BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hukum mengundi UMNO...

kesimpulannya....jika kita masih lagi saling menuding jari.....maka pertandingan menuding jari ini pasti berlanjutan oleh anak2 kita dan generasi seterusnya....hanya masa akan menentukan bilakah satu2 nya yg tinggal untuk kita Melayu Islam....iaitulah kuasa Politik...bakal dirampas secara sah di sisi undang-undang...dan ketika itu....cucu cicit kita bakal membayar atas segala kesumbangan masa lalu kita....

part ni yg best aku nak komen...TUNGKU aka bapa sekular mesia dgn sengaja menerima UNDANG2 SEKULAR secara x sedar hukum hudud dibakulsampahkan...Secara SAH perundangan Islam trutamanye bab murtad telah dgn mudah memurtadkan ramai org2 Islam mesia...HAMPEH!!!

british dah LAMA sedar hal ni sejak peristiwa NATRAH...so TUNGKU sama ada die tahu ke atau x tahu aka bengap gamaknye boleh terlepas pandang hal MURTAD ni dgn menerima perundangan SEKULAR yg setakat menyatakan islam agama rasmi tapi interm of peguakuasaan HARAM x boleh pakai...siut je...
 
memang menyedihkan apabila, negeri-negeri yang paling banyak menyumbangkan hasil minyak kepada negara, dan menjadi salah satu sumber pendapatan negara, negeri-negeri ini merupakan negeri-negeri yang paling miskin dalam Malaysia.

Sabah, Terengganu dan Sarawak.

ketiga-tiga negeri ini dikategorikan negeri paling miskin berdasarkan statistik pendapatan per-kapita. kalo Sabah dan Sarawak masuk list tu, kira boleh masuk akal la jugak.

paling terkejut melihat Terengganu no.2 sebagai negeri termiskin di Malaysia, dan negeri PALING MISKIN di Semenanjung Malaysia. negeri Terengganu yang terkenal dengan minyak, Masjid Kristal, dan pelbagai lagi kemajuan yang kita dengar dari Terengganu, hakikatnya Terengganu adalah paling miskin di Semenanjung Malaysia.

tiada pula yang menuding jari kepada siapa yang memerintah Terengganu. sedangkan Kelantan, pada tahun 1990 ketika diambil alih oleh PAS, Kelantan lah yang menduduki tempat ke-2 pada waktu itu, dan sekarang ni melonjak naik ke tangga ke-6, mengatasi negeri-negeri UMNO yang lain. PAS memerintah jauh lebih baik dalam tempoh 18 tahun, meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu, meningkat kadar pendapatan per-kapita jauh meninggalkan negeri-negeri UMNO yang lain seperti Terengganu.

kesian...

ini tak dikira statistik pelajar Melayu yang masuk universiti..negeri yang paling sedikit Melayu masuk Universiti ialah, Melayu dari Terengganu...

senang cerita...negeri2 yg ramai bumiputra yg amno perintah mesti miskin....penang tu kalo bukan sebab cine aku rase pon mundur jugak...

terang2 pemimpin amno x pandai ekonomi...pandai songlap je...
 
satu lagi contoh keberdebahan peringkat tertinggi kerajaan Barisan Nasional yg Tercinta.....inikah Parti yg kita nak sokong sampai nak memurtadkan diri sendiri??!!
..............................................
Kontroversi!

Pegawai Polis Penyiasat Kes Mata Lebam Anwar Dedah Beliau Kini Menjadi Mangsa Konspirasi Untuk Musnahkan Kreadibilitinya

