BTC USD 62,626.1 Gold USD 4,442.69
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Hutang langsai' - Najib

BasicCX

Super Active Member
Messages
6,223
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
'Hutang langsai'


PUTRAJAYA: “Hutang saya sudah langsai,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas menyampaikan cek bernilai RM3 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Rasa di pejabatnya di sini, semalam.

Najib berkata, pemberian wang itu selaras janji yang diberikan menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini dan ia jelas membuktikan bahawa Barisan Nasional (BN) adalah parti yang boleh diyakini.


“Saya dah buat pengakuan bahawa semua yang dijanjikan pada pilihan raya kecil Hulu Selangor akan ditunaikan dan ingin memberitahu kepada pengundi di kawasan itu, kami akan tunaikan apa yang dijanjikan dan kotakan semua kata-kata,” katanya.


Bukan itu saja, beliau turut menafikan khabar angin kononnya peruntukan itu tidak perlu diberi selepas mengambil kira sikap masyarakat Cina yang tidak memberi sokongan kepada BN.


“Saya tidak mahu janji ini dipertikaikan. Saya anggap peruntukan ini sebagai tanda keikhlasan kepada masyarakat Cina dan berharap mereka akan memberi sokongan penuh pada masa akan datang,” katanya pada majlis penyerahan cek berjumlah RM3 juta kepada wakil SJKC Rasa, Hulu Selangor, semalam.


Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan; Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Pengerusi Lembaga Pengurusan SJKC Rasa, Ng Tek Kui dan Guru Besar sekolah, Ng Kin Moi.


Perdana Menteri berkata, penyerahan cek itu susulan janjinya kepada sekolah berkenaan ketika kempen pilihan raya kecil pada 24 April lalu. “Saya berjanji dalam perjumpaan, saya kata, jika BN menang, manakala hari Isnin saya akan lulus peruntukan untuk SRJKC Rasa, jadi pada Isnin saya beritahu ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan) untuk sediakan cek dan dalam dua hari cek itu disediakan,” katanya.


Pada 25 April lalu, P Kamalanathan dari BN memenangi pilihan raya itu dengan majoriti 1,725 undi menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim.


Pada pilihan raya kecil itu, BN dilaporkan menerima sokongan daripada 28 peratus pengundi Cina berbanding 37 peratus pada Pilihanraya Umum 2008. - H.Metro

 
Back
Top
Log in Register