BTC USD 60,786.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hotel 20 tahun kene roboh

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
GELUGOR – Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) semalam merobohkan sebuah hotel bajet, Anggerik Lodging di Taman Tun Sardon, di sini.

Jurucakap Bahagian Merinyu Bangunan MPPP, Sharifah Shuhaila Syed Hasan berkata, MPPP terpaksa merobohkan premis tersebut kerana telah menjalankan operasi tanpa kelulusan pihak berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, telah banyak notis dikeluarkan kepada pemilik premis dan terdapat notis yang telah ditandatangani oleh pemilik sebagai tanda akuan notis diterima.

“Namun keadaan masih tidak berubah, dan pihak kami terpaksa mengambil tindakan kerana operasi di bangunan berkenaan adalah tidak sah. Kami juga mengambil tindakan setelah mendapat aduan orang ramai,” katanya ketika diitemui Sinar Harian di tempat kejadian.

Sharifah Shuhaila berkata, kerja perobohan telah mula dijalankan pada jam 9.45 pagi sehingga kira-kira jam 11 pagi dengan kedatangan tiga lori MPPP.

Menurutnya, barangan dalam bangunan tersebut juga telah dirampas dan pemilik boleh membuat tuntutan semula kepada MPPP.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pihak polis turut berada di tempat kejadian bagi memantau operasi perobohan dijalankan.

Namun pihak MPPP hanya merampas barangan bangunan dalam premis berkenaan serta tidak merobohkan keseluruhan bangunan tersebut.

Ketika ditanya mengapa operasi dihentikan tanpa merobohkan keseluruhan bangunan, pekerja MPPP menjawab : “Terpaksa K.I.V.”

Sementara itu, Pengurus Operasi Anggerik Lodging, Basry Ngah berkata, pihaknya tidak tahu menahu kehadiran MPPP untuk merobohkan bangunan premisnya.

Menurutnya, pemilik bangunan yang bernama Suria telah berjumpa dengan pihak MPPP apabila notis terakhir pada Jun 2009 diberikan kepada pengurusan Anggerik Lodging.

“Kami terkejut kerana setelah 20 tahun menjalankan perniagaan, baru inilah mereka mahu datang dan robohkan.

“Apa yang saya kesalkan, perniagaan bumiputera juga yang ‘terkena’, bangunan ini adalah sah milik kami,” katanya ketika ditemui Sinar Harian sambil melihat salah satu premis bangunannya dirobohkan.

Beliau berkata, kemungkinan ada pihak yang iri hati dengan kejayaan Anggerik Lodging yang telah ‘hidup’ selama berpuluh tahun.

Lebih menghairankan katanya, pihak beliau turut membayar cukai tahunan untuk bangunan yang dirobohkan itu.

“Kami masih tidak tahu berapa anggaran kerugian, namun menjangkakan ianya berpuluh ribu dan 10 buah bilik telah musnah setakat ini,” katanya.
 
aku dah paham..ebos wat keje time org lunch..bagi mengelakkan traffic..agar thread nye bersusun :eek::eek:
 
aku dah paham..ebos wat keje time org lunch..bagi mengelakkan traffic..agar thread nye bersusun :eek::eek:

ye ke...bukan selalu macam tu ke :-?:))
 
Back
Top
Log in Register