KUALA LUMPUR [3.00 pm] - Datuk Mat Zain Ibrahim, pegawai polis yang menyiasat insiden mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998, mendakwa menjadi mangsa konspirasi peringkat tertinggi yang menggunakan notis bankrap untuk memusnahkan kredibilitinya sebulan sebelum bermulanya perbicaraan kes liwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu yang bermula dari 1 hingga 24 Julai depan. Bernama melaporkan Rabu lalu bahawa Mat Zain telah diisytiharkan bankrap pada 21 April 2009 kerana gagal melangsaikan pinjaman berjumlah RM250,000 dan notos mengenainya telah diserahkan kepada beliau 26 Mei lalu. Berita mengenainya telah disiarkan oleh beberapa penerbitan tempatan termasuk The Malaysian Insider yang melanggan perkhidmatan Bernama. "Saya menyatakan dengan penuh keyakinan bahawa terdapat pengaruh-pengaruh yang amat berkuasa yang mahukan perkara ini berlaku. Ini kerana mereka mahu memusnahkan kredibiliti saya dan/atau melumpuhkan keupayaan saya untuk memberi keterangan terhadap Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang didakwa memalsukan bukti berhubung kes mata lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Mat Zain dalam satu kenyataan beliau. Mat Zain yang bersara awal pada 2001 sebagai Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur berkata beliau percaya notis bankrap yang diterimanya ada hubungkait dengan rayuan yang dibuatnya kepada Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk membersihkan namanya selepas SPRM memutuskan hanya Gani dan Musa didapati tidak terlibat dalam tuduhan kesalahan jenayah berhubung isu memalsukan bukti dalam siasatan kes mata lebam Anwar.

"Saya mempunyai alasan untuk mempercayai bahawa pihak pendakwa menjangka Anwar akan menimbulkan isu pemalsuan bukti dalam kes mata lebam tersebut pada satu ketika dalam perbicaraannya kelak. Keterangan saya saya akan amat penting ketika itu. Opsyen yang ada pada mereka adalah untuk menjahanamkan kredibiliti saya."Walaupun kenyataan ini akan menyebabkan sedikit keresahan kepada saya dan keluarga saya namun saya menganggapnya sebagai satu rahmat dan ia hanya akan menguatkan lagi iltizam saya untuk mendedahkan segala kebenaran berhubung episod mata lebam ini."Percayalah, ini bukanlah satu-satunya kes di mana kedua-dua individu ini mempunyai peranan campur tangan. Terdapat banyak lagi kes yang sama tahap sensasinya. Kebenaran akhirnya akan timbul," kata Mat Zain. Beliau mendakwa telah menyiasat kes mata lebam tersebut tanpa ragu atau takut dan kenyataan beliau telah dicatatkan sebanyak lima kali oleh agensi terdahulu daripada SPRM, Badan Pencegah Rasuah (BPR) apabila Anwar membuat laporan pada 1 Julai 2008 bahawa Gani, Musa dan Dr Abdul Rahman Yusof telah memalsukan laporan perubatan berhubung kes tersebut. Walau bagaimanapun Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan mengumumkan pada 3 Mac bahawa tiga orang ahli panel bebas yang diketuai oleh Peguamcara Negara telah meneliti kertas siasatan dan mendapati Gani dan Musa tidak terlibat dalam apa-apa kesalahan berhubung kes tersebut, lantas menyebabkan Mat Zain membuat rayuan terhadap keputusan panel itu.

"Saya bagaimanapun mempunyai alasan kukuh bahawa Perdana Menteri tidak diberi keterangan yang sebenarnya dan juga keseluruhan fakta mengenai isu ini. Sekiranya kebenaran didedahkan saya percaya Perdana Menteri akan bertindak dengan sewajarnya," kata Mat Zain lagi. Mat Zain berkata beliau telah mengarahkan peguamnya untuk meneliti isu bankrap tersebut kerana beliau mendakwa tidak pernah menerima sebarang notis bagi mendengar saman yang difail pada 10 Ogos 2004 terhadap beliau oleh ahli perniagaan, Yap Thoong Choan, 72, dari Damansara Heights yang sepatutnya didengar di Mahkamah seksyen Bandar Baru Bangi bagi menuntut baki sebanyak RM250,000 daripada jumlah pinjaman yang gagal dilangsaikan. Ahli perniagaan tersebut dalam kenyataannya berkata Mat Zain, 60, telah mengambil pinjaman berjumlah RM500,000 melalui perjanjian yang ditandatangani pada 22 Februari 2002 dan dipersetujui dalam perjanjian tersebut untuk membayar balik kesemua hutang pada atau sebelum 21 Ogos 2002. Yap berkata setakat ini Mat Zain hanya membayar sebanyak RM250,000 daripada pinjaman tersebut. Surat tuntutan bagi baki RM250,000 bertarikh 14 Julai 2004 telah dihantar kepada Mat Zain tetapi gagal menjelaskan baki hutang tersebut. Mahkamah Tinggi Shah Alam 21 April lalu mengeluarkan notis bankrap terhadap Mat Zain mengarahkan beliau membayar RM250,000 berserta bunga dan kos berjumlah RM288,824.92. (Sumber Informasi: TV Antara)
 
