BTC USD 83,424.9 Gold USD 4,139.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hobi sukan memanah

Kaedah asas setting dan tuning busur panah untuk mendapat hasil yang maksima (kelajuan tinggi, anak panah terbang lurus tepat ke sasaran) 'siri 1'

1) pastikan nock berada di kedudukan 90d "darjah" pada tali
View attachment 97725

2) pastikan anak panah berada sejajar "vertical" dengan tapak busur panah. (sesuai untuk busur panah dual cam, binary cam dan hibrid cam) tidak sesuai untuk busur panah single cam seperti dalam gambar.
View attachment 97726

3) pastikan kedudukan panah lurus dan sejarar antara tali, anak panah dan tempat letak anak panah.
View attachment 97727

4) selesai bahagian pertama. ada masa nanti sambungan setting siri 2 pulak:)

Tuning dan bow setting 'siri 2'

Setting ni untuk memastikan bow anda di tahap 100% efektif, arrow terbang lurus dan laju serta tepat!

1) Gunakan arrow kosong untuk menguji kelurusan cam pulley busur panah
DSC00449.JPG

2) letakkan arrow melintang dengan cam pulley busur panah dan pastikan ianya lurus melintang sejajar dengan tali.
DSC00448.JPG

3) buat kaedah yang sama pada cam pulley bawah dan atas
DSC00447.JPG

4) Ukur jarak tali (sebelah kiri) dengan jarak limb (tulang lentur)
DSC00452.JPG

5) lakukan kaedah sama pada tali sebelah kanan dan pastikan ukuranya sama lebar
DSC00451.JPG

Jika terdapat sebarang ketidak samaan sila tuning setting semula busur panah anda.

Gambar dibawah menunjukkan setting yang cantik, iaitu tali betul2 lurus dengan kedudukan cam pulley busur panah;
tali.jpg

video gerak perlahan menunjukkan anak panah yang terbang lurus;
http://www.youtube.com/watch?v=RLuLIxvb8fw&feature=related

Nantikan intermidiete tuning panah 'siri ke 3'
 
Last edited:
Setting panah siri ke3 (semi advanced tuning)

kaedah menetapkap center shot agar anak panah berada betul2 lurus antara tali dan "arrow rest" (tempat letak anak panah)

1)
buka gengangaman tangan anda dan masukkan anak panah dari luar ke dalam sehingga mengenai tali panah, lihat kedudukan tali adakah ianya menyerong ke kiri ataupun kanan. petuanya adalah untuk memastikan tali panah dan tempat letak anak panah adalah betul2 lurus untuk menjamin penerbangan yang cantik dan lurus.

DSC00469.JPG

1a) Untuk kaedah yang lebih tepat lagi anda boleh menggunakan laser (seperti mana yang saya setting), lihat laser di kedudukan tempat letak anak panah dan tali panah adalah selari dan betul2 lurus.
 

Attachments

Game yang baik, 2012 compound bow final match, tengok macamana shooter2 pro memanah. level world class! Minit ke 7 kita boleh saksikan bertapa kuatnya angin (bendera berkibar) tapi skill level ketepatan mereka tetap 1st class. bukan senang nak tembak target kecil pada jarak 90 meter.
http://www.youtube.com/watch?v=Urx6ti2xuAo
 
Last edited:
salam, sejak 2 menjak nie minat betul dgn sukan memanah.. tgh kaji ngan belajar cara memanah.. setakat nie lom pernah cuba.. tp setakat lastik cicak.. ketepatan tk bulih dinafikan.. mmm kt seremban ado tempat tak nak belajar...
 
salam, sejak 2 menjak nie minat betul dgn sukan memanah.. tgh kaji ngan belajar cara memanah.. setakat nie lom pernah cuba.. tp setakat lastik cicak.. ketepatan tk bulih dinafikan.. mmm kt seremban ado tempat tak nak belajar...

beli satu boleh belajar sendiri. macam2 jenis saya jual, pilih saja yang mana berkenaan, pastu berlatih sampai terrer.
 
Saudara ed_zero author buku berpetualang ke Acheh (betul ke ni), bila nak ambil panah tradisional ?
 
Last edited:
ekonomi belom mengizinkan.. bru nie ado ambik set memanah kat komplek sukan... tp tali eh takdo.. aduhai.. dongar eh, kodai kek seremban takdo jual tali eh.... mmm.. mano laa nak cari nie..
 
ekonomi belom mengizinkan.. bru nie ado ambik set memanah kat komplek sukan... tp tali eh takdo.. aduhai.. dongar eh, kodai kek seremban takdo jual tali eh.... mmm.. mano laa nak cari nie..

saya boleh order tali dan pasang tali (kompoun). check PM message
 
ok.. en ikmal.. klau jd sy hello nak kompom dgn persatuan dulu.. klau kompom takde brulaa bulih order...
 
Back
Top
Log in Register