ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
SYARIKAT pemaju I-Bhd melaburkan kira-kira RM1.8 bilion tahun ini untuk pembinaan Menara Central dan kompleks membeli-belah CentraPlaza@i-City yang dijangka siap menjelang 2017.
Timbalan Pengerusi I-Bhd, Datuk Eu Hong Chew berkata, sebanyak RM1.2 bilion daripadanya diperuntukkan untuk membina Menara Central manakala RM580 juta untuk pembinaan pusat membeli-belah di Bandar i-City di Shah Alam, Selangor.
"I-Bhd menyasarkan nilai keuntungan RM500 juta akan disumbangkan melalui segmen pelaburan dan pembangunan hartanah serta perniagaan riadah bagi tiga tahun akan datang.
“Jadi kami melancarkan pembangunan Menara Central yang merangkumi pembangunan bercampur kediaman, hotel dan pejabat dengan keluasan 1.6 juta kaki persegi. Menara ini akan disepadukan dengan CentraPlaza@i-City melalui jejantas pejalan kaki," katanya dalam sidang media memperkenalkan projek terbaharu itu di Shah Alam, semalam.
Hong Chew berkata, pembangunan bersepadu tersebut mempunyai implikasi positif bagi pembangunan hartanah melalui kediaman, serta pelaburan hartanah melalui CentralPlaza@i-City.