BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukuman Khidmat Masyarakat Perlu Diperkasa Bagi Kesalahan Jenayah Syariah - Sultan Pahang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Hukuman Khidmat Masyarakat Perlu Diperkasa Bagi Kesalahan Jenayah Syariah - Sultan Pahang​

a2310bf8d37ef1fd87df0805169097336a68c12d0c30c

Kredit : FB Kesultanan Pahang

Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan pandangan hukuman khidmat masyarakat perlu diperkasa sebagai satu daripada bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah.

Menurut artikel yang disiarkan di portal rasmi Istana Pahang, baginda bertitah pelaksanaan hukuman itu tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai suatu bentuk pembalasan, sebaliknya instrumen untuk membina keinsafan, memperbaiki akhlak serta memulihkan pesalah agar kembali menghayati nilai-nilai Islam dan berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab.

"Kita kini sedang melangkah ke era baharu dalam pembangunan perundangan syariah yang menuntut pendekatan lebih progresif dan berorientasikan pemulihan.

"Ia (hukuman) alternatif bagi kesalahan syariah yang bersesuaian, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. Pendekatan ini bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, malah memperkukuh fungsi sistem keadilan syariah sebagai wadah mendidik, membimbing dan memulihkan.

"Saya berharap agar perbincangan tersebut (mengenai hukuman) menghasilkan keputusan yang tuntas, praktikal dan berpandangan jauh demi memperkukuh pentadbiran keadilan syariah di Pahang," titah baginda.

Menurut artikel itu, baginda bertitah demikian ketika berkenan mencemar duli mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Kali Ke-199 di sini hari ini.

Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Pada masa sama, baginda turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Majlis Kesultanan Pahang, Pejabat Setiausaha Kerajaan Pahang, Jabatan Agama Islam Pahang dan Jabatan Pendakwaan Syariah Pahang atas penganugerahan Sijil Pengiktirafan Unggul Sistem Pengurusan Integriti dan Governans (SPINE) 2026.

Al-Sultan Abdullah bertitah pengiktirafan itu sebagai bukti komitmen berterusan agensi kerajaan negeri dalam memperkukuh tadbir urus, membudayakan integriti serta melaksanakan inisiatif pencegahan rasuah secara sistematik dan berkesan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

 
Back
Top
Log in Register