BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hudud: Mohon berfikir dua kali

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Othman Ismail​

RANTAU PANJANG - Persatuan Kebajikan Rangkaian Bekas Angkatan Tentera Malaysia (Kerabat) kawasan Rantau Panjang memohon ahli parlimen seluruh negara berfikir dua kali sebelum menolak pelaksanaan hudud.

Pengerusinya, Othman Ismail berkata, buat masa ini ada sebilangan ahli parlimen seluruh negara menolak hukum hudud dilaksanakan.

Menurutnya, sebagai umat Islam, mereka sepatutnya mengutamakan agama berbanding hasrat individu.

"Kami hanya mampu menasihati secara berhemah, lembut dan halus kerana ia adalah hukum yang dapat menyelamatkan negara daripada anasir negatif di masa depan.

"Kalau sebelum ini mereka membangkang, tetapi kami berharap mereka sedia menukar keputusan tersebut tidak lama lagi," katanya selepas berhimpun secara aman di Masjid Beijing Rantau Panjang, semalam.

Dalam perhimpunan itu, hampir 100 jemaah Masjid Beijing, pelajar tahfiz dan ahli jawatankuasa Kerabat Rantau Panjang berkumpul untuk menyatakan sokongan terhadap pelaksanaan hudud.

Selepas ini, Othman berkata, pihaknya akan turun padang ke kawasan luar bandar dan memberi penerangan mengenai hudud.

Katanya, mereka akan menjemput barisan panel yang berpengalaman dalam soal itu, agar penduduk lebih peka dengan isu semasa.

Selain itu katanya, mereka juga akan menjemput panel berkaliber untuk berbincang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Senarai panel, tarikh, masa dan tempat belum ditetapkan lagi namun ia akan dimaklumkan sebelum hujung bulan ini," katanya.
 
selagi pok jib tak bg msj jelas aku malas layan... buang masa...
 
"HUDUD tak boleh dilaksanakan sebab rakyat belum paham."

Weh, GST tu yang ko laksanakan tergesa2 tu rakyat dah paham ke ?

Itu maksud KERABAT sebenarnya.

#sokonghudud
#kipidap
 
apa kat ulama JAKIM ???????????????
 
Back
Top
Log in Register