BTC USD 83,391.7 Gold USD 4,110.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Minuman Dimasuki Semut

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,416
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,416
Reaction score
257
Points
81
Semut adalah binatang yang tidak mengalir darahnya. Bangkai semut adalah najis yang dimaafkan. Namun, masuk semut pada minuman itu, hukumnya ada 2 keadaan:

1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

2) Semut masuk dalam keadaan hidup
Jika semut itu mati sendiri di dalam air, atas sebab ikhtiar manusia, maka air itu najis dan tidak boleh diminum. Ini boleh berlaku kerana air itu ditapis atau memasukkan gula yang ada semut, atau memasukkan air yang di dalam cawan mengandungi semut. Jika bukan dengan ikhtiar manusia, seperti ia masuk dengan sendirinya atau ditiup angin, maka tidak najis dan boleh diminum dengan syarat bangkai semut itu dibuang dahulu.

Wallahua’lam
 
rasanya serangga tidak termasuk katagori bangkai yg boleh menyebabkan air suci menjadi najis.

tunggu otai bab air masuk satgi
 
info bagus ni ... tq TT
 
Sebelum semut tu terjun dlm air minum kita, dia lalu dari sarang dia then masuk longkkang, then lubang jamban then baru terjun dlm air minum kita...
Nak ke minum air yg dah ada semut? Walaupun tak jatuh hukum najis....?
Fikir-2kan... :eek:
 
ermm..
hadith sahih dari ibn abbas ada mengatakn haram membunuh semut..

ok dalam sirap ada asid karminik.. asid ni datg dari semut merah..
ada perbalahan ulama pasal bende ni.. tp mostly kate halal sebb dah melalui proses kimiawi yg menghasilkan sirap dan menghilangkan sifat zat asal tuk bentuk zat baru...
 
1) Semut masuk dalam keadaan sudah mati
Semut itu sudah menjadi bangkai tetapi jika masuk atas ikhtiar manusia, seperti memasukkan gula yang ada bangkai semut, maka air itu najis, tidak boleh diminum. Kalau masuk bukan ikhtiar manusia, contoh seperti ditiup angin selagi tidak mengubah sifat air, maka boleh diminum dengan syarat membuang dulu bangkai semut itu.

ni apa bezanya.. dua2 pun dah jadi bangkai apa:-?
 
Back
Top
Log in Register