BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hong Leong Bank Kini Menyokong Pembayaran Apple Pay

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Apple Pay kini boleh digunakan oleh pengguna Hong Leong Bank sekali gus menyertai senarai beberapa bank lain sebelum ini seperti AmBank (kad kredit Mastercard dan Visa), HSBC, Maybank (kad kredit dan debit American Express, Mastercard serta Visa), RHB Bank Berhad (kad kredit dan debit Visa), Standard Chartered Bank (kad kredit Mastercard dan Visa) serta Wise Payments Malaysia Sdn. Bhd. Menurut laman rasmi Hong Leong, semua kad Visa yang dikeluarkan oleh Hong Leong Bank (HLB) dan Hong Leong Islamic Bank (HLISB) boleh digunakan bersama Apple Pay kecuali HLB GSC Credit Cards (Gold & Platinum) serta pemegang kad debit HLB yang berusia di bawah enam belas (16) tahun. Kemas kini mengenai ketersediaan HLB GSC Credit Card akan diumumkan dari semasa ke semasa.
1766059956325.png

Untuk menggunakan Apple Pay, pengguna perlu melakukan tetapan pada iPhone dengan langkah seperti buka aplikasi Apple Wallet > tekan butang tambah (+) > pilih sama ada Debit atau Credit Card. Seterusnya, ikuti arahan pada skrin untuk menambah kad baharu. Selepas itu, log masuk ke akaun Hong Leong Bank > pilih kad yang diingini > aktifkan Apple Pay. Akhir sekali, ikuti arahan pada skrin sehingga selesai dan selepas itu Apple Pay sedia digunakan​
 
Back
Top
Log in Register