masih tiada lagi pendapat mana2 ulama' or mufti or profesor yg menyatakan yang mengundi UMNO ni adalah HARAM.. takpa cari lagi kuhik... :eek::eek:
 
simply, cuma berpandu kepada ayat Quran yang sangat jelas maksudnya :

Allah telah berfirman :

"...dan barang sesiapa yang tidak menghukum dengan Hukum Allah, maka mereka itu ialah orang-orang yang KAFIR"

"...dan barang sesiapa yang tidak menghukum dengan Hukum Allah, maka mereka itu ialah orang-orang yang ZALIM"

"...dan barang sesiapa yang tidak menghukum dengan Hukum Allah, maka mereka itu ialah orang-orang yang FASIQ"


(surah al-Maidah : 44, 45, dan 47)

so, mereka yang taknak buat hukum Allah ni, pasti akan tergolong dalam kategori Kafir, atau Zalim, atau Fasiq.

benda ni jelas dalam al-Quran. dengan kata lain, UMNO yang sedang memerintah, tapi tidak menghukum dengan hukum Allah pasti akan tergolong dalam salah satu golongan ini. dan, adakah kita nak kata kita tidak wajib menjatuhkan golongan ini daripada memerintah negara kita?

atau kita perlu redha sahaja dan biarkan mereka ini terus memerintah dengan tidak berhukum dengan hukum Allah?

ini adalah hukum Fiqh yang jelas dari al-Quran. fatwa biasanya dikeluarkan sekiranya terdapat unsur-unsur yang tidak jelas hukumnya.

ini tak masuk bab hukum HARAM bersifat perkauman lagi nie...

kalau mengundi DAP tu HARAM jugak la eekk? :-?
 
apakah hukum mengundi UMNO?
1) memberi lesen judi
2) memberi lesen arak
3) mengalakkan maksiat
4) membiarkan orang-orang Islam murtad
5) etc, etc (korang tambah sendiri, tak larat nak bubuh)

Haram ke tidak kalau mengundi UMNO? Anda nilaikan sendiri...
hehehe :D ko bleh jamin ke bro.. kalau PR memerintah nanti takdok tu semua hehehehe.... cuba tngok apa PR buat kat SELANGOR hehehehe

1. Projek MEGA ****

PAda aku.... kalau PR memerintah samo jer jadi mcm BN memerintah... tetap ado semua tuh..... dan maybe berlebih lagi hehehehe :D

Masih tak percaya.....sila guna imaginasi yer :P

ikut kehendak PR = adil, telus, tidak dipengaruhi, hakim bijaksana
tak ikut kehendak PR = berat sebelah, hakim kena ugut, hakim kena beli, tak adil, mahkamah kanggaroo.
oh PR di tanahairku
 
kalau mengundi DAP tu HARAM jugak la eekk? :-?
hehehehe

bagi PENGUNDI PR... yang tu diHALAL kan bro... sbb nak menjatuhkan PEMIMPIN yg ZALIM hehehehe :D

Susah kalau org GILA KUASA nie... semuanya HALAL bagi DEPA :D

AMNO nie plak bila nak BERUBAH nTAH :P

ikut kehendak PR = adil, telus, tidak dipengaruhi, hakim bijaksana
tak ikut kehendak PR = berat sebelah, hakim kena ugut, hakim kena beli, tak adil, mahkamah kanggaroo.
oh PR di tanahairku
 
Bagi Pndapat ambo... haram tu ambo x tahulah... tapi silap2 bleh berdosa..
sebabnya...kerajaan UMNO buat & menggalakkan maksiat...
Dalam Sidang DUN Kelantan dulu pernah YB Nozula (ADUN Paloh) kata bukan org UMNO yg buat kilang arak, kedai Nombor ekor, kelab malam dan sebagainya yg haram.. tapi tokey cina yg buat.. lg pon negara kita masyarakat majmuk....kata YB Nozula..

