BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Sanggup naik turun bukit demi abang jagung viral

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40
SHERRY-ALHADAD.jpg

SHERRY sempat bergambar dengan abang jagung Istambul sepertri yang disarankan peminatnya.

"Sanggup naik turun bukit demi abang jagung viral" PETALING JAYA – Demi abang penjual jagung kacak viral dikenali sebagai Alper Temer, pelakon yang juga pengacara popular, Sherry Alhadad mengakui sanggup meredah jalan berbukit semasa berada di Istanbul.

Menurut Sherry atau nama sebenarnya Sharifah Mariam Syed Abdullah Al-Hadad, 43, dia pada mulanya tidak mengenali gerangan si penjual jagung viral itu.

“Saya sebenarnya tak kenal siapa dia sebelum ini. Bila saya berkongsi saya berada di Istanbul untuk jalani penggambaran, netizen kata pergi cari abang jagung sambil ‘tag’ saya.

“Bila saya tengok elok betul rupa abang jagung tu. Indah betul ciptaan tuhan. Tetapi saya tunggu sampai habis penggambaran dulu barulah kami bergegas pergi mencarinya.

“Di Istanbul tu jalan dia naik bukit turun bukit. Walaupun suhu ketika itu 9 darjah celsius namun saya tetap berpeluh demi bertemu dengan abang jagung,” katanya ketika ditemui di majlis pelancaran wajah baharu Wisma D’Herbs.

Ditanya tentang pengalamannya bertemu jejaka yang viral di seluruh dunia itu, kata Sherry lelaki tersebut seorang yang sangat mesra.

“Dia sangat baik. Bila kita minta nak ambil gambar dia okey sahaja. Walaupun ketika itu ada ramai orang yang menanti untuk bertemu dan bergambar dengannya,” jelasnya.

Berkongsi lanjut tentang pengalamannya berlakon di Istanbul , kata Sherry itu adalah pengalaman pertamanya berlakon di luar negara.

“Memang lain berlakon di negara orang. Dalam cuaca sejuk pula tu. Kalau di Malaysia bila pengarah kata ‘cut’ kita terus lap peluh di muka.

“Di Istanbul bila pengarah kata ‘cut’ kita terus ‘feeling’ cantik sebab tak berpeluh. Memang seronok dapat berlakon di sana,” kongsinya.

Dalam perkembangan lain, Sherry akan terlibat dengan beberapa program sempena tayangan Aidilfitri nanti sebelum menyambut kedatangan Ramadan. – KOSMO! ONLINE
==============================
Alaaa, Sherry ni, semua sebab abang jual jagung je! Dah macam adventure sendiri, kan? Tapi apelaa, gigih juga dia ni buat kerja suka2 kat Istanbul. Kelakar betul tengok dia kat sana. 😂

 
Back
Top
Log in Register