BTC USD 81,835.4 Gold USD 4,088.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

To Sell Hot product

KUALA LUMPUR – Orang ramai terutama wanita yang gemar mengambil sejenis produk melangsingkan badan berasaskan buah acai beri, diminta menghentikan amalan itu kerana ia disahkan mengandungi bahan kimia beracun yang membahayakan kesihatan.

Hasil analisis Jabatan Kesihatan ke atas produk yang sudah setahun berada di pasaran itu mendapati ia tidak selamat dijadikan makanan kesihatan.

Menurut Timbalan Pengarah Farmasi (Penguat Kuasa), Jabatan Kesihatan Selangor, Jaafar Lassa, pihaknya mengenal pasti terdapat campuran bahan kimia beracun `Sibutramine Hydrochloride’ dalam produk kesihatan menggunakan buah yang kaya dengan bahan antioksida itu.

“Bahan kimia itu sebenarnya boleh diambil atas arahan dan pengawasan doktor, namun pengambilan tanpa dos yang sesuai dan dibenarkan boleh meninggalkan kesan sampingan dan menyebabkan kematian.

“Bagi produk keluaran syarikat ini, kita tidak tahu berapa dos `Sibutramine Hydrochloride’ telah dicampurkan. Pelanggan mungkin dapat melangsingkan badan selepas menggunakannya tetapi tanpa disedari kesihatan mereka terjejas akibat kesan sampingan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai serbuan di pejabat pengeluar produk berkenaan di Jalan Puteri 5/5, Bandar Puteri Puchong dekat sini hari ini.

Serbuan pada pukul 10 pagi itu disertai 11 pegawai penguat kuasa farmasi dari Jabatan Kesihatan Selangor, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Bahagian Penguat Kuasa Farmasi, Kementerian Kesihatan (KMM) termasuk Timbalan Pengarahnya, Wan Hamid Wan Ibrahim.

Sebanyak 120,000 kotak produk kesihatan bernilai RM375,000 dirampas dalam serbuan tersebut, manakala Jakim turut mengesahkan syarikat berkenaan menggunakan logo halal keluaran swasta yang kini sudah tidak dibenarkan.

Menurut Jaafar, selain pejabat pengeluar di Bandar Puteri Puchong, beberapa pejabat pengedar dan rawatan produk berkenaan di seluruh negara termasuk di Seri Kembangan dan USJ Subang Jaya, turut diserbu secara serentak hari ini.

“Serbuan dilakukan setelah seorang pelanggan membuat aduan bahawa dia berasa tidak selesa apabila mengambil produk tersebut dan hasil analisis yang dijalankan terhadap produk itu kemudian mendapati ia mengandungi `Sibutramine Hydrochloride’.

“Pengambilan bahan kimia ini jika tanpa mengikut dos yang dibenarkan boleh mengakibatkan kemurungan, psikosis atau halusinasi; risiko tekanan darah tinggi; sakit jantung dan kepala serta mempercepatkan denyutan jantung,” ujarnya.

Beliau berkata, kesan sampingan lain ialah pengguna mengalami keseronokan melampau, perubahan selera makan, kegagalan buah pinggang, pedih ulu hati, sembelit dan susah tidur.

Katanya, setakat ini, sudah ada seorang wanita berusia 33 tahun dari Kampung Gunung Keriang, Alor Setar, Kedah, dilaporkan maut akibat mengambil produk kesihatan mengandungi bahan kimia beracun ini untuk melangsingkan badan. – mynewshub.my


Minta maaf nak tanya...ni acai berry yg mana ye

TT untuk kepastian ada dak sijil2 pengesahan dari KMM ? or apa2 bukti ? aku cari kat mynewshub.my depa x buh gambaq produk tu la plak . haih apa la malaysia nie , buat berita pun samar2 wat orang sakit ati , abis semua produk acai berry jadi mangsa sebab depa. tapi apa yang aku dapat info jenama ABC belum diluluskan KMM .

info terbaru aku dapat yang berita diatas nie dikatakan jenama Nutriline yang harga RM 300.00
actually berita nie rasanya dah lama loh =.="
 
Last edited:
ibu yg menyusukan anak leh mkn ke ubat ni??xde kesan pada anak ke?
 
TT untuk kepastian ada dak sijil2 pengesahan dari KMM ? or apa2 bukti ? aku cari kat mynewshub.my depa x buh gambaq produk tu la plak . haih apa la malaysia nie , buat berita pun samar2 wat orang sakit ati , abis semua produk acai berry jadi mangsa sebab depa. tapi apa yang aku dapat info jenama ABC belum diluluskan KMM .

info terbaru aku dapat yang berita diatas nie dikatakan jenama Nutriline yang harga RM 300.00
actually berita nie rasanya dah lama loh =.="

Update dari supplier aku, mereka dah submit untuk KKM. Basicaly dah approve cuma kena ubah beberapa perkara mcm ayat kat kotak tu sblm dikeluarkan KKM rasmi. so nanti akan ada design kotak dan wording yg lainlah, mungkin tak mcm kotak kat page depan tu.
Pasal acaiberry yg dirampas tu mmg aa jenama tu, dah lama pun. so totally tak sama dng yg aku jual ni. lagipun brand ni dah lama dipasaran terutama fb, cuma aku baru je masukkan dlm cg.
 
ibu yg menyusukan anak leh mkn ke ubat ni??xde kesan pada anak ke?

1. ni bkn ubat ye, supliment untuk meningkatkan metabolisma badan bg membantu menurunkan berat badan kepada yg berat yg idea.
2. ibu menyusu blh makan, asalkan minum air kosong byk. cuma masalah ramai org bulan puasa ni kurang air kosong.
kesan pada ada tiada.
 
Back
Top
Log in Register