BTC USD 61,993.3 Gold USD 4,470.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hutan simpan dikawal ketat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Mohamed Azmin Ali​

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan memfokuskan kepada pemeliharaan hutan simpan negeri yang kini mempunyai hanya 31.5 peratus.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya tidak berkompromi berhubung penerokaan hutan simpan biarpun untuk tujuan pembangunan.

"Kita mempunyai dasar dan peraturan yang ketat. 30 peratus daripadanya (hutan simpan) mesti kekal. Sekarang kita sudah melebihi kuota ditetapkan iaitu kira-kira 31.5 peratus dan ia akan dikekalkan daripada keseluruhan hutan di Selangor," katanya kepada pemberita, semalam.

Beliau mengulas isu hutan simpan Air Hitam di Puchong yang dikatakan menjadi sasaran pihak tertentu untuk dibangunkan. Meskipun tiada maklumat diterima katanya, tiada tolak ansur jika berlaku penerokaan haram.

"Jika ada cadangan pembangunan, ia mesti melalui satu proses yang ketat termasuk pendengaran awam untuk elak hutan simpan diceroboh. Kita tak akan tolak ansur dan kita tak mahu insiden di Cameron Highland dan Kelantan berlaku di Selangor," katanya.
 
Back
Top
Log in Register