BTC USD 60,726.8 Gold USD 4,341.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman Ringan Sangat?

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
KUALA LUMPUR, 10 Mei — Pemilik anjing jantan jenis Bull Terrier, yang menyerang seorang warga emas sehingga maut di Subang Jaya pada Selasa lepas, talah dikenakan kompaun RM1,000 oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) kerana kecuaian.

Timbalan Pengarah Korporat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Azfarizal Abdul Rashid berkata pemilik anjing itu didapati cuai menjaga anjingnya seperti yang disyaratkan dalam Undang-Undang Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing MPSJ 2012.

“Walaupun anjing itu mempunyai lesen, pemiliknya melepaskan anjing tanpa diikat dan dikawal di luar permis,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. Beliau berkata anjing itu dirampas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Selangor semalam.

Pada Selasa lepas, seorang warga emas, Yip Sun Wah, 74, yang sedang berjogging mati selepas diserang seekor anjing jantan jenis Bull Terrier peliharaan jirannya di Jalan 19/5E, SS19 Subang Jaya. — Bernama

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemilik-anjing-pembunuh-dikompaun-rm1000/
 
hohohohooo... suh anjing tu gigit tuan dia pulak.. camner raser...
 
dah lapuk dah undang2 nie..
sekarang rm1000 tu rendah sangat.
 
patutnya penjara 10thn sbb kecuaian akibat kematian.
barulah org lain serik, ni 1000 je, beli anjing pun lg mahal dari tu.
 
kalo aku kasi denda rm1000, dilarang memelihara anjing spjg hayat, kerja kebajikan memberi makan pada anjing dan kucing terbiar selama 3 thn..
 
kecik jer anjing ni..

BullTerrierZola.jpg
 
Boleh fight lagi ni..pasang lawyer saman owner pun boleh rasanya..
 
RM1000?!!!!

pasni sape tak puas ati ngan sape2 leh mintak anging ni gigit..

RM1000 je..
 
Back
Top
Log in Register