BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hoshas perlu RM400,000

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
TEMERLOH - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) memerlukan dana sekitar RM400,000 lagi bagi memulakan projek pembinaan surau bernilai RM1.2 juta yang dicadangkan pembinaannya dalam tempoh terdekat.

Pengarah Hoshas, Datuk Dr Bahari Awang Ngah berkata, surau reka bentuk moden dua tingkat yang mampu menempatkan 100 jemaah pada satu-satu masa itu akan dibina di kawasan lapang di kawasan hospital itu.

"Selain urusan ibadat surau itu juga dijadikan Pusat Hal Ehwal Islam yang akan diselia seorang pegawai agama yang mempunyai kelulusan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas bersama Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan mengedarkan sumbangan wang tunai dan hamper kepada 400 pesakit di Hoshas kelmarin.

Bagaimanapun Bahari berkata, pihaknya masih memerlukan peruntukan sebanyak RM400,000 lagi sebelum dapat menjalankan projek pembinaan.

Setakat ini katanya, projek tersebut sudah menjalani proses dan penilaian oleh jabatan teknikal terlibat dan akan mendapat kelulusan dalam tempoh terdekat.

Katanya, sebelum ini kebanyakan ahli keluarga dan pelawat pesakit di Hoshas menggunakan surau sedia ada di dalam bangunan di merata sudut Hoshas.

Menurutnya, dengan adanya surau baharu itu nanti perjalanan dan pengendalian program berkaitan agama dapat dilakukan dengan lebih teratur.
 
Surau 2 tingkat tp hanya muat 100 jemaah bernilai 1.2j?
 
Surau kampung baru bernilai 300k-400k boleh memuatkan 100++ jemaah.
 
Surau 2 tingkat tp hanya muat 100 jemaah bernilai 1.2j?

betul tu tuan..
musykil betul..
buat batu marmar import kot..:D:D:D

buat rumah banglo dua tingkat.
penuh perabut
setengah juta pun cukup
 
sub ats sub ats sub la ni..mahal bebenor surau nye.baik buat masjid terus
 
Mahalnya.. tak logik.. so nak naik tol buat benda nii kee??
 
Dari bina surau baik buat masjid terus.
Lagi banyak jemaah bole beribadah kat situ.
 
Back
Top
Log in Register