BTC USD 81,725.8 Gold USD 4,133.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadat Bersetubuh

Adab Jima’ dan Cara Berhubungan Intim Suami isteri dalam Islam

Hari ini tanggal 25 Ogos 2011 saya akan memberikan hadiah istimewa bagi isteri, pasangan keluarga muslim atau bagi siapa saja yang ingin “mendatangi” isterinya atau “didatangi” suaminya secara Islam.

Mungkin bagi sebahagian orang hal ini dianggap kurang penting, kerana mereka berpendapat : Hubungan intim suami isteri (Jima) tidak perlu pakai adab dan aturan alami saja.. selesa.. Sah-sah saja pendapat tersebut kerana itu hak asasi tapi…. sebelum berpendapat demikian cuba fikirkanlah kejadian/ cerita yang saya alami 11 tahun yang lalu iaitu:

Saya masih ingat betul dengan cerita sahabat saya yang bernama Muklish saat kami berjalan-jalan di kota Kimcheon Korsel, kami banyak menjumpai gadis yang berpakaian sangat minim, Kata sahabat saya: “ Pak Kyai (Guru ngaji) saya di Jawa Timur pernah ditanya oleh seorang Ibu : “Pak kenapa anak gadis saya nggak punya malu, berpakaian selalu yang minim-minim, saya jadi malu dengan tetangga, segala cara sudah saya usahakan tapi tetap saja anak saya bandel, susah sekali dinasehati kenapa pak bisa demikian? Jawab Pak Kyai : “Kamu bikin anak telanjang nggak ditutup jadi anak ya begitu”

Apa benar begitu? Ya bisa jadi memang demikan karena Islam mempunyai adab dan cara yang baik dalam berhubungan intim (jima’) sehingga jika jima’ yang dilakukan tidak sesuai dengan adab ajaran Islam bisa saja keadaan seperti diatas terjadi. Lihat saja hampir 99% gadis yang berpakaian minim dan seksi karena orang tuanya tidak mempunyai pengetahuan agama Islam yang cukup terutama dalam hal jima’.

Setelah saya cari alasannya kenapa Guru ngaji sahabat saya berkata demikian, ternyata Pak Kyai ini berpedoman pada hadist Rasullullah SAW:

Dari ‘Atabah bin Abdi As-Sulami bahwa apabila kalian mendatangi istrinya (berjima’), maka hendaklah menggunakan penutup dan janganlah telanjang seperti dua ekor himar. (HR Ibnu Majah)

Rasullullah SAW melarang jima’ tanpa penutup pasti ada maksudnya, selain yang diketahui yaitu adanya mahluk Allah lain yang melihat (jin, qorin dll), bisa jadi anak yang dihasilkan dengan jima’ telanjang akan menjadi anak yang kurang mempunyai rasa malu seperti diatas, hanya saja untuk memastikan jawabannya mungkin hanya orang yang diberi pengetahuan lebih oleh Allah seperti Pak Kyai diatas.

Oleh kerana itulah pengetahuan adab hubungan intim suami isteri dalam islam ini sangat penting agar muslimin dan muslimat diharapkan mempunyai keturunan yang baik dan tidak terjebak dalam perilaku yang bertentangan dengan ajaran Islam.

http://fath102.wordpress.com/2011/0...a’-yang-baik-dan-yang-dilarang-menurut-islam/
 
Adab berjimak

Soalan:

Apakah pandangan Islam, mengenai hak seorang isteri ke atas suaminya. Ada di antara suami yang gagal menunaikan hak isterinya khususnya dalam menunaikan jimak, dengan alasan sibuk dengan kerja dan aktiviti di luar.

Jawapan:

Jimak adalah hak seorang isteri yang wajib ke atas suaminya merupakan pandangan Ibn Qudamah al-hanbaliy, al-Wat�u, wajib atas seorang lelaki. Maksudnya, wajib ke atas seorang suami �mendampingi� isterinya sekiranya dia tidak uzur, ini pandangan Imam Malik.

