BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman mati semakin hampir

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
du_01.1.jpg


BANDUAN yang dibawa menggunakan kereta perisai menaiki feri untuk ke Pulau Nusakambangan di Cilacap, Indonesia.

CILACAP, Indonesia – Dua warga Australia yang disabitkan kesalahan mengedar dadah pada 2005 telah dipindahkan dari sebuah penjara di Bali ke sebuah pulau semalam untuk menjalani hukuman mati bersama beberapa lagi banduan warga asing.

Langkah itu dilihat menunjukkan kesungguhan Indonesia untuk me*laksanakan hukuman mati ke atas Myuran Sukumaran, 33, dan Andrew Chan, 31, walaupun menerima kecaman antarabangsa.

Rancangan untuk meneruskan pelaksanaan hukuman mati kedua-dua pesalah itu telah meningkatkan ketegangan diplomatik negara ini dan Australia.

Mereka merupakan sebahagian daripada 11 pesalah, kebanyakannya warga asing yang dijadualkan berhadapan skuad menembak di penjara Pulau Nusakambangan.

Seorang saksi mendedahkan Sukumaran dan Chan meninggalkan penjara Kerobokan di Bali pada awal pagi menggunakan kenderaan perisai dan pasukan pengiring polis ke Lapangan Terbang Denpasar untuk penerbangan ke pelabuhan Cilacap sebelum menaiki bot ke Pulau Nusakambangan.

Seorang banduan warga Perancis dan seorang lagi warga Brazil yang berhadapan hukuman sama sudah berada di pulau tersebut di samping beberapa banduan lain warga Filipina, Ghana, Nigeria dan Indonesia yang kesemuanya bersalah atas jenayah melibatkan dadah.

Peguam Negara Indonesia, H.M. Prasetyo yang sebelum ini menegaskan semua 11 banduan itu tetap akan dihukum mati menjelaskan semalam bahawa pejabatnya masih menilai berapa orang daripada jumlah itu yang akan berhadapan skuad menembak pada satu-satu masa.

“Kami mahu menyampaikan mesej kepada semua pihak dan masyarakat dunia bahawa Indonesia sedang berusaha keras untuk memerangi jenayah berkaitan dadah,” katanya.

Seorang jurucakap pejabat Prasetyo mengesahkan pemindahan dua warga Australia itu tetapi notis umum 72 jam sebelum pelaksanaan hukuman mati untuk kedua-duanya masih belum dikeluarkan. – Reuters
 
Bagi tengoklah hukuman bunuh tu. Mesej akan sampai.
 
ada duit berjuta pon x mampu membeli tiket pelepasan dr hukuman mati
 
Dadah telah menyebabkan beribu umat rosak, yg tak bersalah pun mati kerana dadah. Good job pak jokowi
 
Back
Top
Log in Register