zanaa
Active+ Member
- Messages
- 3,092
- Joined
- Jul 25, 2012
- Messages
- 3,092
- Reaction score
- 415
- Points
- 41
Perkongsian menarik dr blogger >>> hazrey @ sumber
Tentu sekali tajuk entry ini mengundang pelbagai persepsi.
Semalam (Rabu) aku bersama isteri ke pasaraya Giant di Taman Nusa Bestari, Johor Bahru untuk membeli barangan dapur, sama seperti anda semua. Ya, aku juga manusia biasa yang pergi ke Giant.
Hampir setiap bulan kami ke pasaraya ini. Beratus kami berbelanja di pasaraya ini. Kalau dihitung, didarabkan dengan beberapa tahun kami di sini, seharusnya kami dikategorikan sebagai pelanggan tetap dan boleh dapat reward!!
Malangnya rak barangan tak mampu mengecam kami. Begitu juga troli yang kami gunakan yang kadangkala mengeluarkan tenaga statik di lengan aku.
Seperti biasa, minuman antara barangan yang dibeli, antaranya susu soya dan susu rendah lemak. Yelah kot esok lusa nak jadik guru yoga.
Kebetulan Tropicana Twister yang menjadi favourite kami dijual pada harga promosi iaitu RM10 bagi dua botol.
Isteri comelku mengambil dua botol memandangkan kami mampu menjimatkan hampir RM5. Ya, buat kami rakyat marhaen, RM5 sangat bernilai. "Apalah,RM5 pun berkira." Memang kami berkira sebab ia dari rezeki yang halal dan dari keringat titik peluh sendiri maka perlulah berkira dan kalau dikumpul 1,000 kali, dah boleh beli tiket AirAsia pergi balik Australia.
Kami memang gemar membeli barangan keperluan pada hari biasa bagi mengelak que yang panjang.
Kami ke kaunter 8, kira-kira jam 11.40 pagi dan terdapat dua kakitangan, seorang lelaki dan seorang perempuan. Mengikut resit pembayaran, kaunter itu dikendalikan juruwang Jaganathan Goundar dan dia dibantu seorang staff wanita untuk pembungkusan (packer).
Sebelum kami tiba, mereka rancak berbual. Ketika barangan kami diimbas untuk dihitung harga, mereka tetap berbual tanpa henti tanpa memperdulikan kami.
Aku hanya menoleh dan menggelengkan kepala terhadap sikap kedua kakitangan itu. Ya, mereka langsung tak peduli. Mulut berterusan berbual dan kadangkala kakitangan lelaki langsung tidak melihat produk yang diimbas sebaliknya matanya tersorot ke arah rakannya.
Aku terus berbisik kepada isteri - "Once we checked out, you better check the receipt. I boleh bet kita kena overcharged atau ada duplication." Isteriku mengangguk.
Kami beredar perlahan dari kaunter pembayaran itu sambil isteri meneliti resit dan seperti yang dijangkakan, ada overcharged.
Dua botol Tropicana Twister yang sepatutnya berharga RM10 dicaj mengikut harga normal biarpun terpampang di rak minuman itu, harga promosi. Sebagaimana tertera pada resit, produk yang disirikan sebagai 4061675 dicaj RM6.49 setiap satu.
Kami terus ke kaunter perkhidmatan pelanggan.
Di sinilah drama samseng berlaku.
Kami menghampiri kaunter KHIDMAT PELANGGAN atau Customer Service Giant yang terletak di luar pintu masuk ke hypermarket itu.
Terdapat tiga kakitangan di situ dan apabila kami mengajukan masalah kami terhadap overcharged itu, salah seorang kakitangan wanita, Fajariah Mohd Anuar, meminta kami memberikannya resit pembelian. Isteri menunjukkan kepadanya dan menjelaskan tentang harga sebenar yang dipromosikan.
"Tunggu sekejap, saya kena check," katanya dan terus beredar. Dia berjalan keluar dari kaunter secara perlahan dan tiada langsung menampakkan terdapat satu urgency untuk pelanggan yang terpaksa menunggu disebabkan kesalahan berpunca dari Giant sendiri.