Dalil yang mewajibkan jimak ialah firman Allah SWT yang bermaksud: Dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Nisa�: 129).

Berdasarkan ayat ini Imam al-Jashsas berkata, si isteri wajib mendapatkan nafkah batin daripada suaminya. Ini kerana ayat di atas adalah menjadi dalil bahawa jangan tinggalkan isteri-isteri kamu dalam keadaan tergantung (tidak menunaikan hak jimak ke atas mereka).

Imam al-Bukhari mengeluarkan hadis daripada Abdullah bin Amru bin al-Ash yang bermaksud: Rasulullah SAW telah bersabda: Wahai Abdullah bukankah aku telah memberitahu engkau bahawa engkau berpuasa di siang hari dan bersolat malam (secara berterusan)? Aku menjawab: ya wahai Rasulullah. Baginda berkata: Jangan buat begitu, puasalah engkau dan berbuka, bangun malam untuk solat dan tidur, sesungguhnya jasad engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya mata engkau mempunyai hak ke atas engkau, dan sesungguhnya isteri engkau mempunyai hak ke atas engkau.

Dalam mensyarahkan hadis ini ulama berpendapat: Tidak harus bagi seorang suami hanya mementingkan ibadat sehingga lalai dari menunaikan hak seorang isteri.

Di dalam syariat Islam nikah adalah untuk memelihara kemaslahatan suami dan isteri demi memelihara maruah diri supaya tidak melakukan suatu yang ditegah oleh Allah sehingga melangsaikan keinginan nafsu pada jalan yang haram.

Di dalam athar sahabah, Umar bin al-Khattab r.a telah memutuskan keputusan di dalam qada ke atas Kaab bin Siwar supaya seorang lelaki hendaklah bermalam bersama isterinya setiap empat malam sekali.

Dalam memperhalusi fatwa Umar ini Ibn Qudamah menyatakan: �Sesungguhnya keputusan Umar ini tersebar dan tiada yang membantahnya dan ia dipersetujui oleh ulama (ijmak). (Ibn Qudamah, al-Mughniy, jld:7, hlm: 29).

Maka bagi suami yang bersama dengan isterinya bukan dalam musafir, maka hendaklah menunaikan hak isterinya paling tidak empat hari sekali. Pandangan ini disokong oleh Imam al-Ghazali.

Di dalam menunaikan hak nafsu pada jalan yang halal ini, Islam telah mengajar umatnya supaya memelihara adab-adab berjimak supaya tidak melampaui batasan syarak.

Di antaranya ialah:

1- Melafazkan bismillah, dan mohon perlindungan dari kerterlibatan syaitan dalam jimak.

Telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim, daripada Ibn Abbas r.a daripada Nabi SAW yang bermaksud: �Sekiranya ada di antara kalian yang ingin mendatangi isterinya (jimak) hendak membaca: Bismillah, Allahumma jannibna al-Syaitan wa jannib al-syaitan maa razaqtana, sekiranya mereka berdua dikurniakan anak maka anak itu tidak akan dimudaratkan oleh syaitan�. (al-Bukhari, Syarah al-�Asqalaniy, jld:9, hlm: 305).

2. Hampir tidak dipelihara ialah menutup tubuh ketika mengadakan hubungan kelamin.

Baginda Rasulullah SAW ada berpesan, melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ibn Majah yang bermaksud: �Apabila salah seorang di antara kamu ingin mendatangi isterinya maka hendaklah menutup dan jangan telanjang bulat seperti keldai liar�. (Ibn Majah, jld: 1, hlm: 619).

3. Tidak menyetubuhi isteri di sisi isteri yang lain atau didengari oleh isteri yang lain.

4. Tidak menghadap kiblat, antara adab yang jarang didedahkan ialah tidak menghadap kiblat ketika jimak.

Ini kerana Amru bin Hazam dan athar menghukum perbuatan menghadap kiblat ketika jimak dan bercakap banyak ketika jimak sebagai makruh.

