BTC USD 86,026.3 Gold USD 4,344.58
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ibadah Puasa

IMG_20240330_100840_402.jpg


❇️HADIS RAMADAN❇️

Puasa adalah perisai menghalang diri dari seksa api neraka

Daripada Uthman bin Abul-'Ash RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Puasa adalah perisai dari neraka, seperti perisai salah seorang di antara kamu dari peperangan."

- HR Ahmad-
 
IMG_20240331_100318_483.jpg


❇️HADIS RAMADAN❇️

Allah menerima doa orang yang berpuasa dengan sempurna

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: ''Ada tiga golongan yang doa mereka tidak ditolak; Orang yang berpuasa hinggalah dia berbuka, doa pemimpin yang adil dan doa orang yang dizalimi."

- HR Tirmidzi-
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Melipat Gandakan Amal Di Sepuluh Akhir Ramadan

قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah Radhiyallahu anha, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir (Ramadan) yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.” (Sahih Muslim No: 2009) Dar Ihya Kutub Arabiyyah. Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.

2. Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah amalan iktikaf, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain.

a. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
b. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan

3. Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terkahir Ramadan. Anda bagaimana?

4. Imām Ibn Rajab Al-Hanbali berkata : Ketahuilah bahawa seorang mukmin itu terhimpun baginya dua jihad untuk dirinya. (Iaitu) jihad pada waktu siang dalam berpuasa serta jihad pada waktu malam dalam melakukan qiamullail. Sesiapa yang menghimpunkan antara dua jihad ini dan melunaskan hak keduanya serta bersabar dalam melakukannya, dia telah memperoleh ganjaran pahala yang tidak terhitung. Rujuk Lathā’if Al-Ma’ārif, Ibn Rajab (1/171)

5. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini antaranya:

a. Menjaga solat Fardu berjemaah, solat sunat mengiringi waktu, solat sunat Terawih dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.

b. Banyakkan Iktikaf pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan dengan mengajak ahli keluarga bersama.

c. Perbanyakkan doa. "Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar". Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa agar diangkat segala kesulitan dan kesengsaraan saudara kita di Palestin serta diberi kemenangan kepada pejuang-pejuang Islam di sana. Tidak dilupakan saudara Islam kita di Syria, Iraq, Rohinga dan di seluruh dunia. Semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.

Negara Rahmah Ummah Sejahtera

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

03hb April 2024
23hb Ramadan 1445H
 
Sudahkah kita menjamu makan orang yang berpuasa

Kebiasaannya pada bulan Ramadan kita akan banyak menerima pesanan ringkas atau iklan melalui media sosial rayuan Ramadan untuk memberi makan orang berbuka. Kita telah melalui lebih separuh puasa bulan Ramadan, adakah kita telah merebut peluang ini.

Terdapat riwayat hadis dari Rasulullah menunjukkan bahawa adalah disunatkan kita menjamu dan memberi makan orang yang berpuasa. Perkara ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Zaid Ibn Khalid al-Juhani bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ، غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

Maksudnya: Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka dia mendapat pahala seumpamanya tanpa kurang sedikitpun daripada pahala orang yang berpuasa tersebut.

Ganjaran pahala yang diperolehi seumpama orang yang berpuasa dan tidak berkurang walau sedikit. Bayangkan kalua kita dapat menjamu beberapa orang untuk berbuka.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Salman al-Farisi R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ عِتْقُ رَقَبَةٍ وَمَغْفِرَةٌ لِذُنُوبِهِ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَيْسَ كُلُّنَا يَجِدُ مَا يُفَطِّرُ الصَّائِمَ قَالَ يُعْطِي اللَّهُ هَذَا الثَّوَابَ مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا عَلَى مَذْقَةِ لَبَنٍ أَوْ تَمْرَةٍ أَوْ شَرْبَةِ مَاءٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka dia mendapat ganjaran dibebaskan dari api neraka dan keampunan ke atas dosa-dosanya. Lalu ditanyakan kepada Rasulullah SAW: ‘’Wahai Rasulullah, bukanlah kesemua kami ini mampu untuk memberikan sesuatu untuk orang berpuasa berbuka’’. Maka Rasulullah SAW menjawab: ‘Allah memberikan pahala ini kepada sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa dengan susu yang dicampur dengan air, sebiji kurma, atau air minuman’.
Ada pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menjamu orang berbuka dan pelbagai bentuk makanan. Sehingga Rasulullah menyebut walau sekadar air atau sebiji kurma.

1. Menyumbang wang pada masjid yang ada menyediakan makanan untuk orang berbuka.

2. Menghantar makanan yang dimasak pada jiran dan sahabat yang berhampiran.

3. Membeli kurma secara borong dan boleh dibungkus semula untuk diedarkan kepada sahabat dan saudara mara.

4. Boleh buat pindahan wang untuk berbuka ke dalam akaun orang yang kita kehendaki.

5. Buat pesanan makanan
melalui khidmat grabfood dan seumpamanya untuk dihantar kepada yang berkenaan. Walaupun orang tersebut duduk jauh masih lagi boleh untuk bersedekah makanan berbuka.

Ada berbaki beberapa hari lagi, jangan bertangguh lagi. Apatah lagi jika kita boleh memberinya kepada orang miskin dan anak yatim. Allah SWT memuji orang-orang yang bersedekah seperti dalam bentuk makanan sebagaimana dalam firman-Nya:

وَيُطْعِمُونَ الطَّعَامَ عَلَىٰ حُبِّهِ مِسْكِينًا وَيَتِيمًا وَأَسِيرًا

Maksudnya: Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan.

 
Bangun lah bersahur...walaupun dah kenyang atau mengantuk sekali pun..jamah lah sedikit makanan atau sekurang-kurangnya minum barang seteguk dua air...

Apa yang membezakan Orang Islam dan Orang Kafir berpuasa adalah Sahur. “makanlah sahur kamu, kerana dalam makan sahur terdapat keberkatan” ...
 
1000502418.jpg


Niat Puasa Ramadan

MAZHAB AL-SYAFIIE
Wajib berniat puasa pada setiap malam Ramadan kerana ia adalah ibadah yang bersendiri (mustaqil) yang tidak terikat antara satu sama lain.

MAZHAB AL-MALIKI
Seseorang itu diharuskan niat puasa sebulan pada malam Ramadan yang pertama dan tidak wajib berniat setiap malam.

PANDANGAN SEBAHAGIAN ULAMA MAZHAB SYAFIIE
Boleh berpegang pada pendapat mazhab Maliki dalam hal ini sebagai langkah berjaga-jaga dan dalam masa yang sama tetap wajib berniat pada setiap malam Ramadan.

Malam ini, jangan lupa niat ya!
 
1000502817.jpg


Kelebihan Bersahur ✨

Rasulullah SAW bersabda:
“Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya pada sahur itu terdapat keberkatan.”
(Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Jangan tinggalkan sahur! Walaupun hanya dengan sebiji kurma dan seteguk air, ia membawa keberkatan dalam ibadah puasa kita.

Tag rakan-rakan anda dan ingatkan mereka tentang pentingnya sahur!

#BersahurBerkat #KeberkatanSahur #Puasa #Ramadan #JAKIM #MalaysiaMADANI
 
Back
Top
Log in Register