BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hot Granny mengaku khalwat

alonso

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
62,527
Paid Membership
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,527
Reaction score
426
Points
531
BESUT - Seorang nenek berusia 61 tahun didenda RM2,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam,, selepas dia mengaku salah berkhalwat dengan lelaki berusia 41 tahun.

Hakim Syarie, Mohd Nazri Yusof memerintahkan warga emas yang tinggal bersama seorang cucu itu dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda seperti dikenakan.

Mengikut pertuduhan, warga emas terbabit didakwa berkhalwat setelah didapati berkurung dengan pasangannya dalam sebuah rumah kedai sehingga mendatangkan syak.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah kedai kopi di Kampung Renek, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam, 17 November tahun lalu.

Tertuduh seorang ibu tunggal itu didakwa mengikut Seksyen 31(b) Enakman Kesalahan Jenayah Syariah (takzir) 2001 Terengganu dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya.

Pendakwaan dijalankan Pendakwa Syarie, Norzilawati Said, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes pendakwa, ketika sepasukan penguat kuasa memeriksa rumah kedai terbabit, mereka mendapati keadaan dalam kedai itu gelap dan pintu jeriji depan berkunci.

Norzilawati ketika membacakan fakta kes itu berkata, apabila penguat kuasa membuat intipan, mereka mendapati seorang lelaki keluar dari bilik diikuti wanita (tertuduh) berkenaan keluar dari bilik sama.

Setelah pemeriksaan dibuat, didapati turut bersama seorang kanak-kanak iaitu cucu wanita tersebut.

Bagaimanapun, pasangan tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Mohd Nazri menerima pengakuan tidak bersalah lelaki berkenaan dan membebaskan dia dengan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan pada 13 Julai depan sebagai tarikh perbicaraan.

Dalam rayuannya, wanita itu memohon hakim mengurangkan denda dengan alasan dia sudah tua dan bergelar nenek, manakala menganggap pasangannya seperti saudaranya sendiri dan menganggap lelaki itu masih budak.

Namun, Mohd Nazri menyatakan walau apa alasan sekalipun pasangan bukan muhrim tidak dibenarkan tinggal dalam keadaan seperti itu dan menolak alasan bahawa pasangan tertuduh masih budak.

Tertuduh akhirnya membayar denda sebaik mahkamah selesai bersidang manakala pasangannya pula membayar wang jaminan.
 
Last edited:
super gran nih.......
 
ko pandai2 jek tulis tajuk mcm tu. Mana ada nenek tu mengaku bersetubuh haram pun.. dia mengaku salah berkhalwat jekk...
 
hek eleh.... tak madan tol.... kubur kata mari.. ni jatuh hukum wajib kawin dah ni...
 
wow...nenek vogue nie.........:)):))
 
Back
Top
Log in Register