eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Penjenayah kes ragut akan berhadapan hukuman lebih berat berikutan polis memberi keutamaan membuka kertas siasatan kes ragut mengikut klasifikasi samun dan rompak bagi memastikan suspek dikenakan hukuman paling maksimum.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, pihaknya memberi keutamaan menyiasat kes ragut mengikut kesalahan rompak/samun kerana pihaknya mahu buktikan betapa seriusnya polis dalam mengenakan tindakan terhadap peragut.
“Bagaimanapun, dalam membuat pendakwaan kita perlu juga melihat inti pati kes. Jika inti patinya tidak mencukupi bagi mendakwa atas kesalahan merompak, maka pendakwaan perlu dibuat atas kesalahan mencuri. Perkara ini ditentukan Pejabat Peguam Negara,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Beliau mengulas pelbagai cadangan termasuk Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (YPJM) supaya peragut didakwa atas kesalahan merompak seperti terkandung dalam Kanun Keseksaan (KK), bukannya atas kesalahan mencuri bagi memastikan penjenayah kes itu dikenakan hukuman berat.
Ini kerana kesalahan mencuri hanya memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, manakala kesalahan merompak tempoh hukuman penjaranya sekali ganda lebih tinggi berserta sebatan.
Perkara itu dibangkitkan Pengerusi YPJM, Tan Sri Lee Lam Thye yang berpendapat undang-undang sedia ada hanya mendakwa peragut di bawah kesalahan mencuri dan hukumannya terlalu ringan.
Menurutnya, sekiranya peragut didakwa di bawah kesalahan rompakan, ia akan membawa hukuman yang berat seperti tempoh penjara lebih lama dan sebatan yang boleh menghalang mereka daripada melakukan jenayah sama.
Musa berkata, beliau peka terhadap pelbagai cadangan awam dalam mengenakan tindakan terhadap peragut, namun menegaskan setiap pendakwaan perlu mengikut keadaan undang-undang dan bukannya dilakukan sewenang-wenangnya.
“Jika orang ramai mahu peragut dihukum mati seperti kes dadah, boleh juga, tapi kena pinda undang-undanglah dan ia terletak kepada penggubal undang-undang, polis hanya melaksanakannya,” katanya.
Beliau berkata, dalam keadaan sekarang, bagi kes ragut yang tidak mendatangkan kecederaan, polis mendakwa suspek atas kesalahan mencuri.
“Bagaimanapun, jika ia membabitkan kecederaan atau kecederaan parah, suspek boleh didakwa atas kesalahan merompak/samun,” katanya.