BTC USD 81,439.4 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Menerima Hadiah Dari Hasil Riba

Print_Screen

Super Active Member
Messages
5,921
Joined
Nov 13, 2010
Messages
5,921
Reaction score
231
Points
73
Salam Pakdi,

Ayah saya laburkan duit dalam forex untuk saya.

Modal menggunakan modal ayah saya. Ayah saya kata, keuntungan yang diperoleh dia akan bagi sama rata antara saya dan dia. Tapi, yang saya tahu, forex ni haram… saya was-was nak guna duit tu.

Boleh ke kalau saya guna duit keuntungan forex tu untuk bayar PTPTN ?

NLN

—

Jawapan:

Ini adalah persoalan mengambil hadiah dari seseorang yang memberi hadiah (hibah) kepada kita, yang diketahui dari sumber haram.

Sahibus Samahah Dr Mohd Asri ada memberikan jawapan mengenai persoalan ini.

— Hukum Mengambil Pemberian Dari Sumber Yang Haram

Berikut adalah jawapan yang relevan dari jawapan beliau yang panjang itu tadi.

Al-Syeikh al-‘Allamah Muhammad Solih ibn al-Uthaimin r.h pernah ditanya mengenai hukum nafkah yang diterima oleh isteri dan anak dari suami yang terlibat dengan bank riba, apakah mereka boleh mengambilnya. Beliau menjawab:

“Ambillah nafkah itu dari bapa kamu. Kamu mendapat kenikmatan, dia pula mendapat dosa. Ini kerana kamu mengambil nafkah tersebut secara berhak. Harta padanya, dan kamu tiada harta. Kamu mengambilkan dengan cara yang benar. Sekalipun kesalahan, balasan dan dosa ke atas bapa kamu, jangan kamu gusar. Nabi s.a.w pun menerima hadiah dari yahudi, memakan makanan yahudi, membeli dari yahudi sedangkan yahudi terkenal dengan riba dan harta haram, tetapi Rasulullah s.a.w memakannya dengan jalan yang halal. Maka, jika seseorang memilikinya dengan jalan yang halal, maka tidak mengapa”
Jawapan ini bersandarkan beberapa dalil yang diberikan, antaranya:

1. Surah, al-An’aam, ayat 164:

Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya; dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja

2. Nabi Muhammad saw berjual beli, menerima hadiah malah menggadaikan baju besi kepada orang Yahudi pada zamannya, dan diketahui orang Yahudi memang mengamalkan riba.

3. Jawapan dari Sahabat yang menjawab isu ini,

Seorang lelaki bertanya kepada Abdulllah bin Mas’ud:

“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Namun, jika ia datang dari sumber yang membabitkan hak orang lain yang dizalimi seperti kereta curi, dan kita tahu kereta itu kereta curi, makan dalam situasi itu tidak dibenarkan.

Pada masa yang sama kita tidak boleh bersetuju seterusnya mempromosi tindakan haram itu tadi (e.g. forex trading) apatah lagi memberikan modal kepada pihak tersebut.

Dalam kes ini, modal hanya datang dari ayah, dan ayah mahu memberikan hibah dari hasil tersebut. Cik Puan telah pun menunjukkan rasa tidak redha atas keterlibatan dalam forex trading itu tadi. Maka, Cik Puan menerima hibah (halal) manakala ayah yang menerima hasil riba.

http://www.pakdi.net/hukum-menerima-hadiah-dari-hasil-riba/
 
konfius sikit di sini.
nampak macam sama dengan konsep penghalalan islamic banking.
panel2 syariah seperti uzar dah kata islamic banking halal.
jadi jika kita mengikut hukum yang dikeluarkan itu maka adakah kita berdosa sedangkan kita tahu bahawa islamic banking itu halal hanya dengan mengubah namanya sahaja sedangkan dari segi konsepnya riba itu tetap ada?
tetapi since uzar dan mana2 ustaz yang berpendapat sepertinya telah mengeluarkan hukum halal maka kita boleh berlepas diri dari dosa riba itu?
 
