BTC USD 83,526.0 Gold USD 4,156.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hukum Leverage Dalam Forex Trading HARAM - Ust Zaharuddin

Apakah anda sanggup berhenti trade forex?

  • Total voters
    0
Status
Not open for further replies.
memang dah sah HARAM. forex ada unsur shubahah.MALAH kita beli benda yg maya,ibarat beli benda yg tak ada...tidak nyata atau real maka itu juga haram.

bro duit forex yg nk bt haji hari jadi x :">:">
 
abangman2007 said:
ni salah satu bukti haram forex

http://www.youtube.com/watch?v=0jz1YEBRBYgjom beli emas d goldtrades ,,emas kita dapat...n halal.ni baru betullllllll
nak beli emas duit tak cukup? (free registration)jom daftar sini http://www.goldtrades.us/?ref=abangman2007

:)cgrock
__________________

ni dari inbox aku...

aku mula confuse... semua peniaga emas beria ia on the spot jatuh hukum forex haram... adakah video ni hasil dari persatuan peniaga emas ntuk menjatuhkan trader forex supaya para trader semua bertukar kepada emas? aku cakap mcm ni berdasar kan apa yang aku baca dari post2 cikgu simple... nampak cam dia berdendam je ngan geng forex ni dan akan cuba jugak buat sesuatu bagi membuktikan forex tu haram... bagi aku kalau suh ustaz ni kaji bab2 cara goldtrades pun bleh jatuh hukum haram gak... tapi aku bukan jenis yang suka pelingkup orang nye bisnes...

anyway aku memang tak berkenan kat ayat yang aku boldkan kaler merah tu... video tu bila disertakan ngan ayat tu nampaknya ada agenda tersendiri...

beb lu nak meniaga lu meniaga je la beb... tapi jangan sampai pelingkup rezeki orang ngan kenyataan yang masih samar2
 
alah ustaz ni bukan apa..mentang-mentang kerja ngan bank..

apa skim perlaburan kat bank jer yang halal..

apa yang untungkan bank jadi halal..

forex xuntungkan bank..jadi haram..

asalkan xder element perjudian, penipuan, penindasan..nak haram apa nya??
 
bagi yg kata forex itu haram, terima kasih atas nasihat anda. tugas anda untuk menegur sudah selesai, maka bolehlah diam selepas ini dari terpekik terlolong memberikan nasihat lagi..

bagi yg rasa forex itu haram, boleh berhenti main forex. berhenti kerana Allah, jgn berhenti dan terasa forex itu haram sbb dah lost riban2. dan jgn sbb lost, anda juga tiba2 jadi ustaz2 burung kakak tua yg tiba2 juga mengeluarkan fatwa forex itu haram. islam tak suka umat yg hipokrit...

bagi yg lost tapi tetap rasa forex itu halal, teruskan. lost memang wajib dalam forex, kat situ korang belajar. lama2 nnti korang mesti akan dapat kuasai market, dan isyaAllah akan sentiasa untung setiap hari..

bagi yg dah untung dan tiba2 rasa forex itu haram, boleh la berhenti. sbb kalu dah terasa haram, baik berhenti dari terus makan benda yg diragui statusnya..

bagi yg untung dan memang yakin forex itu halal, teruskan. jgn lupa bersedekah, jgn lupa zakat, jgn lupa kat saudara2 anda yg masih terkapai dalam forex, bantu mana yg patut, sbb ilmu yg ditinggalkn akan dibawa kekal sampai kita mati kelak...

apa2 pun, gud luck untuk semua, rezeki milik Allah, tanpa forex kita tetap boleh hidup, dan kita juga boleh hidup hanya dengan trade forex..wassalamm...
 
jawapan Ust Zaharudin yang tak memuaskan.

Aku bukan nak pertikai authority dia, tapi cara dia menjawab.

Memaksa orang menerima verdict summary, tanpa tahu reasoning.
 
Perniagaan tukar wang asing babit spekulasi haram

2012/02/15
KOTA BHARU: Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
"Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang membabitkan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam."
"Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata, banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran wang asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabitkan penggunaan internet di kalangan individu yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

"Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu," katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya, keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

"Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati selepas sistem perniagaan skim itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah," katanya. - BERNAMA

sumber: BH online..
 
fatwa ularmak cari makan,.....:)):))....Jom Forex
 
Status
Not open for further replies.

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13265
USD / JPY
157.329
GBP / USD
1.32606
USD / CHF
0.83543
USD / CAD
1.42290
EUR / JPY
178.270
AUD / USD
0.69451
Back
Top
Log in Register