loqueila
Active+ Member
- Messages
- 3,630
- Joined
- Feb 6, 2009
- Messages
- 3,630
- Reaction score
- 139
- Points
- 33
Sebenarnya, adalah menjadi sunnah mewarna rambut yang telah beruban. Jumhur ulama’ yang melarang mewarnakan rambut dengan warna hitam (warna lain dibenarkan) dan ada dikalangan ulama’ yang memakruhkannya (warna hitam) sahaja. Dalilnya :-
Hadith dari Jaabir ibn Abdullah ra bahawa Abu Quhaafah, bapa kepada Abu Bakar al-Sidiq telah dibawa kepada Nabi untuk melakukan sumpah dan rambutnya keseluruhan berwarna putih. Baginda bersabda :
غيِّروا هذا الشيب وجنِّبوه السواد
“Tukarlah rambut beruban ini, dan elakkan dari warna hitam” [Hadith riwayat Muslim #2102].
Dari Abu Hurairah ra., bahawa nabi bersabda :
إنَّ اليهود والنصارى لا يصبغون فخالفوهم
“Sesungguhnya kaum Yahudi dan Nasrani tidak mewarnakan rambut mereka, maka berbezalah dengan mereka” [Hadith Riwayat al-Bukhaari #3275, Muslim #2103]
Warnalah dengan apa jenis bahan sekalipun, dan sebaik-baiknya ialah Inai & Katam
Beza menginai dan mewarna :- Inai (Henna / الحناء) merupakan salah satu bahan yang digunakan untuk mewarnakan rambut. Katam (الكتم) iaitu sejenis tumbuhan2 dari Yemen juga digunakan sebagai bahan pewarna bersama2 dengan Henna / Inai. Sabda Nabi :
إن أحسن ما غيرتم به الشيب الحناء والكتم
“Sebaik2 benda bagi menukar rambut beruban adalah Henna dan Katam” [Hadith riwayat al-Tirmudzi #1753, Abu Daud #4205, Ibn Maajah #3622].
Mewarna pula adalah perbuatan mewarnakan rambut dengan menggunakan bahan pewarna seperti Inai (Henna) dan Katam. WA.
KESIMPULAN: JANGAN MEWARNAKAN RAMBUT DENGAN WARNA HITAM
Pendapat Lain:
Last edited:
