BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Kuching City benam Selangor, lakar sejarah ke final Piala Malaysia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,182
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,182
Reaction score
346
Points
141
3495677.webp

Kuching City berjaya menundukkan Selangor untuk mara ke final Piala Malaysia. FOTO: MFL

KUCHING City FC melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menempah slot ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama selepas menumbangkan gergasi Lembah Klang, Selangor FC 1-0 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Negeri pada Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad 'The Cats' mara dengan keputusan agregat 2-1 sekali gus bakal membuat perhitungan dengan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) di TM Stadium Nasional Bukit Jalil nanti.

Dalam aksi di hadapan penyokong sendiri itu, gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh Petrus Shitembi pada minit ke-30 yang sudah cukup untuk memastikan kemaraan pasukan dari Borneo tersebut.

Bagaimanapun, perlawanan tersebut turut diwarnai dengan dua layangan kad merah yang menyaksikan Selangor terpaksa bermain dengan sembilan pemain.

Kapten Selangor FC, Safuwan Baharudin terlebih dahulu diperintahkan keluar padang oleh pengadil pada minit ke-48 selepas dikesan menghalang peluang keemasan Ronald Ngah Wanja untuk mencetak gol.

Penderitaan Selangor berterusan apabila giliran Mukhairi Ajmal pula diarah keluar padang pada minit ke-62 selepas semakan Video Bantuan Pengadil (VAR) mendapati dia melakukan terjahan keras ke atas pemain Kuching City, Jimmy Raymond.

Kekurangan dua pemain menyukarkan usaha Selangor untuk mencari gol penyamaan, sekali gus menyaksikan Kuching City kental mempertahankan kedudukan sehingga wisel penamat ditiupkan.
 
Back
Top
Log in Register