Perkara ini pernah ditegur oleh Rasulullah saw dalam hadis yang bermaksud: �Jangan kamu banyak berbicara ketika berjimak dengan isteri-isteri kamu�. (al-Mughniy, jld:7, hlm: 25).

5. Mencapai kepuasan dalam jimak. Tidak dikira sempurna jimak itu selagi tidak mencapai kepuasan oleh pasangan suami dan isteri.

Kesimpulannya, walaupun jimak adalah ibadat, dalam melakukan ibadat kita mengharapkan agar ia membawa maksud yang positif kepada si pengamalnya.

Justeru, adalah wajar bagi setiap pasangan memelihara adab dan menjaga batasan agar tidak terlalu terikut-ikut dengan kehendak nafsu sehingga melakukan suatu yang bukan dari budaya Islam.
 
كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
ۗ
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
 
ape la bukak thread camni bulan2 posa..thread sebelah pun sama..
 
Soalan penuh:

Ada orang alim yang berkata bahawa tidak boleh bersama dengan suami/isteri pada malam Aidilfitri dan malam Aidil Adha, juga pada malam 1, 15 dan 30 bulan Qamari kerana pada hari hari tersebut syaitan bersama dgn pasangannya, justeru itu dikuatiri air mani syaitan tersebut bercampur dgn air mani suami/isteri yang bersama pada malam itu. Ditakuti juga anaknya yang lahir kelak akal cacat, atau terlampau nakal/jahat. Benarkah dakwaan ini, atau adakah dalil yang membenarkan dakwaan ini.

Jawapan:

Berikut adalah petikan jawapan berkaitan persoalan saudari:

Hukum berjima' dimalam dan hari Eid

Soalan : Apakah hukum berjima' pada hari dan malam Eid (soalan saya termasuk kedua-dua Eid)? Saya mendengar dari beberapa ikhwan yang ikhlas bahawa ia tidak dibenarkan.

Jawab Sheikh Mohammad Saleh Munajjid:

Alhamdulillah. Apa yang anda telah dengar dari saudara tersebut adalah tidak benar. Berjima' pada malam dan siang Eid adalah dibenarkan , tidaklah haram kecuali pada siang didalam bulan Ramadan dan apabila didalam ihram Haji dan Umrah, dan apabila wanita datang haid atau keluar darah selepas bersalin (nifaas). Allah mengetahui yang sebaiknya.

Adapun jima pada hari-hari lain yg dinyatakan oleh saudari itu, tidaklah saya ketemukan dgn dalil yang sahih. Namun begitu tidak saya katakan apabila tidak saya temui, maka tidak wujud akan dalil itu. Saya hanya menjawab persoalan saudari setakat mana yang saya tahu. Sekiranya saudari bertanya kpd yg lain, kemungkinan jawapannya berbeza. Tapi harus diingat agar diminta skali nas dan dalil akan jawapannya. Kemudian bawakan kembali kepada saya dan insya Allah saya akan komen.

Berbalik kepada persoalan saudari. 3 keadaan haram berjima yg diberikan di atas mempunyai dalil yang jelas.

Yang pertama: Dalil haram berjima pada siang didalam bulan Ramadhan.

"Dihalalkan bagi kamu pada malam hari puasa, bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu, Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu. Maka sekarang campurilah mereka dan ikutilah apa yang telah ditetapkan Allah untukmu, dan makan minumlah kamu, hingga jelas bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar. Kemudian, sempurnakanlah puasa itu sampai malam, (tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedangkan kamu beriktikaf alam masjid. Itulah larangan Allah, maka janganlah kamu mendekatinya ..." (Q.s. Al-Baqarah: 187).

Yang kedua: Haram bersetubuh ketika dlm ihram.

(Masa untuk mengerjakan ibadat) Haji itu ialah beberapa bulan yang termaklum. Oleh yang demikian sesiapa yang telah mewajibkan dirinya (dengan niat mengerjakan) ibadat Haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji. Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah dan hendaklah kamu membawa bekal dengan cukupnya kerana sesungguhnya sebaik-baik bekal itu ialah memelihara diri (dari keaiban meminta sedekah) dan bertakwalah kepadaKu wahai orang-orang yang berakal (yang dapat memikir dan memahaminya). [Surah Al-Baqarah-197]

Yang ketiga: Dalil haram berjima pada ketika haid dan nifas.

"Mereka bertanya kepadamu tentang haid, katakanlah: Haid itu adalah suatu kotoran. Oleh sebab itu, hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haid; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertobat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri.

Hadits menerangkan ayat di atas

"Saya hanya perintahkan kepadamu supaya kamu tidak menyetubuhi mereka ketika mereka itu dalam keadaan haidh; dan saya tidak menyuruh kamu untuk mengusir mereka dari rumah seperti yang dilakukan oleh orang ajam. Ketika orang-orang Yahudi mendengar penjelasan ini, kemudian mereka berkata: si laki-laki ini (Nabi Muhammad) bermaksud tidak akan membiarkan sedikitpun dari urusan kita, melainkan ia selalu menyalahinya."

Keterangan hukum haram yang kedua:

Perempuan yang sedang dalam nifas adalah seperti hukum perempuan yang haidh di dalam masalah ini.

Menurut jumhur ulamak tidak boleh (diharamkan) menyetubuhi isteri sehinggalah setelah putus haidhnya dan mandi junub.

Manakala Hanafi, suami boleh menyetubuhi isterinya sebaik sahaja darahnya putus, sekalipun belum mandi junub lagi.

Hukum istimta dengan isteri yang sedang haidh

Tidak mengapa memeluk isteri yang sedang haidh, menyentuh, mencium dsbnya, iaitu pada selain dari anggota di antara pusat dan lutut. Perkara ini dipersetujui oleh semua ulamak.

Mereka berselisih pendapat di dalam masalah beristimta (berseronok) pada anggota di antara pusat dan lutut. Terdapat tiga pendapat:

1. Kebanyakan ulamak, termasuk SyafiI, Maliki, dan Abu Hanifah: Hukumnya adalah haram. Alasannya adalah untuk mengelakkan dari berlakunya perkara haram (Saddan liz-zaraiI). Juga kerana terdapat di dalam maksud hadits Aisyah r.a. riwayat syaikhain yang melarang berbuat demikian.

2. Hanbali dan al-AuzaI dll. Berpendapat: Dibolehkan, kerana hadits: "Lakukanlah apa saja melainkan jimak." (HR jamaah kecuali Bukhari dari Anas bin Malik).

3. Ulamak golongan ketiga berpendapat: Terdapat perincian, jika suami dapat menahan diri dari faraj (menyetubuhi isterinya), mungkin kerana terlalu warak atau kerana lemah syahwat, maka ini diharuskan. Jika tidak, maka haram hukumnya.

Dr. Wahbah al-Zuhaili memberi tarjih, dalam keadaan biasa hendaklah beramal dengan pendapat yang lebih berhati-hati (pendapat pertama). Jika seseorang itu baru kembali dari permusafiran atau dalam keadaan syahwatnya begitu kuat, maka dibenarkan beramal dengan dua pendapat yang akhir, tetapi dengan syarat, hendaklah dia dapat mengawal dirinya dari faraj. Ini adalah untuk menghalang diri dari tercebur ke dalam perkara maksiat dengan melihat perempuan lain (ajnabi) dsbnya. (Al-Feqh al-Islami, vol 3, hal. 552-554)

Inilah waktu yang nyata haram utk berjima Adapun waktu lain tidaklah saya temui akan ketidak-bolehan utk berjima. Setakat apa yang saya tahu tidak wujud akan apa2 yg dikatakan sepertimana di dalam soalan itu.