Pada pendapat saya, ia tak sama cik.. :D sebab dijemput makan kat rumah jiran, atau diberikan hadiah, kedua2nya berada dlm situasi 'bukan kita yg meminta tapi diberikan' (melihat kpd keadaan terlebih dahulu).. tapi dlm soal perbankan, bank tak bagi kat kita, tapi kita sendiri yg pegi minta. Bila kita sendiri yg minta, sedangkan kita dah tahu kita akan terlibat dgn sesuatu yg meragukan, itu ibarat kita dah nampak ada lubang api kat depan yg menyimpan permata, tapi kita masukkan juga tangan ke dalam lubang tu sebab nakkan permata tadi. Jadi bukan ke kita yg menjerumuskan diri sendiri? Kita dah tau urusan bank macamana, kita tau hukumnya, jadi kenapa kita masih nak minta dan nak deal dgn diorang? :D

Rasulullah s.a.w kata, di akhir zaman nanti, Islam akan kembali menjadi suatu agama yg asing. Maka berbahagialah orang2 yg terasing... :">

Tapi kalau rasa was2 nak terima hadiah dari sumber yg diragui, boleh tolak dgn cara baik.

Zaman skg ni, kita hidup dlm keadaan yg susah kita nak berjalan lurus seratus peratus. Pemimpin kita pun tidak support Islam sepenuhnya. Kdg2, kehidupan membuatkan kita terdesak melakukan sesuatu yg bertentangan dgn ajaran agama. Nak salahkan individu pun, tak boleh juga.. nak menghakimi orang lain, kita sendiri pun belum tentu Islamik sepenuhnya (saya bercakap tentang diri sendiri :(( ).. kita lakukanlah apa yg kita mampu.. :(
 
Terima kasih tuan.
Satu pandangan yang cukup baik dan saya kira boleh diterima pakai.
Almaklum lah kita ni bukannya pandai agama pun.
Banyak benda nak kena belajar dan rujuk pada pakar.
Sebab tu saya bertanya takut tersalah tafsir sendiri kan.
Anyway saya akan jauhkan dari riba selagi mana yang saya mampu.
:)
 
GST juga tergolong dalam riba, kerana lebihan bayaran yang dikenakan, dan dilihat ada sedikit unsur penzaliman terhadap rakyat jelata, dan GST juga diwujudkan atas dasar pembaziran kerajaan sendiri yang boros dan menggunakan wang hasil daripada rakyat sewenang-wenangnya.
 
konfius sikit di sini.
nampak macam sama dengan konsep penghalalan islamic banking.
panel2 syariah seperti uzar dah kata islamic banking halal.
jadi jika kita mengikut hukum yang dikeluarkan itu maka adakah kita berdosa sedangkan kita tahu bahawa islamic banking itu halal hanya dengan mengubah namanya sahaja sedangkan dari segi konsepnya riba itu tetap ada?
tetapi since uzar dan mana2 ustaz yang berpendapat sepertinya telah mengeluarkan hukum halal maka kita boleh berlepas diri dari dosa riba itu?

Islamic banking tak sama dengan konventional cik.

jauhkan tanggapan ini. ia fitnah.
 
Islamic banking tak sama dengan konventional cik.

jauhkan tanggapan ini. ia fitnah.

Terpulanglah tuan.
Dah banyak perdebatan tentang ini.
Jika tuan masih mahu berpegang kepada yang bathil, maka teruskan.
Jika dilihat dari beberapa sudut, memang benar islamic banking terlepas dari beberapa dosa (jauh dari pelaburan berbentuk judi, arak ect).
Tetapi dari sudut financingnya, masih lagi ikut sistem kapitalis.
Anyway saya tidak mahu ulas isu ni.
Nanti jadi panjang lebar.

Nak tahu lebih lanjut, sila baca thread-thread di bawah ni (memang kebetulan saya sedang mengaji bab ni):

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=278968

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=239150

Terima kasih.
 
Ya terpulang kepada cik puan. Tak siapa letak pistol ke kepala puan untuk anggap islamic banking sama sebagai riba banking.

Segala hujah boleh dicounter dengan teknik ekonomi Islam.

Islamic banking masih merangkak bagai baby. Mesti ada kurang sana-sini. Jadi siapa yang nak tambah baikkan? Kita lah.

Kalau kita awal2 anggap islamic banking=riba banking, susahlah.

Jadi pemikiran sebeginilah yang menyebabkan islamic banking tak berkembang.

jadi pilihlah mana satu. tapi saya pilih islamic banking ialah alternatif kepada riba banking.
 
Back
Top
Log in Register