BTC USD 82,709.8 Gold USD 4,168.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman Merogol

jika tidak cukup syarat HUDUD, maka pesalah boleh terlepas dari hukuman HUDUD sahaja..
namun, ia masih belum terlepas dari hukuman Ta'azir..

jika hukuman HUDUD ialah 100 rotan..
hukuman Ta'zir boleh jadi 99 rotan..

terpulang kepada pemerintah nak letak camne hukuman Ta'azir ke atas pesalah zina yang tidak cukup syarat HUDUD camne..

Apa dia jenis2 hukuman Ta'zir?
Adakah hukuman sedia ada seperti rotan (minima) / penjara boleh diterima sebagai hukuman Ta'zir?
 
thread closed.. dh sampai hajat tt dah.. blh mnta mod tutup je.. :)cgrock
 
ermm.. betul jugak sepatutnya ko direct tnya pd yg arif.. tnya kat dlm ni nnt jd bnyk khilafnya..

atau..

ko sengaja utk menguji kat sini.. menguji seseorang sedangkan kita tahu hukumnya maka salah disisi Islam..

apapun aku dah cuba bertanya.. hukumnya tetap akan dikenakan hudud bg pesalah.. iaitu sebat 100 kali belum berkahwin dan rejam sampai mati jika dah berkahwin..

is ditambah lagi pesalah perlu membayar mahar mas kahwin kepada mangsa namun utk berkahwin terpulang kpd mangsa..

wlaupun begitu, bukti2 yg ada perlu disahihkan terlebih dahulu wlaupun bukti DNA kerana dikhuatir ada perbuatan khianat terhadap pesalah..

namun ia perlu kepada kebijaksanaan hakim/pemerintah utk menjatuhkan hukum dan pemerintah itu semestinya wajib mengamalkan ajaran Islam secara total.. tidak separuh2..

betulkan jika ada salah..

Dalam ni ramai yang arif bro.. jangan pandang rendah CG ni :)
Cuma maybe yang arif tak le seramai yang kurang arif..
 
jwapan islam dan xislam lain2 ke? masyarakat dan sitem sekarang tidak hormat dan patuh kpd seorg islam dan hukum yg dipegang,tetapi lebih melindungi org2 yg banyak harta,duit utk mereka survive... buktikan aku salah cepat!!!!!!!!! demmm!! >>> org yg jenis cmni... ini tak terkecuali kpd muslim sekalipun...jdnye soalan kamu kat atas tu langsung xreleven...

takyah ko layan sangat hujah sampah azlanhusin tu
 
kne kawen, xnk kawen kite rejam smpai mati. muahahhaha
 
beberapa info yg saya dapat dari carian google..harap membantu :)

Hukuman Islam Berkenaan Rogol

Soalan:

Apakah hukum atas jenayah rogol dalam Islam?

Jawapan:

Rogol ialah jenayah yang hina dan dosa besar. Jenayah terkutuk ini dilarang bukan sahaja dalam Islam tetapi dalam semua agama, dan semua manusia yang berfikiran waras dan naluri manusia yang suci menolaknya.

Menjawab persoalan tersebut, pensyarah Islam Saudi terkenal dan penulis Sheikh Muhammad Saleh Al-Munajjid menyatakan yang berikut:


Perkataan Arab ightisab (rogol) merujuk kepada mengambil sesuatu secara salah dengan kekerasan. Perkataan itu sekarang digunakan khasnya untuk merujuk kepada pencabulan terhadap maruah wanita dengan kekerasan.

Rogol ialah satu jenayah yang hina yang dilarang dalam semua agama dan dalam minda semua manusia baik dan mereka yang memiliki naluri manusia yang suci. Semua sistem dan undang-undang dunia menganggap perbuatan ini sebagai hina dan mengenakan hukuman paling berat atasnya.

