BTC USD 63,156.4 Gold USD 4,445.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum minta kerja pakai cable

Haram hukumnya bila ada cable. Rezeki pun haram. Nanti anak keturunan jd jahat
firman Allah S.W.T:

وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا

Maksudnya: “Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh setiap orang itu melainkan orang itu sahaja yang akan menanggung dosanya.”

Surah Al-An’am:164

Imam Ibnu Kathir mentafsirkan ayat ini : "bahawa setiap jiwa itu akan diberi ganjaran berdasarkan setiap amalannya. Jika baik amalannya, maka baiklah pembalasannya. Dan jika buruk amalannya, maka buruklah pembalasannya. Ini kerana, setiap jiwa (manusia) itu tidak akan memikul kesalahan (dosa) orang lain. Hal ini membuktikan akan keadilan Allah SWT". (Rujuk: Tafsir Ibn Kathir, 3/383-384).

Berdasarkan dalil di atas, seseorang tidak akan menanggung dosa seseorang yang lain. Dalam konteks bermuamalat dengan harta yang haram, dosa si pelaku perbuatan haram adalah ditanggung olehnya sahaja dan tidak ditanggung oleh pihak lain yang bermuamalat dengannya.

Ibnu Mas’ud ketika ditanya tentang hukum menerima jemputan dan hadiah daripada jiran yang merupakan pengamal riba, mereka membenarkan untuk menerima jemputan tersebut dengan alasan dosa akan ditanggung oleh pelaku riba. Ibn Mas`ud ketika ditanya;

وجاء رجل إلى ابن مسعود فقال: "إن لي جاراً يأكل الربا وإنه لا يزال يدعوني"، فقال: "مهنؤه لك وإثمه عليه

Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Ibn Mas`ud dan bertanya kepadanya: “Sesungguhnya aku berjiran dengan seorang pengamal riba dan dia selalu menjemputku untuk menjamu hidangannya”. Lalu Ibn Mas`ud menjawab: “Hidangan itu harus untuk kamu dan dosanya ditanggung oleh dia (jiran tersebut)”. (Rujuk: Musannaf Abdul Razzaq, No 14675, 8/150).
 
anak keturunan yang tak tahu menahu pun kena tempias wow! hebat
Ha3.. Koyak plak. Ko dpt keja guna cable ke? Standby lah anak keturunan jd jahat. Yg akan menyusahkan ko. Kepala batu. Susah nak didik jd baik.. Sumber rezeki haram tu lah hasilnya..
 
Ha3.. Koyak plak. Ko dpt keja guna cable ke? Standby lah anak keturunan jd jahat. Yg akan menyusahkan ko. Kepala batu. Susah nak didik jd baik.. Sumber rezeki haram tu lah hasilnya..
aku Alhamdulillah guna saluran yang betul, yang aku qoute tu siapa yang cakap? pakcik jual satay ke? jangan senang2 keluarkan hukum brother
 
Mcm mn time belajar pon dah cable
Masuk mrsm, sbp, maahad cable
Masuk universiti pon cable lagi
Kalo peringkat pendidikan betul2 tapis
Betul2 strict, yg layak je boleh lanjut pelajaran
Time keje nak cable x hal sgt
 
Memang la dosa tu xbawak ke keturunan
Tp bila bapak asik duk guna cable
Anak tak rase bersalah, dh jd kebiasaan
Time cucu, anak tu pulak ulang keje bapak
 
so kalu org yg pakai kabel ni kalu dia nk bertobat dia kene benti keje ke camne?
 
aku Alhamdulillah guna saluran yang betul, yang aku qoute tu siapa yang cakap? pakcik jual satay ke? jangan senang2 keluarkan hukum brother
Darah daging dr sumber yg haram doanya tak makbul. Mcmana nak doakan anak jd baik kalau doa ko tergantung. Anak ada darah daging dr sumber yg haram, yg sumbernya dr ko, agak2 doanya utk ko makbul ke?
 
sebab dapat keja pakai kable la keja jadi malas, orang macam ni kat dunia je senang, kat akhirat rugi.
 
Back
Top
Log in Register