BTC USD 85,457.8 Gold USD 4,283.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum meninggalkan Solat

lautbiru

Active Member
Messages
1,630
Joined
Jun 8, 2010
Messages
1,630
Reaction score
335
Points
41
Assallamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Alhamdullillah

Rupa rupanya...ramai antara kita yg tak tau Hukuman Syarak atas org yg meninggalkan solat...
(saya perhatikan respon pada tajuk solat tarawikh....kesilapan mat tabligh..:D )

Hukuman bagi meningggalkan solat fardhu sememangnya amat berat...(Bukan solat tarawikh atau solat sunat lainnya) :



Jumhur ulama’ daripada mazhab Maliki dan Syafie: Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dihukum bunuh walau pun meninggalkan satu fardhu sahaja. Disuruh agar bertaubat selama tiga hari, jika enggan dijatuhkan hukuman had dengan dipenggal kepalanya. Selepas dibunuh, dimandikan dan disembahyangkan ke atasnya serta ditanam di tanah perkuburan orang Islam kerana dia tidak dikira kafir. Ini juga adalah pendapat yang rajih pada mazhab Hanbali sebagaimana dikatakan oleh Ibn Qudamah dalam Al-Mughni .


* Mazhab Hanafi: Peninggal solat dihukum fasik dan wajib dipenjarakan dan dirotan dengan kuat sampai keluar darah, sehinggalah dia kembali solat dan bertaubat atau mati di dalam penjara. Dia tidak dibunuh kecuali mengingkari kewajipan solat atau mempersendakannya.




Al UMM – kitab Induk Al Imam Asy Syafii R.A.. (terjemahan Prof TK H Ismail Yakub SH-MA )
M/s : 156
Tajuk : Hukum Orang Yang Meninggalkan Solat.
Dikabarkan kpd kami oleh Ar Rabi, yg mengatakan :
As Syafii mengatakan:
“ Barangsiapa meninggalkan shalat fardhu dari orang yg telah Islam,
Maka ditanyakan kepadanya :
“Mengapa anda tidak sholat?”
Kalau dia menyebut : “LUPA”, maka kita katakan :
“ Bersolatlah apabila anda teringat”
Kalau dia menyebut: “SAKIT “, nescaya kita katakan :
“ Bersolatlah bagaimana yg anda sanggup, dengan berdiri atau duduk atau berbaring atau isyarat!”
Kalau dia menjawab :
“Saya sanggup solat dan dapat mengerjakannya dengan sebaik baiknya . Akan tetapi saya tidak bersolat, walaupun solat itu fardhu atas saya”
Niscaya dikatakan kepadanya :
“Shalat ituu adalah sesuatu atas anda. Tidak dikerjakan orang lain , ganti anda. Dan tidaklah shalat itu, selain dengan amal perbuatan anda. Kalau anda mengerjakan shalat,
Dan kalau tidak, kami meminta anda tobat. Kalau anda tobat dan KALAU TIDAK,KAMI AKAN BUNUH ANDA.


 
Last edited:
Alhamdullillah


Ijma’ para ulama mengatakan bahawa hukum orang yang meninggalkan solat kerana ingkar terhadap kewajipannya, adalah jatuh kafir.



Namun, sekiranya seseorang itu meninggalkan solat atas sebab malas, tetapi dia tahu dia wajib solat, maka terdapat tiga pendapat ulama tentang hukumnya, iaitu:

1.Orang itu tidak menjadi kafir, tetapi dia menjadi fasik. Maka wajib atas pihak yang berkuasa bertindak menyuruhnya bertaubat kembali mengerjakan solat. Sekiranya dia enggan bertaubat maka dijalankan ke atasnya hukuman hudud, iaitu dibunuh dengan pedang.
Ini pendapat Imam Malik, Syafi’e dan jumhur ulama salaf dan khalaf.


2. Orang itu menjadi kafir. Hukumnya sama seperti orang yang ingkar terhadap kewajipannya tadi.
Ini adalah pendapat satu jemaah daripada para salaf yang diambil riwayatnya daripada Saidina Ali bin Abu Talib dan salah satu pandangan Imam Ahmad bin Hambal serta pendapat Abdullah bin al-Mubarak dan Ishak bin Rahawaih.


3. Orang itu tidak menjadi kafir dan tidak pula dibunuh, sebaliknya ditakzirkan dengan dipenjarakan sehingga dia mengerjakan solat.
Ini pula adalah pendapat Imam Abu Hanifah dan satu jemaah daripada para fuqahak Kufah dan juga pendapat al-Muzani seorang pendokong dan pengikut Imam asy-Syafi’e.
 
Sy lbh igt ganjaran tunaikan solat dr tggl kan solat.. Hukum bunuh rupe nye ye, berat tu.,
TQ TT
 
Sy lbh igt ganjaran tunaikan solat dr tggl kan solat.. Hukum bunuh rupe nye ye, berat tu.,
TQ TT


Alhamdullillah..

Begitulah sebaiknya Tuan :D

Sememangnya "meninggalkan solat" tu dah kira beyond question..

Inikan para sahabat Rasullullah s.a.w dulu MEMERANGI ORG YG TAK BAYAR ZAKAT....

Zakat berbanding solat....SOLAT DIKIRA NO.1.....

ALLAH AKAN CEK SOLAT DULU....kalau solat tak pas....bye bye le amalan lain walau sebanyak mana sekalipun...:((
 
dlm al-quran kata ape?ade sebut tak pasal hukum tak solat?
 
Da tau wajib kenapa x solatkan..... :)paid
 
aku senang je, solat ni wajib... tinggal je berdosa dan dibenci Allah, tunai solat ada ganjaranya diakhirat.. so kita buat je la..
 
nyawa tak dihormati jika tak solat..maksudnya tiada harga...

if org tak solat kena bunuh,tak kena qisas (bunuh balas) org yg

membunuh..

rujuk kitab matlain badrain.karangan syeikh daud fatoni..ulamak

muktabar mazhab syafie..
 
apa kata imam 4 mazhab tentang meninggalkan solat
 
Back
Top
Log in Register