"Dik, mintak tolong ya dik, kalau boleh cepat sikit," aku sempat menegur pada kakitangan Giant itu. Aku dah dapat nama penuh dia
Dia sempat menoleh dan berlalu pergi. Ohh, dia menoleh tanpa sebarang senyuman atau jawapan dia cuba untuk tidak melengahkan pelanggan yang menuntut lebihan akibat kesilapan dari majikannya itu.
Untuk rekod, ini bukan pertama kali kami terpaksa memeriksa resit kami dan mendapati terdapat lebihan caj pada harga dan berbeza dari harga promosi. Maka, persoalan aku ialah, adakah ini taktik Giant mengaburi pelanggan supaya mengunjungi pasaraya mereka dan pelanggan yang kurang periksa pasti menjadi mangsa mereka?
Jika mereka memberikan alasan teknikal, ia adalah jawapan yang sangat memper*****kan pasaraya itu sendiri kerana ia bukan pertama kali berlaku dan seharusnya masalah teknikal seperti itu tidak berulang, apatah lagi mereka mempunyai rangkaian yang besar dan mampu mempertingkatkan sistem mereka.
Bayangkan, jika ada 10 pelanggan yang kurang periksa. Tidakkah itu keuntungan berganda kepada Giant? Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) seharusnya menjalankan pemeriksaan lebih giat dalam memastikan peniaga lebih beretika dan tidak memperdaya pelanggan dengan taktik seumpama ini.
Itu jika 10 pelanggan. Bagaimana 100? Adakah Giant mengharapkan semua pelanggan akan sentiasa memeriksa resit mereka? Mana integriti mereka? Mana kejujuran mereka? Aku pasti ramai yang sudah terkena.
Hampir 10 minit, kakitangan KHIDMAT PELANGGAN yang memakai tag nama Fajariah itu kembali ke kaunternya.
Mungkin dia mengambil masa begitu lama kerana terpaksa bersesak sesak di kalangan pelanggan pada hari yang sunyi itu. Kami lihat, dalam kepayahan Fajariah berjalan di celah celah pelanggan yang terlalu ramai pada hari sunyi di pasaraya itu, dia sempat berhenti untuk berbual seketika dengan rakan setugas.
"Nak 10 minit kami tunggu. Apsal lama sangat?" Aku bertanya.
"Saya kena check lah harga dia," katanya dengan nada mendatar.
Seharusnya, memandangkan aku pernah mengetuai team Khidmat Pelanggan di pasaraya di Johor Bahru ini, jawapan pertama yang pasti keluar dari kakitangan aku ialah: "Maaf encik terpaksa tunggu." Dan dulu, aku turut train staff aku untuk nampak seperti tergesa gesa untuk memperlihatkan keseriusan bagi menyelesaikan masalah pelanggan.
Fajariah tidak. Dia membuat keputusan bahawa aku dan isteri bukanlah pelanggan, tetapi seperti datang ke situ untuk mengutip derma.
"Memang salah harga. Isi borang ni," katanya. Aku faham tetapi aku ada jelaskan pada Fajariah ini, kami perlu cepat. Dia tetap bertegas bahawa ini kehendak pengurusan.
Ok aku faham. Kehendak pengurusan Giant adalah lebih giant dari keperluan pelanggan yang berbelanja di pasaraya itu. Pelanggan tak perlu diutamakan di Giant.
Ketika isteriku mengisi borang, dia ada bertanya pada aku:
"Ada kolum IC dengan nombor telefon ni, nak tulis jugak ke?
"Tak payah, bukan salah kita, this is Giant's fault for deceiving us," jawab ak.
"Dik, kami nak cepat ni, tak boleh ke ringkaskan proses ni, dahlah awak lama sangat pergi check tadi, ini bukan salah kami sebab salah charge, tapi kami pulak jadik mangsa kena tunggu," aku MEMOHON sedikit toleransi daripada kakitangan KHIDMAT PELANGGAN itu.
"Tak boleh encik. Ini apa yang management nak. Saya kena ikut management," katanya dengan suara sedikit tinggi.
"Ya saya tahu ini kehendak management awak tapi kami kan pelanggan, takkan awak rela hilang pelanggan yang jadik mangsa disebabkan kesilapan majikan awak?
"Tak boleh encik, ini polisi management," katanya, berdegil. Aku tahu, aku pernah berada mengetuai khidmat pelanggan dan apa yang dilakukan Fajariah ini adalah sesuatu yang sangat dangkal. Mungkin, the same pengurusan tak train budak ni untuk handle customer by discretion.
Sebaik isteriku melengkapi borang dan serahkan pada Fajariah, dia menyuruh kami kembali ke kaunter 8 dan menunggu Chief Cashier untuk pemulangan wang!!
"Akak kena pergi balik kaunter tadi dan tunggu chief cashier untuk dapatkan duit balik," katanya.
Isteriku persoalkan - kenapa kami nak ke sana ke sini pulak. Ini bukan salah kami. You all salah, pastu nak menyusahkan customer pulak. Kenapa tadi awak tak bawak form ni dan ajak kami terus pergi kaunter tu? Dahlah tunggu awak check harga (sangat) lama! Ada logik jugak apa yang isteri aku cakap.
Aku menyampuk:
"Dik, takyahlah susahkan kami. Kami nak cepat ni. Takkan you all salah, kitaorang pulak kena susah?"
"Ini polisi management. Saya kena ikut polisi management," katanya dan kali ini suaranya sudah sedikit tinggi.
"Ya saya tahu, saya taknak tunggu, awak pergi settlekan."
"Kan saya dah cakap, ini management punya polisi, ikut jerlah," jerit Fajariah kuat dan tangannya menampar permukaan kaunter dengan kuat.
Kami terkejut. Tindakan itu sangat menghina. Sangat.
Aku mempersoalkan sikap kakitangan KHIDMAT PELANGGAN ini yang menunjukkan sikap samseng terhadap pelanggan yang mahukan kerjasama dari mereka namun terus diherdik tanpa henti.
Terdapat seorang pengawal keselamatan tak jauh dari kami dan dia hanya memerhati lewa terhadap insiden itu. Mungkin tak penting kot. Lagipun pasal customer kan. Dia peduli apa.
Aku menghampiri pengawal keselamatan itu dan memintanya memanggil pengurus.
Seorang lelaki Melayu datang ke kaunter itu yang pada awalnya aku kurang yakin dia adalah pengurus. Aku akan ceritakan kenapa aku tak yakin dia pengurus, di penghujung entry ini.
"Saya nak jumpa manager, bukan awak." Aku tahu pengurus cawangan itu adalah seorang lelaki India kerana baru beberapa minggu lalu aku ada menelefon pengurus itu.
"Saya manager on duty." katanya.
Aku menceritakan kepadanya mengenai insiden yang berlaku dan aku agak kecewa dengan latihan atau common sense yang ada dalam pengurus itu.
"Kami akan tengok cctv nanti," katanya berulang kali.
Aku rasa itu juga polisi Giant yang diajar pada kakitangan mereka cara menyelesaikan masalah pelanggan.
"Saya bukan cerita pasal cctv, saya nak tanya kenapa staff customer service biadap, tampar meja, tengking kami?"
That manager on duty terdiam. Dalam hati aku, kalau sekali lagi dia cakap nak tengok cctv, memang aku suruh dia balik office dia jek.
Sambil itu, Fajariah tetap mengeluarkan kata-kata kurang elok termasuk pergilah report polis, tengok siapa kena angkut karang. Selain bersikap samseng dan kurang ajar, rupanya kakitangan KHIDMAT PELANGGAN boleh mengugut pelanggan untuk membuat laporan polis?
Aku pelik, kenapa pulak aku nak report polis? Aku patut report pada Jabatan Agama Islam Johor supaya sediakan kelas adab dan fardu ain untuk dia dan pengurusan Giant sebenarnya. Itu lebih tepat. Mereka juga perlu daftar untuk belajar apa itu customer service. Dengan apa yang aku lalui, jangan mudah sangat pakai definisi itu kerana ia menghina maksud sebenar customer service.
Sambil aku bercakap dengan manager-on-duty itu juga, Fajariah masih sempat menengking isteri aku untuk memberikannya resit pembelian disaksikan dua kakitangan dari cashier dept yang datang untuk memulangkan wang kami. Eh boleh pulak datang ke kaunter tu? Pelik tak?
Untuk rekod, manager-on-duty yang memperkenalkan diri sebagai Murad, yang terdengar tengkingan itu, menyuruh kakitangan KHIDMAT PELANGGAN bernama Fajariah untuk pergi pejabat namun tidak diendahkan.
"You tengok perangai dia. You nak tengok cctv apa lagi? Ni depan mata ni," kata aku pada Murad dan kami sama-sama menoleh ke arah Fajariah yang masih meluahkan kemarahannya.
Aku rasa Giant mendidik kakitangannya untuk memastikan pelanggan datang menyembah mereka dan melutut pada mereka, yelah sebab nama mereka Giant kan.
Dan berbalik kepada Murad, sehingga jam 10 malam semalam iaitu hampir 12 jam insiden itu berlaku, langsung tiada satu pun panggilan telefon dari pihak Giant untuk memberi penjelasan atau permohonan maaf dari mereka. Maka aku anggap dia bukanlah Manager-On_Duty tetapi penyusun produk di salah satu rak di hypermarket itu.
Aku tak terkejut jika ada kalangan pembaca yang mengalami nasib yang sama sebagaimana pernah ditulis Mazidulakmal Sidik di capaian berikut: Periksa Bil Jika Ke Giant Kota Damansara.
Untuk rekod, Mazidul mengalami masalah harga di hypermarket yang sama pada 2009 ! Kita sudah di tahun 2012 !! Apakah alasan Giant terhadap masalah harga ini? Kemungkinan bahawa mereka menggunakan taktik menipu pelanggan ini tidak boleh dipandang sepi.
Dan ada juga blog lain yang aku temui menulis perkara yang sama mengenai penipuan harga dan ini mengukuhkan lagi keyakinan bahawa Giant menggunakan taktik ini sebagai untuk menarik pelanggan:
1. http://wcsronnie.blogspot.com/2010/10/giant-hypermarket-real-giant-killer.html
Jika anda mempunyai pengalaman yang sama dan pernah menulisnya, kongsikan di ruang komen bersama alamat URL.
Dan aku SANGAT yakin sikap kurang ajar dan samseng mengherdik pelanggan adalah salah satu Standard Operating Procedure (SOP) Giant.
Dan Giant juga perlu tukarkan slogan mereka dari Harga Rendah Tiada Tandingan kepada Harga Tipu, Tiada Tandingan (Kerana kami samseng).
Disebabkan insiden ini, aku dan isteri telah buat keputusan untuk memulaukan Giant atas dasar penipuan harga dan cara samseng yang dipraktikkan mereka terhadap pelanggan.
Dan aku pasti, anda juga mampu berbuat demikian kerana kita ada banyak pilihan lain termasuk Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M).
BOIKOT GIANT !
Sebarkan entri ini supaya ia menjadi iktibar kepada pengusaha hypermarket lain untuk mengutamakan pelanggan dan sebagai satu isyarat, berniaga secara samseng hanya dilakukan peminjam wang haram.
Seriously, kita perlu BOIKOT peniaga yang tidak jujur seperti ini.
kredit pd sumber
Warga CG... TLG Vote utk Memilih Hypermarket Terbaik malaysia... click sini http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=388109

Kawan aku yang kerja Giant Nusa Bestari kata kes ni dah settle...
Kalau tengok kat blog dari sumber yang TT ambik tu pun dari bulan Julai aritu...
