BTC USD 63,759.0 Gold USD 4,329.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hoi dah kahwin ka belum?

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Sedutan video yang viral di laman sosial Facebook.
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Seorang pemuda bertindak merakam aksi beliau menegur perbuatan pasangan lelaki dan perempuan di sebuah taman yang disifatkannya sudah keterlaluan.

Video berdurasi satu minit 30 saat tersebut dikongsi beberapa pelayar di laman sosial Facebook hari ini.

"Hari ni aku nak ajar sikit budak-budak ni. Kecik-kecik dah pandai dah nak manja, kahwin belum, apa belum, (tapi) perangai tak semenggah," kata pemuda tersebut di awal video tersebut.

Dia kemudian menunggang motosikal ke sebuah lokasi dan berhenti berdekatan dengan satu pasangan lelaki dan perempuan bertudung. Lelaki tersebut sedang baring atas riba perempuan berkenan.

"Hoi! Dah kahwin ke belum?" tanya beliau sebanyak dua kali ke pasangan tersebut.

Pemuda tersebut terus memarahi pasangan tersebut di mana terdapat sedikit kekasaran bahasa namun berjaya membuatkan pasangan tersebut bangun dan berlalu pergi tanpa menimbulkan sebarang masalah.

"Ha macam tu dik! Ngantuk ke elok-elok la, orang tengok," kata pemuda tersebut semasa pasangan berkenaan menaiki motosikal mereka dan berlalu pergi.

Hampir 150,000 pelayar yang menonton video berkenaan berpendapat tindakan pemuda tersebut adalah berani dan sedikit kasar namun tetap dipuji kerana berjaya menegur.

"Tak kena tertib dia rakam, lebih baik dia tak rakam, terus tegur, biar ALLAH rakam," kata seorang pelayar.

"Tapi teguran dia tu saya setuju. Apa pun jadikan iktibar," kata Aki Naszeri.

"Kalau ramai manusia macam abang dalam video tu dekat sini, mesti dapat mengurangkan kes-kes macam tu," kata Affiq Zulkifle.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/hoi-dah-kahwin-ka-belum-1.382875
 
alhamdulillah kat kuala tganu dah makin jarang nmpak benda2 cam gini sejak2 maidam lancarkan ops saman kelakuan x senonoh
 
Bagus macamtu.. Tegur cara kasar pun.. Secara langsung berganjak jugak laa pasangan belum berkawin tu... Nak tegur secara tertib silap silap... Di buat ***** jer..
 
Kalau ada polis khas buat kerja ni kan bagus sikit. Kata negara Islam.

Sekadar cadangan.
 
Dari Abu Said Al-Khudri r.a berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:

من رأى منكرًا فليغيره بيده، فإن لم يستطع فبلسانه، فإن لم يستطع فبقلبه وذلك أضعف الإيمان
“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim dalam Sahihnya dari hadis Abu Said r.a).
 
kalo jenis mesra kat tempat awam gini mesti lom kawen..
 
Back
Top
Log in Register