BTC USD 83,433.7 Gold USD 4,194.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Mengahwini Sepupu

kasturi

Legendary Member
gem
Messages
13,525
Joined
Jul 22, 2006
Messages
13,525
Reaction score
3,282
Points
196
Hukum Mengahwini Sepupu

Saya Abu (bukan nama sebenar) mempunyai teman wanita bernama Zainab (bukan nama sebenar), dan kami ini adalah sepupu rapat, iaitu ayah kandung saya dan ayah kandung Zainab adalah adik beradik LELAKI. Ayah saya anak pertama, ayah Zainab anak kedua. Persoalannya ialah, bolehkah saya, Abu berkahwin dgn Zainab? (iaitu sepupu sendiri yg memang rapat hubungan keluarga kerana ayah kami berdua adalah adik beradik kandung).

Adakah akan muncul masalah wali? Adakah haram kami berkahwin? Kerana ada yang mengatakan kami tidak boleh berkahwin kerana waris kuat?


Jawapan:

Wa alaikumussalam. Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…”

Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali.

Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”

2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8% sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5% sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.

Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.

Wallahu a’lam.

Disediakan oleh:

Ustaz Anwar Fakhri Omar
Sekretariat Majlis Ulama ISMA

- Informasi Dot My



aku pon ada sedara dan kawan yg kawin dgn sepupu, anak dia antibodi xkuat..mudah sakit. kawan aku lak dpt anak kurang cerdik. xsilap darjah 5 baru bole membaca.

tapi segala2nya kehendak Allah. wallahualam
 
Kalau kahwin memang boleh,cuma risiko dapat anak cacat
 
Kalau kahwin memang boleh,cuma risiko dapat anak cacat

yg dapat anak cacat tu sebab die kahwin sepupu ke?

klo tak, tak bole pakai teori ni
 
kalau anak cacat xpasti tp kalau penyakit keturunan mcm jantung ke, kanser ke...mmg mudah kena
 
Kalau kahwin memang boleh,cuma risiko dapat anak cacat

Ade kajian saintifik, dalil hadith atau ape2 bukti ke untuk teori nie?
Atau sekadar kate2 orang tue atau mitos suatu kaum sahaje?
:-?
 
kakak ipo aku kawin sepupu...anak sorg tu jerk...ok la...tp slow skit...

aku nyaris dikahwinkan dgn sepupu...tp cunnn
 
mitos,saja taknak bagi kawin org terdekat,,,

byk kebaikan dari kelemahan...
 
ikut la teoi sekular tu... duk agungkan teori omputih..

habistu.. Saidina Ali ngan Saidatina Fatimah tu sape? diorg kena mengena mcm mane?
kalo x elok ada byk risiko... mcmane bleh dpt Hassan & Hussein cucu kesayangan baginda yg terbaik..
 
Back
Top
Log in Register