BTC USD 82,824.0 Gold USD 4,120.20
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hormati fatwa.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
Kuala Lumpur

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Sisters in Islam (SIS) perlu menghormati fatwa pengharaman pertubuhan itu sebagai fahaman sesat oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), baru-baru ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebarang pandangan dan hukum yang digariskan oleh majlis agama negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan di negara ini hendaklah dihormati bagi mengelakkan percanggahan ajaran dan pegangan Islam.


“Apa-apa yang berkaitan pandangan ke atas hukum agama, hanya pihak majlis agama Islam dan fatwa sahaja yang berhak mengeluarkan hukum dan didengari pandangan mereka.

“Berhubung fatwa terhadap SIS, majlis agama dan fatwa sudah memutuskan perkara itu, jadi jika mereka tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka boleh membawanya kepada mahkamah, itu urusan biasa dalam masyarakat kita,” katanya selepas Majlis Pemeteraian Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), semalam.

Beliau mengulas mengenai pengharaman SIS oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor baru-baru ini berikutan kesesatan pertubuhan itu kerana berpegang kepada liberalisme dan pluralisme agama.

Pada 31 Oktober lalu, SIS memfailkan semakan kehakiman ‎terhadap fatwa Selangor yang mengisytiharkan pertubuhan itu sebagai fahaman sesat.

SIS menamakan tiga responden, Jawatankuasa Fatwa‎ Selangor, MAIS dan kerajaan Selangor.

SIS dalam permohonannya mahu ‎membatalkan pengisytiharan fatwa itu, sebaliknya mahu diiktiraf sebagai badan yang dijamin mengikut Akta Syarikat 1965 dan tidak terikat dengan fatwa itu.

http://www.hmetro.com.my/node/6884
 
Back
Top
Log in Register