Blogger tu pun tak update dah settle ke belum kan??
Dia cuma kata "semalam aku p shopping kat....."
Itu just menunjukkan dia marah... Tapi dia tak cerita pun masalah tu dah settle ke belum...
Semata-mata satu staff Giant yang buat masalah, satu Giant tu kena..
Padahal staff CS tu dah kena buang dah pun lepas kejadian tu...
Kat mana mana pasaraya pun ada berlaku benda ni...
Dah nama pun pasaraya, harga mestilah berubah setiap hari, sebab harga kos tak menentu...
Patut blogger tu p ngadu kat HQ, bagi detail bagai...
Kalau nak update kat blog pun, just remind readers dia untuk teliti resit lepas pembayaran dah lah, bukannya burukkan bisnes orang...
Sebagai customer, kena berhati hati atas kecuaian dan lepas pandang orang lain... Dalam hal ni, staff tu terlepas pandang untuk tukar harga, dan sebagai customer, kita berhati-hatilah...
aku 4x dh kena..sejak bangi ni tukar pasaraya dari bintang ke giant..
1st beli ubat shampoo harga tulis lain bila bayar lain..ok aku diam lg..
2nd beli nugget sama gak tulis lain bayar lain..lebih rm2 so aku claim..
3nd beli pakaian wanita sama gak..claim lg..
4th sabun cuci baju sama..claim lg..la ni aku bising la kat kaunter claim 2..wah banyak untung la giant 1customer tipu rm3..sehari kalo 100xrm3=rm300x30hari=rm9000..pastu trus xbelanja di giant lg..hati2 la kawan2 sy kne di giant bangi..
Saya pun penah kena kat GIANT USJ dulu.. lama dah.
harga yg dia punch x sama dgn harga kat rak... saya pun ngamuk aahh..
nasib baik chief cashier ada kat situ & cepat2 dia batalkan transaksi tuh & punch harga kat rak manually.
Hati2 dgn GIANT... baik gi MYDIN support hypermarket milik org ISLAM.
salam. bukan kat giant je masalah ni. mana2 hypermarket akan buat camni. aku selalu kena, mula2 kat giant batu caves, pastu tesco wangsa maju, la ni kat giant teluk intan, tesco dll. termasuk la hypermarket yg takde brand sgt. sume nak menipu. plg simple nk untung, tipu kat harga brg runcit cam gula, susu pekat dll. bukan banyak pon satu brg, dlm 5-20 sen. tapi kalo sorang beli 5, tu baru satu item,. makin byk item, makin byk orang yg kena. lagi untung. moral of the story, check la stp kali beli brg. pastikan harga resit sama dgn ape yg kita tgk. satu lg, bila beli brg2 mcm sayur @ ikan, tgk betul x jenis brg ngan harga. contohnya, kita ambik timun, dia charge harga carrot. naya camtu.
tesco pon same.. tulis harga x betol.. kadang2 promosi pon harga lain.. senang je diaorg ckp.. ikut harga scan.. WTF la.. klu mcm tue aku kene scan 1-1 barang sbb tulis harga x serupa bikin.. dah la tempat scan barang ade yg rosak dan nk cari lak payah..
aku penah kena gak kat giant kinrara.. ada la 2 3 kali gak.... lagi senang hati belanja kat mydin..
Giant mmg ada isu dgn benda ni, sy dan istri penah kena gk. Harga display lain, tapi bila pi bayar, dia scan harga lain plak. So kena tengok kt skrin harga mesin waktu dia scan tuh atau cek semula resit.
p/s: dulu kami pon ada drama2 jugak kat kaunter pelanggan tu![]()
untuk maklumat TT perkara yg berlaku kepada TT pernah belaku kepada saya dan isteri....bukan banyak barang yang saya beli, cuma 5 jenis barang jer. Apabila di scan harga barang, lain jenis barang yang keluar.(dah la tu harga pun boleh tahan). lepas tu apabila g report kat CS dia suruh isi borang dan tunggu untuk tengok CCTV. 3 bulan lebih baru dia call suruh g tuntut balik lebihan RM tu.