Islam mempunyai pendirian jelas yang menyatakan yang perbuatan terkutuk ini haram (dilarang) dan mengenakan hukuman pencegahan atas seseorang yang melakukannya.

Islam menutup pintu kepada penjenayah yang ingin melakukan jenayah ini. Kajian barat menunjukkan kebanyakan perogol ialah penjenayah sedia ada yang membuat jenayah mereka dibawah pengaruh alkohol dan dadah, dan mereka mengambil kesempatan atas keadaan mangsa mereka berjalan sendiri di tempat terlindung atau tinggal sendirian di rumah. Kajian itu juga menunjukkan apa-apa yang penjenayah saksikan di media dan gaya pakaian separuh-bogel yang perempuan pakai semasa keluar juga mendorong kepada perlakuan jenayah hina ini.

Hukum Islam datang untuk melindungi maruah dan kehormatan wanita. Islam melarang perempuan memakai pakaian yang tidak sopan. Bahkan, Islam menggalakkan lelaki dan permpuan muda berkahwin awal, dan banyak lagi hukum yang menutup pintu rogol dan jenayah lain. Maka tidaklah mengejutkan apabila kita dengar atau membaca yang kebanyakan jenayah ini berlaku dalam masyarakat yang bebas, yang dipandang oleh sebahagian Muslim sebagai contoh ketamadunan dan kecemerlangan! Perlu dinyatakan disini yang di Amerika , contohnya, Amnesty International menyatakan dalam satu laporan 2004 yang bertajuk “Hentikan Keganasan Terhadap Wanita” yang setiap 90 saat seorang wanita dirogol sepanjang tahun itu.

Hukuman rogol dalam Islam sama dengan hukuman zina, iaitu rejam jika penjenayah berkahwin, dan satu ratus sebatan dan buang negeri untuk satu tahun jika dia belum berkahwin.

Disamping itu, Ibn `Abdul-Barr (semoga Allah merahmati ruh nya) berkata

Para ulama bersepakat bersetuju yang perogol tertakluk kepada hukuman hadd jika terdapat bukti jelas terhadap nya yang dia sepatutnya diberi hukuman hadd, atau jika dia mengakui. Sebaliknya, dia dihukum (iaitu, jika tiada bukti yang hukuman hadd untuk zina boleh dilaksanakan terhadapnya kerana dia tidak mengakui dan tiada empat saksi, maka hakim boleh menghukumnya dan menetapkan satu hukuman yang akan mencegahnya atau yang lain sepertinya). Tiada hukuman untuk perempuan jika benar yang lelaki memaksanya dan mengatasinya. (Al-Istidhkaar, 7/146).

Disamping itu, perogol itu tertakluk kepada hukuman hadd untuk zina, walaupun jika rogol itu tidak dilakukan dengan pisau atau senapang. Jika senjata digunakan untuk mengancam, maka dia ialah muharib, dan tertakluk kepada hukuman hadd yang dinyatakan dalam ayat Allah berfirman (Sesungguhnya pembalasan terhadap orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar) (Al-Ma’idah 5:33).

Jadi hakim mempunyai pilihan empat hukuman yang disebutkan dalam ayat ini dan boleh memilih mana-mana yang beliau fikirkan paling sesuai untuk mencapai matlamat, iaitu untuk menyebarkan keamanan dan keselamatan dalam masyarakat, dan mencegah penjenayah dan pencabul.

Terjemahan daripada: Islamic Punishment for Rape

http://www.islamonline.net/servlet/...nglish-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaEAskTheScholar



Hukuman Untuk Perogol

Soalan:

Dalam Shari`ah, adakah terdapat hukuman tertentu untuk perogol?

