bersedia untuk memperkukuhkan skuad seperti usaha yang dilakukan oleh kelab mewah England, Manchester City, sekali gus memburu gelaran pertama Liga Perancis sejak kali pertama melakukannya pada tahun 1994.

"Memang benar bahawa saya tidak mengetahui tentang Liga Perancis tetapi saya yakin mampu beraksi dengan baik," kata Ibrahimovic.

Sebelum ini, Presiden Perancis, Francois Hollande bercadang untuk melaksanakan 75 peratus kadar cukai ke atas individu yang memperoleh pendapatan lebih daripada £784,000 (RM386,3969) setahun.

Namun, ejen Ibrahimovic, Miño Raoila berjaya melengkapkan perjanjian lumayan yang menyaksikan bekas pemain Barcelona itu menerima bayaran £9.4 juta (RM46 juta) setahun.

Jumlah itu akan meningkat kepada £11.4 juta (RM56.19 juta) setahun sekiranya berjaya mencapai sasaran kelab selain menikmati pendapatan £220,000 (RM1,084,277) seminggu.:o

Tambah Ibrahimovic: "PSG telah menjadikan misi mustahil sebagai tidak mustahil. Salah satu impian yang menjadi kenyataan." - Agensi
 
patut si luis suarez pun hijrah ke PSG... :))

liverfool apa pun tak boleh blah...


...
 
masyuk arr..giler dpt gaji bersih tu..kalah CR7
 
tu dia seminggu gaji sejuta ++....

sethn gaji dia RM 56,382,404...

gila la..:((
 
Back
Top
Log in Register