masalahnye polisi tu menyusahkan pelanggan..
dah terang2 sistem diorang yg problem sebab x detect harga yg betul..
patutnye kalau jadi macam neh org giant kena ada standard of procedure yg x menyusahkan pelanggan..
bila pelanggan buat aduan macam neh, 1st step customer service kena check harga dengan kadar segera..
then, kalau ada borang nk kena isi, customer service yang kena isi, buknnye pelanggan sebab bukan pelanggan yg salah..
then submit borg tu kat cashier, ambik duit dan kemudian bg kat pelanggan..
benda simple je dan rasanye x smpai 5 minit pon dah boleh setel..
Silap Bro...."customer is always right"...mane2 premis yg memberi servis harus mengutamakan customer. Ini ada di dalam polisi mana2 syarikat yang menjual produk atau perkhidmatan. Cuma dalam kes ni kita nampak dgn jelas masalah attitude pekerja di situ.
Aku selalu kena kes macam ni kat GIANT Mesra Mall Kerteh. Display harga lain bila scan harga lain. Selalunya aku akan pulangkan semula barang tersebut kerana diorang akan bagitau tersilap display harga. Tapi attitude pekerja di GIANT Mesra Mall ni okey...layan pun okey.
Cuma pada pendapat aku GIANT memang ada cuba menipu customer melalui harga yang dipamerkan. Aku dgn wife aku memang akan selalu check resit setiap kali membeli barang di sini.
Yang terbaru bulan lepas terjadi kat abang aku. Harga seluar jean display RM 8.99 sehelai, siap tulis pada board besar2. Bila tanya pekerja mmg dia sahkan harga tu sbb dah ramai org beli dari padi td. Abg aku pun ambil 5 helai tapi bila scan untuk bayar harga dia dah jadi RM 49.90. Bila abg aku soal pasal harga display pengurus dia jawab mmg harga dia RM 49.90. Siap dia suruh pekerja dia tukar harga yang display kat rak tu. Abg aku terus tak jadi beli. Budak kat kaunter tu ckp dia dh jual banyak dari pagi td dgn harga RM 8.99 tp tak tau knp blh tukar plak. Pelik kan..
sy sdr pnah kje dgn GCH Retail bhgn managemnt tp bkn giant laa. giant, cold storage n guardian 1 company.
kdg2 ble da abis promotion, staff lupa tukar harga normal. shelf label tu byk so kalo kne kt staff yg asyik nk ngulor je, dia akan skip je mane yg dia x jumpe.
if complaint korang x dilayan, report je ke HQ,bg each detail dgn complete.staff yg kuangjaq sgt tuh mungkin akan di transfer ke tmpt len or berenti dgn sdrnye.
aku pernah kerja kat sana masa cuti sem 1 bulan lebih sebagai butcher,masa aku masuk giant tu HR perempuan. selang 2-3 minggu tu,HR tu dengar kata buat hal and kena tukar dengan HR mamak. nak dijadikan cerita bila sampai time gaji,aku pun seronok ronoklah. yela,dapat 900+ kot masa student besau tu. tapi malangnya,HR kata kena tahan sebab aku ni part time and nak bagi gaji lump sum masa aku berhenti nanti. aku pun okay je lah. time dah berhenti kerja barulah drama bermula. aku tak dapat gaji seperti yang dijanjikan. aku jumpa HR,
punchcard awak hilang" kata HR mamak tu selamba.
aku pun jawabla macam mana boleh hilang?
dia kata HR yang dulu berhenti and bawak lari semua dokumen konon2 nak kata HR dulu tu nak sabotaj la.
pergh,kecewa gila aku,aku jadi kuli GIANT selama 1 bulan lebih.
aku ulang alik 2,3 kali seminggu ke HR nak tahu apa jadi. still tak ada jawapan,katanya kena tunggu.
last2,aku tunggu sampai sekarang tak dapat jugak.
