ikhmal_ok
Super Active Member
- Messages
- 8,894
- Joined
- Aug 15, 2009
- Messages
- 8,894
- Reaction score
- 182
- Points
- 73
Kaedah asas setting dan tuning busur panah untuk mendapat hasil yang maksima (kelajuan tinggi, anak panah terbang lurus tepat ke sasaran) 'siri 1'
1) pastikan nock berada di kedudukan 90d "darjah" pada tali
View attachment 97725
2) pastikan anak panah berada sejajar "vertical" dengan tapak busur panah. (sesuai untuk busur panah dual cam, binary cam dan hibrid cam) tidak sesuai untuk busur panah single cam seperti dalam gambar.
View attachment 97726
3) pastikan kedudukan panah lurus dan sejarar antara tali, anak panah dan tempat letak anak panah.
View attachment 97727
4) selesai bahagian pertama. ada masa nanti sambungan setting siri 2 pulak![]()
Tuning dan bow setting 'siri 2'
Setting ni untuk memastikan bow anda di tahap 100% efektif, arrow terbang lurus dan laju serta tepat!
1) Gunakan arrow kosong untuk menguji kelurusan cam pulley busur panah

2) letakkan arrow melintang dengan cam pulley busur panah dan pastikan ianya lurus melintang sejajar dengan tali.

3) buat kaedah yang sama pada cam pulley bawah dan atas

4) Ukur jarak tali (sebelah kiri) dengan jarak limb (tulang lentur)

5) lakukan kaedah sama pada tali sebelah kanan dan pastikan ukuranya sama lebar

Jika terdapat sebarang ketidak samaan sila tuning setting semula busur panah anda.
Gambar dibawah menunjukkan setting yang cantik, iaitu tali betul2 lurus dengan kedudukan cam pulley busur panah;

video gerak perlahan menunjukkan anak panah yang terbang lurus;
http://www.youtube.com/watch?v=RLuLIxvb8fw&feature=related
Nantikan intermidiete tuning panah 'siri ke 3'
Last edited:
