BTC USD 61,879.1 Gold USD 4,406.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman khidmat masyarakat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Na (kiri) membersihkan Masjid Hutan Cengal, sambil diperhatikan pegawai yang bertugas.


PASIR MAS – Selepas menjalani hukuman khidmat masyarakat, seorang wanita dekat sini, berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang boleh membawa kepada pergaduhan.Wanita yang dikenali Na, 57, berkata, dia dikenakan perintah Pusat Kehadiran Wajib (PKW) oleh mahkamah Mei lalu, kerana cuba mencederakan seorang peniaga dekat rumahnya di Tumpat.“Ketika itu, saya membalas pukulan peniaga berkenaan kerana menuduh saya mencuri sebungkus kopi dan sebotol jus oren.

“Selepas kejadian itu saya ditahan polis dan perlu menjalani aktiviti khidmat masyarakat, empat jam sehari selama tiga bulan,” katanya, selepas membersihkan Masjid Hutan Cengal, semalam.Na turut menasihati wanita lain, agar bersabar dalam apa jua pekerjaan dan mengelak daripada menimbulkan pergaduhan.

Sementara itu, pemuda yang hanya dikenali sebagai Ji, 30, berkata, dia juga dikenakan perintah sama kerana memiliki alatan mencuri.

Menurutnya, di sepanjang khidmat masyarakat ini, dia banyak membantu penduduk setempat membersihkan masjid, taman dan tanah kubur.“Sebelum ini, saya jarang menyertai mana-mana aktiviti sukarela atau gotong-royong.“Namun, selepas dikenakan PTW, saya berasa aktiviti ini amat menyeronokkan dan baik untuk membentuk sifat positif dalam diri,” katanya.

Selain itu, dia juga tidak lagi berasa malu untuk bersemuka dengan masyarakat, selepas dikenakan perintah tersebut.
 
mmg terbaik...ramai sangat org kat dlm lokap sekarang,kalau semua kena kerahan bersihkan sungai klang,mau cantik trus sungai klang tu nanti..takyah keluar modal bilion2..haha:D
 
Patut yg curi tin milo hrtu kena hukuman ni..
 
Back
Top
Log in Register