damnnnnnnn
sy penah bekerja dgn Giant..dan ape yg bole sy katekn..xsemua kakitangan kurang ajar..dan xsemua kakitangan bersopan santun..
sy bersimpati atas nasib yg dialami oleh TT..sepatutnye customer service xbole bersikap camtu..mayb die mmg xterlatih or mmg sikap diri die sndri yg kurang ajar..
utk isu harga..apa yg bole sy katekn..setiap hari more than 50 item akn berubah utk setiap department..pasti akn ade yg label yg tertinggal atau terlepas pandang..kalo customer terjumpe,mmg rezeki la..
customer service actually bole paging je department head utk dtg ke kaunter..xperlu die sndri kuar..dan pemulangan wang sepatutnye berlaku di customer service bknnye di kaunter pembayaran..
wat je report..tmpt sy dlu kalo ade report camni..mmg kene bambu kow2 n warning..wat lg kene gantung..hehee
Kawan aku yang kerja Giant Nusa Bestari kata kes ni dah settle...
Kalau tengok kat blog dari sumber yang TT ambik tu pun dari bulan Julai aritu...
Blogger tu pun tak update dah settle ke belum kan??
Dia cuma kata "semalam aku p shopping kat....."
Itu just menunjukkan dia marah... Tapi dia tak cerita pun masalah tu dah settle ke belum...
Semata-mata satu staff Giant yang buat masalah, satu Giant tu kena..
Padahal staff CS tu dah kena buang dah pun lepas kejadian tu...
Kat mana mana pasaraya pun ada berlaku benda ni...
Dah nama pun pasaraya, harga mestilah berubah setiap hari, sebab harga kos tak menentu...
Patut blogger tu p ngadu kat HQ, bagi detail bagai...
Kalau nak update kat blog pun, just remind readers dia untuk teliti resit lepas pembayaran dah lah, bukannya burukkan bisnes orang...
Sebagai customer, kena berhati hati atas kecuaian dan lepas pandang orang lain...
aku dh lama BOIKOT giant ni..sbb masalah GIANT MENIPU PENGGUNA...slalu iklan di paper harga promosi..tp bila time nk bayar slalu dia kira harga lama...bini aku plg cekap dan sensitif dlm bab2 ni..pernah jgk bergado 2,3 kali dgn customer service kt kaunter...
so aku amik keputusan start dr haritu takkan jejak lg kaki kt GIANT.
skrg aku shoping kt tesco jer tiap2 bln..harga kt tesco alhamdulillah stakat smp skrg takde lg menipu customer...
![]()
Giant ni memang selalu tipu harga.. dah banyak kali terkena.. kat rak tulis harga lain.. bila scan keluar harga lain...
kekadang tag harga utk barang lain, letak kat barang lain... kalo tak perati betul2 memang senang2 je terkena..
aku pon dh kene...kat giant kemuning utama klang
wife aku g beli pempers pet pet..sbb ade promosi..
mse nk ambil tgk kat tag mmg tgh promosi..harge lbh murah dr biase..
bile dh byr..wife tgk resit pasal ape pet pet xde diskaun..kate promosi..
pegi kaunter servis..siap bwk pegi tunjuk tag promosi kat tmpt pempers..
rupenyer tag tu baru ditukar..so kene byr harge bkn promosi..lahanat betul kene tipu...puii..
den dh lama boikot semua hypermarket..rege murah la sangat...
byk kali terjebak, terkesan, terpengaruh dgn nafsu bwh sedar...
cdg cuma nak beli susu budak bwh rege rm20, dah terbeli 1 trolly tah ape2 pye brg dgn rege rm250.00. dh sampai rumah, bila check2 ada pulak brg yg patut beli tp x beli.
Pilihan ditangan kita...sendiri mau ingat .