Jawapan:

Menurut Islam, wanita yang dirogol tidak bersalah akan sebarang dosa kerana dia dipaksakan melampaui kawalannya. Menekankan hal ini, Rasulullah (SAW) diriwayatkan bersabda, “Allah memaafkan Ummah ku kesalahan mereka,apa yang mereka terlupa dan apa yang mereka dipaksa lakukan.” Jadi, wanita yang dirogol ialah mangsa dan seluruh ahli masyarakatnya sepatutnya berurusan dengannya dengan hormat dan mulia dan sepatutnya menggalakkannya untuk mendapatkan haknya melalui semua cara yang mungkin.

Menjawab soalan anda, kami ingin memetik untuk anda fatwa berikut yang dikeluarkan oleh Dr. Ahmad Yusuf Sulaiman, professor undang-undang Shari`ah Islam di Universiti Kaherah:

Jika seorang perempuan dirogol, dia sepatutnya menyaman terhadap orang yang merogolnya. Jika terbukti yang dia dirogol, maka mahkamah mesti mengenakan hukuman ta`zir (mengikut budi-bicara hakim) atas perogol. Hukuman ta`zir itu boleh mencapai hukuman mati, mengikut beberapa mazhab. Hal ini sama sekali berdasarkan atas bukti yang rogol itu disahkan melalui ujian perubatan dan proses mahkamah, tanpa pengakuan perogol itu sendiri.

Dalam kes yang perogol mengakui jenayah itu, maka hukuman zina dikenakan atasnya. Jika dia tidak berkahwin, maka dia disebat 100 sebatan. Jika dia berkahwin, maka dia direjam hingga mati.

Untuk mangsa rogol, tiada hukuman dikenakan atasnya. Dia mesti dilayan dengan mulia dan hormat, dan semua bentuk pertolongan mesti diberi kepadanya untuk mendapatkan haknya.

Terjemahan daripada: Punishment for Rapists

http://www.islamonline.net/servlet/...nglish-Ask_Scholar/FatwaE/FatwaEAskTheScholar

sumber- http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1310.0

Assalamualaikum,

Hukum perogol yg dinyatakan di atas kedua-duanya dinyatakan oleh ulama.

PENDAPAT PERTAMA:
Perbuatan merogol sama seperti berzina. Pelakunya jika dia muhsan dan sabit kesalahannya, direjam sampai mati. jika tidak muhsan dan sabit kesalahannya, disebat 100 kali. jika tidak boleh disabitkan kesalahnnya melalui undang2 keterangan islam bagi kesalahan zina, maka berpindah hukuman tersebut kepada takzir. tahap kekerasan hukuman takzir itu adalah tertakluk kepada tahap kekejaman yang dilakukan oleh perogol berkenaan. terserah kepada kebijaksanaan hakim untuk menjatuhkan hukuman yg sesuai dengan kesalahan yg dilakukan.

PENDAPAT KEDUA:
Pendapat yg mengatakan bahawa perogol boleh dihukum bunuh juga merupakan pendapat sebahagian ulama berbeza pendapat pertama yg merupakan pendapat ulama teramai. pendapat kedua ini berdasarkan kepada ayat hirabah (surah al-maidah : 33) iaitu org yang melakukan kerosakan atas muka bumi. perogol juga dianggap org yang melakukan kerosakan atas muka bumi juga. maka boleh juga dia dihukum bunuh.

Kesimpulannya, dua2 pendapat ada dasarnya cuma yang majoriti ulama mengatakan perogol juga adalah penzina. Bagi orang yg kena rogol dia tidak dikenakan apa2 hukuman kerana dia adalah org yang dipaksa (mukrah) berdasarkan hadith Nabi saw: "Sesungguhnya ALLah melepaskan (tidak menjatuhkan kesalahan) ke atas orang yang tersilap, lupa dan orang yang dipaksakan ke atasnya".

Undang2 Hudud & Qisas Terengganu mengunakan pendapat pertama.

Wassalam.

sumber- http://www.melayu.com/sembang2/mesej.php?7.0000000873
 
ikut undang2 umno.. kne siasat ikut seksyen 376 kanun kesiksaan.. haha
 
Back
Top
Log in Register