BTC USD 83,508.9 Gold USD 4,212.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Minuman Dimasuki Semut

Sebelum semut tu terjun dlm air minum kita, dia lalu dari sarang dia then masuk longkkang, then lubang jamban then baru terjun dlm air minum kita...
Nak ke minum air yg dah ada semut? Walaupun tak jatuh hukum najis....?
Fikir-2kan... :eek:

btoi gak tu.. kikiki.. bkn semut tu yang najis tp jadi pembawa najis.. kekekeke:)cgrock:)cgrock
 
kalo aku mmg xminum langsung ler air yg ada bangkai semut...nnt boleh melemahkan daya ingatan...
 
1.saya pernah di beritahu jika kita telan semut dengan sengaja (walaupun seekor) , maka hati kita akan gelap selama 40 hari, dan mudah lupa atau seumpama dengannya. sebagai contoh kita telan semut yg ada dalam air minuman kita.ada hadis ke???

2.saya juga diberitahu bahawa ppim memberi pengunguman bahawa dalam sirap (tak tau jenama apa) terdapat kod E120 yg kononnya dari semut merah. apa pandangan panel al-ahkam tentang masalah ni.

saya copy dari satu forum :

APA ITU E120? KHABARNYA PEWARNA MERAH DALAM MAKANAN TERUTAMANYA SIRAP. APA AGAKNYA BAHANNYA YA?
COCHINEAL/CARMINE – E120,E122

Arrow A red dyestuff consisting of dried bodies of female cochineal insects. Note: E124 Ponceau 4R is acceptable although it is sometimes known as Cochineal Red A.
jawapan:

الجواب

aljawab:

1) Tak ada hadith dalam pengetahuan kami mengenai gelapnya hati jika makan semut. Cuma dalam hadith Ibn Abbas, diharamkan membunuh semut. (Bulughul Maram, hadith # 1350), sahih. Lagipun jika TERtelan, maka sudah tentu manusia tidak dikenakan sebarang hukum, jika dgn sengaja pulak makan semut, maka ini suatu yg pelik.

2) Kod E bermaksud Kesatuan negara Eropah atau EC dan ia adalah senarai pewarna dan penambah perisa yang diluluskan di Eropah dan standard yang juga diterima di dunia.

E120 = adalah pewarna makanan dan datang dari dua sumber: bahan kimia dan serangga terutamanya semut. Nama lain ialah Chochineal atau Asid Karminik

Hukum: jika di Malaysia, E120 hendaklah diluluskan oleh JAKIM, barulah ia disahkan halal. bagi madzhab Maliki, semut tidak mengapa. manakala madzhab Hanafi, E120 yg berasal dari semut juga halal kerana proses kimiawi menghasilkan pewarna itu telah menghapuskan zat asal kepada suatu bahan yang baru.

E122 = juga bahan pewarna. Nama komersil ialah Carmoisine atau Azorubin. Juga dihasilkan melalui proses kimia dan serangga. Hukumnya sama spt E120.

E 120/122 selalu digunakan dalam minuman sirap Ros.

E124 juga dalam kategori yg sama, dikenali dgn nama komersil Ponceau 4R atau Cohineal Red A. Banyak digunakan sbg pewarna mee.
(sumber: Panduan Halal & Haram CAP 2006)

Rumusan:

Memang benar 120/122/124 ada kemungkinan berasal dari serangga terutamanya semut (ants) dan hukum bagi yg bermadzhab syafi’iy adalah haram; makruh dalam madzhab maliki dan halal dalam madzhab Hanafi kerana proses penghasilannya telah melalui siri pemerosesan kimiawi yang merubah zat.

sekian

al-ahkam
ini hasil carian aku.. kalau ada yang lain, aku tambah...

Bunuh Semut?!
Membunuh Semut

Soalan:
Bolehkah kita membunuh semut dengan racun kerana sebagaimana yang kita tahu semut merupakan
salah satu dari binatang yang di larang oleh Rasulullah s.a.w dari membunuhnya seperti yang
terdapat dalam hadith baginda. Masalahnya ia terdapat di mana-mana sahaja termasuk di dalam
beras, sink dan di telefon. Ini cukup menyusahkan untuk menghalaunya satu persatu, kadang
-kadang terpaksa membunuhnya. Adakah Islam memberi kelonggaran untuk membunuhnya? Jika Islam
membenarkan,bolehkah digunakan racun yang dapat membunuh kesemuanya termasuk di dalam sarang?


Zaim, Jasin

Jawapan:
Dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas ra ia berkata; "Rasulullah SAW melarang membunuh empat
macam binatang, semut, lebah, burung hudhud dan burung shurad". Hadith ini menunjukkan hukum
haram membunuh empat macam binatang tersebut dan memakannya.

Islam merupakan peraturan hidup untuk segenap manusia. Di dalam Islam tidak ada suatu
perkara yang terlalu diberatkan dan tidak pula sautu perkara itu sengaja diringan-ringankan
tanpa alasan atau sebab tertentu yang boleh meringankannya. Semut sejenis binatang yang berada
dimerata-rata tempat, jika kehadirannya menimbulkan mudarat bagi diri kita dan anak-anak, seperti
gigitannya dan sebagainya, maka dibolehkan mengusirnya denga penyapu, jika ia terbunuh bukanlah
perkara yang kita inginkan.

Jika ia memiliki sarang, korek dan angkatlah sarangnya itu serta buanglah ke luar rumah,
setelah itu tutuplah lubang tersebut agar ia tidak membuat sarang kembali. Usaha yang kita lakukan
tak lebih untuk mencari keberkatan dan mengikut sunnah Rasulullah SAW. Sebab pasti ada hikmah yang
terkandung dalam larangan dan suruhan yang disampaikan oleh Rasulullah SAW yang kita tidak mampu
untuk memahaminya secara lebih pasti. Wallahu 'aklam
yang ni mungkin ada kaitan,yang aku bold dan underline...
tak boleh makan sebab rasulullah SAW melarang....
 
Last edited:
Info yang bagus..

Walaupun aku rasa kurang bersetuju dgn info tersebut..tapi satu topik yang elok untuk kita ambik tahu supaya masing2 jelas..
 
Info yang bagus..

Walaupun aku rasa kurang bersetuju dgn info tersebut..tapi satu topik yang elok untuk kita ambik tahu supaya masing2 jelas..

tang info yang mana bung??

kalau quote aku tu, aku ambik dari laman soal jawab agama...
 
semut bangkai?

rasa2 nye x pernah dgr lagi.. tp, wallahualam... hamba ni cetek je ilmu agama....
 
info untuk anda...
terpulang untuk anda untuk follow atau tidak...
tiada paksaan....
 
huhuhu... haram rupe nye bunuh semut,
aku leh kata sebulan skali ridsect semut neh,
sbb dh terlampau ramai puak2 dia dlm umah aku neh,
adesss.. pasni kena sapu jer la
 
Back
Top
Log in Register