Tapi dipersoal oleh YB ADUN PAS... siapa & kerajaan mana yg memberi lesen..? senyap terus YB tu...

Kata YB Ust Nasaruddin Daud (ADUN Meranti)... undi PAS dapat pahala.. sebab kerajaan PAS membuat perkara kebaikan & mencegah kemungkaran..... sebagai contoh.. kalau kita suruh org solat... adakah kita dapat pahala..? tentulah dapatkan.. walaupn org yg kita suruh x solat.... begitu jugalah kalau kita sokong kerajaan atau undi parti yg "amar maaruf nahi mungkar", mengharamkan judi, arak, kelab Malam & sebagainya tentulah dapat pahala.. & yang mengundi kerajaan yg menggalakkan maksiat, judi, arak & sebagainya tentulah berdosa... sekadar pendapat hamba yg dhaif Wallahualam.....

P/s: jika salah tolong betulkan...:">

Betul tu. Jadinya kalau DAP pun kita tak boleh sokong. Sebab depa tak mahu judi, arak, disko diharamkan.

Bagi saya senang je. Ramai orang nampak salah BN dan ramai juga yang tak nampak kebaikan BN. Sebab apa, sebab dah jadi lumrah manusia, yang bangkai tu yang digilaii, dikata, dinista.. Jadi nak menimbang mana lebih banyak sama ada dari kebaikan atau kejahatan yang dah dibuat oleh BN, kita manusia ni tak akan mampu untuk menilai. Apa yang kita mampu hanyalah menegur ikut cara Islam dan membrontak ikut nafsu.

Apapun Allah maha mengetahui. Dia lebih tahu siapa harus berkuasa memerintah. Dan hakikatnya dah lebih 50 tahun masih BN dan kalau lepas ni BN masih memerrintah, adakah kita masih nak ikut nafsu. Ingat nafsu itu hasutan syaitan.

BN memang ada buat salah, BN juga memang ada buat banyak benda baik. Kalau tak Islam tak kekal sampai ke hari ini di Malaysia. Kalau tidak, institusi Islam dalam kewangan, pendidikan, undang-undang dsbnya tak akan tegak sampai hari ini. Cumanya mungkin belum cukup lagi, tetapi itu semua boleh diperbaiki. Untuk 50 tahun belum cukup untuk membentuk sebuah negara Islam yang complete dari semua sudut, apatah lagi jika penganutnya sendiri masih lemah dri pelbagai aspek. Cuba anda sendiri fikirkan, negara Islam mana yang mampu sampai ke tahap kita sekarang. Arab? Jauh sekali. Walaupun negaranya kaya, adakah rakyatnya kaya. Ilmu jauhlah sekali. Mana ada negara Islam yang mempunyai penduduk bukan Islam yang ramai yang berjaya seperti kita.

Fikir-fikirkanlah..
 
senang cerita...negeri2 yg ramai bumiputra yg amno perintah mesti miskin....penang tu kalo bukan sebab cine aku rase pon mundur jugak...

terang2 pemimpin amno x pandai ekonomi...pandai songlap je...

Tahu pun kao yinbyungheon, yang Cina tu kuat dari segi ekonomi. Sebab tu la kao jilat bontot DAP yea..
 
Tahu pun kao yinbyungheon, yang Cina tu kuat dari segi ekonomi. Sebab tu la kao jilat bontot DAP yea..

sape yg mmbenarkan org2 cina kuat dari segi ekonomi?
check semula sejarah bro..UMNO sebagai parti melayu yg memerintah negara selama 50 tahun gagal untuk memajukan org melayu..buktinya DEB yg diperkenalkan oleh pemimpin UMNO sendiri telah gagal utk mmbela ekonomi org melayu..yg kaya hnya lah kroni2 dan kerabat2 mereka..

betol la seperti yg dikatakan oleh yinbyungheon..pemimpin2 UMNO hnya pandai songlap duit rakyat..keje sikit dapat komisen berjuta2..tu belom masok rasuah lagi..
UMNO..UMNO..
kau la parti mnjahanamkan ekonomi org melayu..
 
Back
Top
Log in Register