b- Kedua : Jika benar pinjaman dimiliki dengan sah , mengapa jika tiada risiko?
Pihak pemain forex memberikan komen di ruangan komentar saya dengan kata mereka :-
Dengan USD 100 trader boleh berjual beli dengan kuasa USD 100,000. Jika berlaku kerugian dalam urusniaga, jumlah maksima yang trader rugi hanya USD 100. USD 100,000 tersebut lansung tidak terusik
Ini tanpa sengaja sebenarnya adalah seolah satu pengakuan tentang hukum haramnya leverage forex dalam bentuk sebegini, ia menunjukkan bahawa jumlah USD 100,000 yang KONONNYA telah dipinjamkan kepada pemain forex dan masuk ke dalam pemilikan trader hanyalah omongan kosong.
Jika benar-benar ia tepat mengikut hukum Shariah, sepatutnya jumlah pinjaman USD 100,000 telah masuk sepenuhnya dalam milik si trader dan jika berlaku kerugian sepatutnya semuanya terkesan dan bukan hanya USD 100 modal asal sahaja. Bila ia disebutkan tidak terkesan, ini bermakna, si trader sebenar TIDAK MILIKI USD 100,000, kerana itu ia tidak hilang kerana ia bukan wang miliknya.
Hasilnya, pinjaman yang dikatakan dalam leverage ini hanyalah bayang-bayang sahaja, dan trader menjual sesuatu yang bukan miliknya yang diharamkan oleh baginda Nabi s.a.w. Ia juga BERBEZA DENGAN LEVERAGE RUMAH TADI