BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hobi pelik susahkan jiran

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


PUCHONG – Hobi pelik seorang wanita tua mengumpul dan melonggokkan barang terbuang dan sampah di ruang tamu serta laman rumahnya menimbulkan kacau ganggu kepada jiran tetangga yang tinggal di Jalan 11 Taman Bukit Kuchai, di sini.

Difahamkan, aktiviti dijalankan lebih 30 tahun lalu dan turut menjadi pendapatan sampingan warga emas berusia 70 tahun itu dikatakan menjadi punca lebih 200 penduduk sekitar diancam masalah pembiakan tikus dan juga haiwan berbisa.

Penduduk, Ahmad Mansor, 62, berkata, dia pernah menasihati jiran yang tinggal selang dua rumah dari kediaman dihuninya namun kata-katanya seolah-olah tidak diambil peduli.

Menurutnya, selain terpaksa menghidu bau busuk, penduduk juga berdepan masalah tikus yang bermaharajalela di rumah wanita warga emas berkenaan.

Ahmad berkata, dia sudah mengadu kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) sejak 2010. Apabila melihat isu itu tidak juga selesai, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui panggilan telefon untuk membuat aduan sebelum maklum balas diterima mengatakan pihak itu akan mengambil tindakan susulan.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/hobi-pelik-susahkan-jiran-1.48794
 
Last edited:
sian orang sebelah ...sudah mestinya tikus tu bleh masuk rumah org sebelah ..
 
ke die nak extend rumah gn barang recycle hehehe
 
senang je nak buat kalau jiran camni, buang je sampah kat umah dia...pakat2 satu taman buang sampah kat umah dia :))
 
ini bukan habi daa... aunty nih carik makan :((:((

tapi beragak laa.. kesian jiran2..
 
senang je nak buat kalau jiran camni, buang je sampah kat umah dia...pakat2 satu taman buang sampah kat umah dia :))

nk lagi sempoi.. buh petrol pastuh cucuh.. :)paid
 
pakat reramai wat rumah die jadi tempat buang sampah untuk taman 2.. haha..
 
Back
Top
Log in Register