Syaitan sentiasa berada di mana-mana dan pada bila-bila waktu sekalipun. Tidaklah ditentukan pada masa-masa tertentu. Dengan sebab itulah nabi saw telah mengajar kita adab ketika hendak bersetubuh. Ikutilah sunnah nabi saw dan insya Allah tidak akan berlaku perkara yang tidak diingini.

Mungkin kata-kata alim itu berdasar dari hadits-hadits dhaif yang cukup meluas dipakai pada masa kini. Untuk saya, saya menolak hadits dhaif selagi mana tidak ada ulama muktabar yang mengatakan hadits dhaif itu di sokong oleh hadits-hadits yang sahih. Dengan erti kata lain hadits dhaif itu cukup syarat untuk kita amalkan. Namun begitu, ulama hadits hanya membolehkan pemakaian hadits dhaif hanyalah untuk fadhail amal sahaja. Tidak untuk membuat hukum. Dalam bab soalan ini, saudari menanyakan hukum, maka jelas hadits dhaif adalah tertolak. Di antara perkara-perakra yang sering kita dengar berkaitan jima ini adalah seperti di bawah:

Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?

Sebahagian kitab ada mengatakan bahwa dimakruhkan bercakap-cakap ketika berjimak. (lihat: Al-Feqhul Wadhih, vol. 2, Dr. Muhamad Bakr Ismail). Kami tidak tahu apakah alasan lain kemakruhan berkenaan selain dari sebuah hadits dhaif. Barangkali hanya sebagai menjaga adab-adab ketika jimak bersama isteri. Hadits nabi berkenaan ialah:

Ertinya: "Dari Qabishah bin Zu'ib, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Janganlah kamu banyak berkata-kata ketika berjimak dengan perempuan (isteri), kerana sesungguhnya ia dapa menjadikan (anak yang lahir) bisu dan gagap." (Terlalu dha'if / lemah)

Menurut penjelasan alBani, hadits ini adalah hadits Mursal, di mana perawi yang bernama Qabishah adalah seorang tabi'in yang tidak mungkin bertemu dengan Rasulullah s.a.w.

* Hadits Mursal ialah hadits yang disandarkan kepada tabi'in.

Terdapat lagi seorang perawi di dalam hadits ini yang bernama Zuhair. Beliau ini diperselisihkan statusnya. Antara yang memberi komentar ialah al-Hafiz, katanya, bahawa apabila penduduk Syam meriwayatkan hadits dari dia, maka haditsnya tidak sah.

Hadits di atas bertaraf terlalu dha'if, dan tidak dapat dijadikan hujah.

--------

Terdapat lagi sebuah hadits palsu yang tidak dapat dijadikan hujah dan pegangan:

Ertinya: "Apabila salah seorang dari kamu berjimak, maka janganlah melihat kemaluan (isterinya) kerana ia akan mewarisi keturunan yang buta, dan Janganlah banyak bercakap ketika berjimak kerana ia akan mewarisi keturunan yang bisu." (Hadits Maudhu')

Di dalam sanadnya terdapat periwayat yang tidak dapat dipercayai. ( Albani)

---------

Dua hadits di atas tidak boleh disebarkan dan diriwayatkan.

---------

Masalah: Apakah benar jika seseorang itu bercakap-cakap ketika berjimak boleh menyebabkan anak yang lahir itu bisu dan pekak?

Jawab: Tidak benar.

Jadi saya nasihatkan kepada saudari dan juga semua, paabila didatangkan sesuatu yang baru yang agak pelik, cari atau tanyakanlah dalilnya terlebih dahulu. Sekiranya dikemukakan dalil yang sahih, barulah boleh kita beramal dengannya. Berkaitan pemakaian hadits dhaif, saya nasihatkan adalah lebih baik kita hanya berpaut pada dahan yang kukuh yakni al-Quran dan hadits sahih semata-mata melainkan telah diwartakan oleh ulama-ulama muktabar akan kebolehan memakai hadits dhaif tertentu.
 
adoiitakjuk wakakkakakaka bets best thankssssssssss
 
Back
Top
Log in Register