BTC USD 60,783.6 Gold USD 4,369.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hulk Hogan sanggup cukur misai

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
LOS ANGELSE 12 Feb. - Ahli gusti terkenal, Hulk Hogan berkata, dia sanggup mencukur misai ikoniknya dan merakamkan peristiwa itu jika menerima bayaran berjuta-juta dolar.

Ahli gusti legenda itu, sebelum ini mendedahkan dia mempertimbangkan untuk kehilangan misainya itu jika ia mampu meningkatkan peluangnya untuk berlakon dalam sebuah filem.

Sejak membuat pendedahan itu, Hogan telah dihubungi oleh beberapa syarikat kosmetik terkemuka yang mahu membayar untuk membuat rakaman tentang pembuangan misainya itu.

"Bila saya bercakap mengenai pembuangan misai saya, ramai orang yang teruja. Mereka melompat-melompat dan ada juga yang menyukainya.

"Namun, ejen sukan saya meminta saya tidak melakukannya kerana kami mungkin akan mencapai persetujuan dengan jenama Gillette, Right Guard dan saya sedang menunggunya," katanya kepada BANG Showbiz.

Ketika ditanya sama ada dia benar-benar sanggup kehilangan misai yang telah disimpannya selama 40 tahun itu, Hogan berkata, dia sanggup jika menerima bayaran berjuta-juta dolar kerana misai boleh tumbuh semula.

Bintang gusti dan juga pelakon itu berada di United Kingdom pada bulan lalu sempena Maximum IMPACT Tour. - AGENSI
 
hulk hogan dah nak miskin ni kot
 
cukur misai pon dpt berjuta.....

aku nie cukur misai buang duit rm 5...hahahaha..
 
siapa yg taja tu mmg bengap lah keh keh...betol ckp hogan tuh misai boleh tunbuh semula.
 
Back
Top
Log in Register