BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hormati sentimen negeri Johor

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sultan Ibrahim bersama ahli Dewan Undangan Negeri bergambar sempena Perasmian Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor ke 13, semalam​

JOHOR BAHRU - Kerajaan Persekutuan diminta menghormati sentimen negeri Johor sebelum memutuskan sebarang persetujuan dengan Singapura.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, ini kerana segala dasar yang dibuat akan dirasai secara langsung oleh rakyat dan negeri Johor.

"Saya juga berharap supaya kerajaan negeri mengambil peranan yang aktif dalam hubungan dengan Singapura dan tidak mengikut sahaja apa yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan," titah baginda ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Ketiga Dewan
Negeri Johor Ke-13 di Bangunan Sultan Ibrahim di sini, semalam.

Baginda bertitah, Johor mempunyai kedudukan geografi yang strategik kerana berjiran dengan sebuah negara maju iaitu Singapura.

"Hubungan rapat antara Johor dan Singapura telah terjalin sejak dahulu lagi dan kita (Johor-Singapura) saling membantu antara satu sama lain.

"Oleh yang demikian, apa jua dasar kerajaan yang melibatkan kepentingan jiran kita dan hubungan dua hala, haruslah dibincangkan dahulu dan mengambil kira pendapat mereka sebelum diputuskan," titah baginda.

Selain itu, baginda bertitah, Johor memerlukan jentera perkhidmatan kerajaan yang efisien dan berkesan bagi menyokong pembangunan negeri.

Oleh demikian, titahnya, segala permohonan hendaklah diproses dengan segera mengikut prosedur yang ditetapkan.

"Semestinya banyak jabatan dan agensi kerajaan akan terlibat dalam memproses sesuatu permohonan. Oleh itu, adalah penting adanya koordinasi yang tersusun antara jabatan negeri dan persekutuan. Bukannya mengambil tindakan secara berasingan," katanya.

Sultan Ibrahim bertitah, kerajaan juga mesti menekankan kepada tindakan pemantauan dan penguatkuasaan bagi menghalang kecurian dan kehilangan hasil kerajaan.

"Contohnya pencerobohan tanah secara besar-besar, pembalakan hutan secara haram dan pencurian hasil perlombongan yang tidak dikawal.

"Antara alasan yang sering diberikan adalah kekurangan anggota penguatkuasa dan pencerobohan berlaku jauh di dalam hutan," titahnya.

Justeru baginda bertitah, sudah tiba masanya kerajaan menggunakan kaedah baru yang lebih efisyen seperti menggunakan helikopter bagi menjalankan kerja-kerja pemantauan dan penguatkuasaan dari udara.
 
Sejak dua menjak ni..Sultan Johor bnyk bersuara nampaknya..bagus la sbb bersuara utk kebaikkan rakyat johor..
 
tbuh negara bbai ler malaysia..klu dh kerajaan persekutuan corrupsi dgn rasuah, kroni, GST, 1MDB,etc pastu hbis smua asset negara..trek F1 pon dah ade..bola sepak pon tgh develop.tggu jelah

hahahaha,,baik kluar jd cm singapore...PM dorg lggar traffic light pon kne saman..nk beli ayam kt kedai pon sama2 beratur..

KAT SINI ADO???hahahaha
 
ye lah tu. Rakyat Johor banyak tak tau cerita dalaman, hearsay banyak ler.
 
tbuh negara bbai ler malaysia..klu dh kerajaan persekutuan corrupsi dgn rasuah, kroni, GST, 1MDB,etc pastu hbis smua asset negara..trek F1 pon dah ade..bola sepak pon tgh develop.tggu jelah

hahahaha,,baik kluar jd cm singapore...PM dorg lggar traffic light pon kne saman..nk beli ayam kt kedai pon sama2 beratur..

KAT SINI ADO???hahahaha


aku nak dok masai....haha
 
Sultan Johor sahaja yang berani nak bersuara dan tegur kerajaan persekutuan.
 
Back
Top
Log in Register