BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Home Gadget Protection - Claim

snailsmt

Fun Poster
Messages
190
Joined
Aug 2, 2011
Messages
190
Reaction score
15
Points
25
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Saya merupakan salah seorang rakyat Malaysia yang melanggani TM streamyx dari Telekom Malaysia (TM). bermula awal tahun 2016, TM ada perkenalkan Home Gadget Protection (HGP).
Setiap bulan dikenakan bayaran RM15 untuk perlindungan gadget tuntutan sehingga RM5k.

Pada bulan september 2016, smarphone saya telah pecah akibat terjatuh. saya ingin membuat tuntutan. namun, portal tuntutan tak dapat dibuka.

Menurut link yang diberi, "This domain name expired on 2016-09-10". atau boleh call no bebas toll TM 1300 88 8001. Namun operator (computer) jawab tiada dalam perkhidmatan.

Adakah sesiapa pernah claim HGP ini? Mohon advice atau beri pandangan untuk masalah ini?

Sekian, terima kasih

https://www.tm.com.my/hgp/Pages/index.html
 
buat report hak pengguna
 
kenapa tak g TM Point terus dapatkan maklumat lebih tepat..??
kan produk TM tu..
 
call ini no kawan:

Trouble filing a claim? Call 1300 88 8001

prepare credit banyak2..
 
kenapa tak g TM Point terus dapatkan maklumat lebih tepat..??
kan produk TM tu..

Saya dah pergi TM point (21/9/16). Staf kat situ pun tak tau macam mana nak claim.
Janji nak call saya balik, tapi sampai sekarang, belum ada apa2 lagi. Hari ni (4/10/16) nak pergi TM Point sekali lagi.
 
call ini no kawan:

Trouble filing a claim? Call 1300 88 8001

prepare credit banyak2..

Saya dah call, staff TM Point pun dah call depan saya. No ni tiada dalam perkhidmatan.
 
Saya dah pergi TM point (21/9/16). Staf kat situ pun tak tau macam mana nak claim.
Janji nak call saya balik, tapi sampai sekarang, belum ada apa2 lagi. Hari ni (4/10/16) nak pergi TM Point sekali lagi.

pegi jer.. hambur depan2..
biar gentle sket.. hak anda sebagai pengguna.. :)cgrock
 
-UPDATE- 4/10/2016

TM Point Kota Bharu

Pada mulanya, pegawai TM mintak saya tinggalkan no phone untuk diorang call semula.
Tapi saya enggan, sebab dah buat berminggu yang lepas. Kmudian dia cakap, kena contact orang HQ untuk query, dan mintak saya tinggalkan no jugak.
Saya bertegas, suruh dia call orang HQ tu sekarang. (rasanya dia ada wassup sesiapa) dalam masa beberapa minit, dapat wassup suruh bukak satu laman web baru (bukan dalam link portal TM HGP tu).
Alhamdulillah, dah boleh bukak. Huh.. lega nampak muka pegawai tu.. haha..
Anyway, diorang sgt baik. Thank you TM. Problem solve. So skrang nak mula proses claim pulak.

http://cl.amtrustmobilesolutions.asia/tmhgpp/login.php
 
Last edited:

claim bkn sbb rosak kena natural disaster atau hilang je ke??klu jatuh retak un bleh eh,aku br je subscribe menda ni
 
tv rosak skrin retak boleh claim ke ?
 
Back
Top
Log in Register