Ha ha... pakcik pun dah kena kat Giant nie tapi bukan yang kat johor lah tapi kat subang jaya dan kat bukit puchong barangan yang di beli sepatutnya ada promisi harga murah tapi bila sampai rumah periksa semula resit harganya mahal, semasa pembayaran tak sempat check sebab baranggan yang di beli banyak hampir rm250. sekarang kalau beli kat giant atau semua supermaket lain pakcik akan check buat scan tag harga dulu. Kat Giant nie pakcik dah banyak kali kena. Sekarang beli barang kat Mydin subang pula , harga barang barang di mydin nie dulu murah sekarang zaman pm n.. harga barang di mydin subang nie dah mahal ada barang mengalahkan kedai runcit aceh di tepi jalan aje.. pakcik had beralih pula ke OTK , ppmj dan nsk asalkan barang murah aje... kat situ lah pakcik pergi..
ok, ayat yg ko guna utk berhujah sgt baik. perbincangan boleh diteruskan dgn santai dan tenang.
awal2 lagi aku tidak mahu memberi komen ttg situasi si penulis sbb aku tak tahu dgn detail bahasa2 yg digunakan oleh si penulis dan juga staf tu.
sehinggalah ko memberi komen yg condong ke arah menyokong staf tersebut.
walau apa pun keadaan, staf tersebut mesti tenang, bersikap prihatin dan menolong.
tindakan menghentak meja merupakan perkara yg paling b0doh dilakukan.
andai kata ada 10-20 orang yg tidak puas hati, dan staf berkenaan bawa perangai buruk dgn hentak meja di depan pelanggan. silap2 pecah muka staf tu kena hempuk dan di tumbuk.
apabila customer tidak puas hati, perasaan marah mesti ada.
apabila staf melayan komplen dgn endah tak endah, perasaan tidak puas hati customer akan bertambah, dan perasaan marah semakin meningkat.
sepatutnya staf berkenaan guna pendekatan, mohon maaf, bersikap prihatin dan sgt membantu,
mungkin kena pilih orang yg lebih sesuai utk diletakkan di bahagian customer service, bukan jenis pemarah, bukan jenis muka masam spt cuka, bukan jenis banyak cakap mulut becok, bukan spesis lambat respon.
kealpaan staf di cashier telah membuat urusan pelanggan tergendala, mungkin mereka kena mengejar bas, tumpang kawan, anak sakit dan sebagainya.
kegagalan staf memberi khidmat terbaik ketika pelanggan memerlukan lebih2 masalah berlaku disebabkan staf kompeni itu sendiri, sepatutnya pihak kompeni perlu meminta maaf dan bertolak ansur.
Bukan Giant jer ada masalah ni, asal namanya pasaraya, mmg akan ada masalah mcm ni. Mcm kat Pandan Indah tu, The Store tu pun sama juga. bukan takat mengelirukan pengguna, dengan harga kat rak lain, time nak bayar jadi lain plak, tapi siap jual ayam yg dah expired.. dah berbau pun.. sad to say, customer service in malaysia rata2 is bad.. langsung tak pro..
Almost setiap minggu g hypermarket beli brg keperluan. Biasa gak kena walaupun bkn d Giant shj. Tp setakat nih xde le nk kena mengadap procedure yg enth apa2. Pernah gk kt Giant Teluk Intan pricing salah. Then, dorang check ms tu jugak bayor differ.xde kena isi borang. Pernah gk kt tesco pricing salah. Aku xbeli brg tuh pn br scan price.Aku pggl supervisor dorang n bebel skit2. Supervisor mntk maaf then ms tuh jugak staff tesco betulkn harga.Niat bkn nk mengada2 walaupun beza berapa Sen je tp xnk pengguna lain terkena. Bila dealing dgn manusia nih biasa ada silap, kkdg kita sebagai cust pun sama...Tp aku tegur dorang cara baek la...bg aku dorang pn ada perasaan dan mesti dorang pn penat...
Betul puan zana...
memang banyak beza..contohnyer biskut tawar hup seng..
giant harga promosi 4.99/pek
carrefour x promosi 3.99, promosi 2.99
huhuhuhu... tu baru satu barang.
Last edited: